Telegram Web Link
Assalamualaikum koranggπŸ€—
Salam Jumaat! Salam Ramadan ke-9 ✨

Cepatnya masa berlalu kan. Tau2 dah hari ke-9 kita berpuasa. Harini hari Jumaat, jangan lupa Al-Kahfi jangan lupa lebihkan selawat, jangan lupa banyakkan berdoa. Okay?
Chapter 9 | Pilih Untuk Melangkah Pergi β€’

Bukanlah diri mengharapkan penghargaan dari manusia, cuma rasa terkilan bila mana segala pengorbanan kita dibalas dengan hinaan bertubi-tubi. Fitnah bersepah-sepah.

Maka melangkah pergi adalah jalan paling terbaik. Pergi, menjauh bukanlah bererti putuskan silaturrahim. Cuma sekadar untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Utusan doa sentiasa ada mengiringi. Ya, hati ini hanya boleh dipulihkan dengan berbuat kebaikan walau sering menjadi watak buruk dalam cerita orang lain.

Segalanya untuk KETENANGAN HATI. Bukan untuk berlawan siapa terpaling sabar dan baik. Allah Maha Adil dalam mengadili. Saya tak lupa itu. Allah knows:)
___

Ya buku Terlalu Berharga Untuk Putus Asa ni adalah luahan kata nasihat buat diri sendiri yang hampir berputus asa dengan hidup sendiri πŸ₯Ί

Nak baca? Korang boleh tekan link di bio keh! Semoga bermanfaat 🫢🏻🌹

#ujian #tarbiah #hati #kuat #fyp #terlaluberhargauntukputusasa
Alhamdulillah sekejap je rasanya dah masuk hari ke-15 Ramadan. Syukur kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan Allah swt 🀲🏻

Fasa kedua ni fasa keampunan. Gunakanlah masa dan peluang yang ada untuk perbanyakkan amal ibadah, berdoa mohon ampun dari Allah. Rugi kalau kita siakan peluang yang ada ni dengan perkara yang sia-sia.
Bila sebut soal keampunan, kemaafan ni teringat pula dengan pengalaman lalu. Pernah tak bertegur sapa dengan kawan disebabkan salah faham.

Bertahun juga lah. Padahal masing-masing takde salah apapun, lebih kepada ego je masing-masing.

Alhamdulillah Ramadan lepas, kakteh gagahkan diri untuk mesej dia. Masa tu dm jelah dekat ig since nombor phone dah lost sebab phone rosak. Menangis nangis taip mesej nak minta maaf tu. Sebab rinduu sangat dekat kawan tu. Lebih setahun tak tak senang hati kalau fikirkan persahabatan tu. Nak minta maaf asyik tertangguh sebab takut dia taknak terima :(

Selepas mesej kawan tu, esoknya dia reply. Mashaallah sama-sama menangis kami. Rupanya masing2 saling ingati cuma ego lah yang menguasai diri 😭

Ya Allah, Kau jagalah ukhuwah kami dan berkatilah persahabatan kami sehingga ke syurgaMU 🀲🏻
Dan…siapa sangka, sekarang turut alami situasi yang sama. Sedihnya Allah saja yang tahu. Mungkin diuji macamni sebab kakteh ni bukanlah seorang sahabat yang baik kan? 😒

Situasi sekarang ni agak rumit untuk mulakan. Tapi takpelah, Allah ada. Kita doakan semoga Allah mudahkan jalan untuk lembutkan hati kita semua.

Apepun, selamat beramal ya korang! Jangan siakan peluang yang ada ni. Perbanyakkan memohon keampunan dari Allah. Bulan Ramadan ni adalah masa terbaik dan waktu paling mustajab untuk berdoa :)
2024/09/29 22:18:36
Back to Top
HTML Embed Code: