Telegram Web Link
Hampir lupa dah siang tadi nak kongsi cerita. Hampir nak tidoqq dahni haha
Takpela nanti esok siang korang baca lahh. Cerita ni biasa2 je. Tadi tengah panas2 tu macam excitedd sangat nak cerita tapi simpan untuk muhasabah malam.

Adehh
Takde, ni nak cerita sikit pasal MEMBERI.

Erm bukan nak cakap kakteh ni suka sedekah. Takk.. takdelah hihi.
Kisah dia macamni,

Semalam keluar dengan my mom. Dia cakap nak cari kain untuk buat baju. Nak buat baju baru ada perjumpaan apa ntah nanti.

Kemainnn..

…..

Time ni dalam hati memang dah niat nak belanja dah. Tapi ada satu bisikan kecil yang buatkan kakteh berfikir fikir untuk bayarkan. haihhh

Duit tu nak guna untuk perkara lain. Allahu. hishh

Dalam hati terus cakap, β€œTakpe nanti Allah ganti lebih lagi ni.”

Nak dijadikan cerita, siang tadi tetiba masuk notification m2u. Sekian sekian transfer sekian sekian amount.

Dang!

Terus ingat kisah semalam. Allah. Semalam belikan kain pasang dengan tudung je untuk mak, harini Allah balas berganda ganda gandaa dari nilai yang kakteh bayarkan untuk mak semalam 😭
So kakteh sekadar nak pesan je dekat kita semua, dengan mak ayah ni janganlah pernah berkira.

Kalau time tu kita ada singgit, kita kasi lah singgit tu untuk mak ayah. Kita ada di sini harini, entah apa pengorbanan mereka berdua.

Kalau nak kira nilai tinggit, tak terhitungg rasanya. Selagi mana kita ada mak ayah, jagalah. Jaga sebaiknya.

Redha Allah bergantung pada redha kedua ibubapa kita. Baik buruk mereka, kita takde hak untuk bertindak kurang ajar ataupun biadap.
Apa yang kita ada sekarang mungkin berkat dari doa mereka yang tak pernah putus, tanpa kita ketahui.
Kakteh memang banyak experienced macamni dengan parent. Memang emotional kadang tu kalau dapat rezeki lebih walaupun sikit.
Jangan berkira dengan mak ayah. Apa yang mereka korbankan tidak terhitung nilainya utk kita balas πŸ₯Ί
Setakat tu jelah yekk. Moga ada yang dapat manfaat dan sharing ni sampai lahh dekat korang yang baca ☺️
Ups lupa!

Maaf salah silap dari kakteh yaaa πŸ™πŸ»
Malamni kakteh buat sesi muhasabah dalam cerita dekat story ig.

Jemput la singgah bacaa 🫣
2024/10/01 13:44:26
Back to Top
HTML Embed Code: