Telegram Web Link
Bagi kakteh, kita ni nak hijrah kalau niat tu betul in shaa Allah akan dipermudah.
Pernah seseorang kata dekat kakteh, dia kata macamni lah lebih kurang

β€œSaya takut kakteh akan kembali pada kehidupan sebelum selepas diuji macam ni.”

Kakteh mampu senyum dan terus berkata camni :

β€œKakteh hijrah kerana Allah bukan kerana mereka.”
Dari sini banyak juga terbuka mata hati ni. Rupanya orang nilai kita ni kuat based on apa yang mereka nampak saja.

Apa yang kita sedang struggle orang tak tahu.

Tapi takpela. Manusia memang tak tahu, tapi kakteh yakin ALLAH TAHU.

Kita nak hijrah ni, biarlah kerana Allah. Niat ni kena selalu perbaharui. Sebab hati kita manusia ni sentiasa berbolak balik.

Banyak ujian, banyak cabaran.
Buat kalian yang sedang dalam jalan hijrah, semoga kalian terus kuat! ❀️
Hasbunallah wa Ni’mal Wakil Ni’mal Maula Wani’mannasir. Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami. πŸ˜”

Jangan pernah merasakan diri kita kuat. Hakikatnya kekuatan sebenar itu datangnya dari Allah SWT. Jangan takut untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar sekarang ni, cukuplah kita letakkan sepenuh kebergantungan pada Allah SWT pasti rasa kuat akan menemani sepanjang perjuangan ini.

Have faith! 🀍
Sedikit muhasabah di ig story malamni. Sedih sebenarnya bila sebut soal BERSEDERHANA ni πŸ₯Ί
Kenapa sedih?

Sebab antara pengalaman hidup yang banyak menyentap hati ni berkait rapat dengan bersederhana.

Betul gais. Kita nak buat apa2 cukuplah sekadar bersederhana.
Bahagia, cukuplah sekadar raikan sekadar cuma.
Sedih, sama juga. Sekadar raikan rasa, kerana rasa sedih itu juga makhluk Tuhan.

Setiap rasa tak best yang datang andai perlu kita raikan, raikanlah. Kecuali rasa marah. Jangan biarkan emosi kawal diri.

Nak berlebih lebih hanya pada Allah. Kerana segala yang kita rasa, semuanya adalah dariNYA.
Nak puji orang, jangan berlebihan. Risau nanti kita yang jadi asbab orang tu lemas dalam pujian.

Ini yang selalu kakteh cakap dekat diri sendiri. Pujian ni adalah ujian yang paling besar buat kita, manusia.

Erm πŸ˜”
Konklusinya, bersederhana sajalah. Dalam nak puji orang, sikit2 sudah. Nak buat apa2 pun cukup sekadar bersederhana, bukannya apa. Kalau2 jatuh nanti, takda sakit sangat. Kan?
Hidup ni simple.

Jangan rasa kita ni kuat walaupun kita dapat semua yang kita mahukan. Sebab, Yang Maha Kuat itu hanyalah Allah SWT.

Kita ni manusia je. Yang penuh dengan kelemahan dan kekhilafan. Jangan bongkak walau tinggi mana kita berada sekarang, kerana esok hari mungkin kita sudah di rumah berbumbungkan tanah.
Ajar diri untuk sentiasa bersyukur apabila diuji. Sebab ganjaran indah hanya akan dapat dirasai bagi orang-orang yang benar benar bersyukur walaupun Allah timpakan dia dengan ujian.
2024/10/01 19:24:33
Back to Top
HTML Embed Code: