Telegram Web Link
Jangan bandingkan ibadah kita dengan orang lain. Biarlah kita mula sedikit demi sedikit asalkan ibadah kita tu berkualiti ❀️
Hurmm. Okay ataupun tak, kita kena okay juga. Kan? Itu jelah yang boleh dan mampu kita buat.

Tapi takpe korang. Selagi mana kita memilih untuk terus okay walau keadaan tidaklah sebegitu okay, in shaa allah ada hikmah yang paling terbaik sedang menanti kita.

Allah dah persiapkan yang indah-indah. Hari ini, kita cuma perlu sabar.

Yes. Sabar lagi dan sabar lagii :)
Perbanyakkan muhasabah diri. Check lah apa yang kita rasa kurang dalam diri ni. Bulan Ramadan ni masa terbaik untuk kita perbaiki.

Yelah. Level rajin ibadah upgrade banyak bulan Ramadan ni kan? hihi πŸ˜„
Banyakkan berdoa. Minta apa yang kita nak sungguh-sungguh.

Nak menangis dengan ujiandunia ni, menangis β€˜depan Allah’ itulah yang paling terbaik. Rasa lega tu kita kita je tau. Kan? πŸ₯²
Hurmm. Random je ni nak sembang dengan korang. Mungkin sedang ingin meluah rasa tidak enak dalam hati.

Apepun, moga korang baik2 saja keh. Tak apa kalau hari ini belum baik untuk korang, pasti akan ada saat yang tepat untuk korang nanti.

Dan kakteh pun menunggu juga my turn tu. Kadang Allah beri rasa tak enak bukan sebab balasan dosa lampau, tapi hanya sekadar untuk kita sedar sebenarnya KITA SEDANG DALAM PERHATIAN DIA πŸ₯°
Tiba-tiba dapat ni πŸ₯Ή

Awak mesti tengah baca apa yang kakteh tulis sekarang ni kan?

Hmm. Faham sangat perasaan time nak exam ni. Faham penat belajar tu macam mana.

Masa kakteh study dulu, banyak juga ujian hati ni. Kakteh sangat suka belajar. Time cuti sem kakteh dah revision untuk subjek next semester. Punyalah minat study. haha

Tapi,,, banyakk sangatt dugaan. Dengan sakitnya, dengan struggle sangat2 laa dulu. Korang imagine, jalan kaki dalam kampus tu nak balik rumah. Nak gi tunggu bas dekat bus stop je pun, tapi rasa nak menangisss sangat. Sebab berjalan dalam keadaan sakit πŸ₯²

Erm tetiba sebak ingat cerita dedulu.πŸ₯Ί

Pernah satu kali tu tengah berjalan nakgi bus stop (walaupun tahu time tu bas sangat susah nak dapat), tetiba ada teksi lalu. Pakcik teksi tu baru drop student dekat fakulti. Dia nampak kesian kot kakteh berjalan sensorang. Terus dia berhenti amik. (Masa ni takde lagi rasa takut2 orang jahat macam sekarang πŸ˜…) so terus naik.

Sampai seksyen 7 pakcik tu hantar. Nak bayar tapi dia taknak amik pun duit tu. Sampai sekarang kakteh ingat siapa2 yang bantu kakteh masa study dulu. Tak mampu nak balas jasa semua hanya mampu balas dengan doa saja 😭🀲🏻

Ehh panjang pulak cerita.

Untuk awak dan teman2 yang bakal exam ni. Kalau penat tu rehat kejap, tenang2. Jangan paksa diri. Selagi kita paksa, selagi tu ilmu payah nak melekat.

You all dah usaha sebaiknya tu, pasti boleh jawab nanti. Kakteh doakan korang semua dipermudahkan urusan untuk menjawab semua soalan2 exam nanti in shaa allah 🀲🏻

Dah usaha, selebihnya serahkan dekat Allah. Hasbunallah Wani’mal Wakil. 🀲🏻
Walaupun cerita dekat atas tu takde kaitan pun kann πŸ˜‚ sesungguhnya kakteh ni sukaa bercakap dan relate kan dengan kisah2 dari pengalaman sendiri.

Yang pernah dengar sharing kakteh tau la macam mana. haha. Rindunya nak sharing2 πŸ₯²
Assalamualaikum koranggπŸ€—
Salam Jumaat! Salam Ramadan ke-9 ✨

Cepatnya masa berlalu kan. Tau2 dah hari ke-9 kita berpuasa. Harini hari Jumaat, jangan lupa Al-Kahfi jangan lupa lebihkan selawat, jangan lupa banyakkan berdoa. Okay?
Chapter 9 | Pilih Untuk Melangkah Pergi β€’

Bukanlah diri mengharapkan penghargaan dari manusia, cuma rasa terkilan bila mana segala pengorbanan kita dibalas dengan hinaan bertubi-tubi. Fitnah bersepah-sepah.

Maka melangkah pergi adalah jalan paling terbaik. Pergi, menjauh bukanlah bererti putuskan silaturrahim. Cuma sekadar untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Utusan doa sentiasa ada mengiringi. Ya, hati ini hanya boleh dipulihkan dengan berbuat kebaikan walau sering menjadi watak buruk dalam cerita orang lain.

Segalanya untuk KETENANGAN HATI. Bukan untuk berlawan siapa terpaling sabar dan baik. Allah Maha Adil dalam mengadili. Saya tak lupa itu. Allah knows:)
___

Ya buku Terlalu Berharga Untuk Putus Asa ni adalah luahan kata nasihat buat diri sendiri yang hampir berputus asa dengan hidup sendiri πŸ₯Ί

Nak baca? Korang boleh tekan link di bio keh! Semoga bermanfaat 🫢🏻🌹

#ujian #tarbiah #hati #kuat #fyp #terlaluberhargauntukputusasa
2024/09/30 04:39:13
Back to Top
HTML Embed Code: