Telegram Web Link
Toksah duk buang masa dengan manusia toxic dah. Fokus je pada diri sendiri ❀️
CIRCLE

β€” Jangan terlalu mendesak untuk dapatkan circle yang baik. Kadang sampai paksa diri semata-mata nak duduk dalam suatu circle tu yang kita nampak baik.

Kadang kita jadikan alasan takde circle yang baik buatkan kita susah nak berubah. Salah tu. Kita berubah kerana Allah, bukan manusia. Perlahan-lahan ubah diri ke arah kebaikan lama kelamaan Allah akan hadirkan circle-circle yang sama jalannya dengan kita.

Jadi baik dulu, then yang baik2 akan mendekat. Okay? Semoga bermanfaat 🫢🏻
PANDANGAN MANUSIA.

β€” Dikenali bukanlah tiket kita ni yang terbaik. Jadikan ia sebagai ujian buat diri. Ujian nikmat ni berat. Andai kita leka, maka lemaslah kita. Akan terbuai dengan segala pujian enak.

Cukuplah. Kita buat sesuatu hanya kerana Allah bukan manusia. Dikenali ramai manusia, belum tentu dipandang Tuhan. Namun, masih ada peluang seandainya Allah kita letakkan sebagai keutamaan ❀️
JALAN HIDUP.

β€” Cerita kita semua berbeza. Jangan sesekali judge orang seandainya apa yang mereka lakukan tidak sama seperti kita.

Kadang tu kita rasa apa yang kita buat ni dah baik sangat dah. Ya, baik bagi kita belum tentu baik bagi orang lain.

Cara kita respon terhadap sesuatu keadaan juga pastinya berbeza mengikut kesesuaian diri. Please don’t simply judge orang. If you rasa buat macam tu okay, you buat. Orang lain taknak buat macam tu you jangan paksa dia ikut.

Dia juga ada cara dan jalannya tersendiri yang mungkin lebih efektif in her/his own :)
2024/09/30 06:12:39
Back to Top
HTML Embed Code: