Telegram Web Link
Assalamualaikum sahabat semua
Semoga bermanfaat buat kita semua 😍
TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

Kredit: Rohana Saad

#freepalestine
#berjuangsampaimati
#tarbiahiman
#cnp
📚Surah Az-zumar ayat 53

Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran. ..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
۞ قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ ﴿ ٥٣ ﴾
“ Katakanlah (Wahai Muhammad); “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ”.
(Surah Az-Zumar ayat : 53)
 KANDUNGAN AYAT
 Ayat ini ditujukan kepada orang yang telah berbuat syirik atau orang yang telah berbuat dosa.
 Allah S.W.T menyeru dengan bahasa yang paling lembut dan indah di mana Dia tidak menyebut ‘Wahai para pendosa’ atau ‘Wahai orang-orang yang fasik’ tetapi Allah S.W.T menyebut ‘Wahai hamba-hambaKu’. Dapat kita lihat betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya.
 Allah S.W.T telah memerintahkan Nabi S.A.W untuk menyampaikan pesanan kepada umat manusia, supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T.
 Ulama’ Tafsir menyebut bahawa ayat ini adalah ayat yang paling memberi harapan kepada manusia dalam Al-Qur’an.
 PENGAJARAN
 Setiap manusia tidak akan terlepas daripada membuat kesalahan. Disebabkan itu, Allah S.W.T sentiasa membuka ruang supaya kita tidak berputus asa dengan rahmatNya.
 Sebesar mana pun dosa kita, Allah S.W.T pasti akan mengampunkannya. Ketahuilah bahawa rahmat Allah S.W.T meliputi segala-galanya kerana Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 Kepada mereka yang telah diberikan ujian, janganlah sekali-kali berputus asa dengan Allah ‎S.W.T. Mintalah kepada Allah ‎S.W.T supaya kita dikeluarkan dari masalah itu.
 Perbanyakkan istighfar kerana ia mampu menghapus dosa-dosa kita dan sesungguhnya Allah S.W.T telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya supaya kembali kepadaNya.
 Oleh itu, sentiasalah memohon keampunan kepada Allah ‎S.W.T di atas segala dosa yang telah dibuat, termasuklah dosa syirik yang mungkin kita telah lakukan tanpa kita sedar.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Ya Allah, if my lips don't know what to ask for in prayer, please hear my heart.


Goodnight

#berjuangsampaimati
“Seandainya Allah SWT Memberikan apa saja yang kita inginkan ; Maka kita bisa melupakan-Nya dan sibuk dengan berbagai pemberian itu.

Allah SWT Menciptakan kita untuk-Nya, bukan untuk menjadi hamba dari nikmat.”

—Syaikh Prof. Dr. Yusri Jabr Al Hasani—

#berjuangsampaimati
#tarbiahiman
#freepalestine
#cnp
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
.
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.
.
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnyaaaaaa....

𝘾𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩: 𝙔𝙪𝙨 𝘼𝙧𝙯𝙖𝙙

#cnp
#freepalestine
#tarbiahiman
Ya Allah, berikanlah akhir pada tahun ini dengan sesuatu yang membahagiakan hati kami.🤲🏻🤍

#berjuangsampaimati
If you see a married couple still in love through the years, you may think how lucky they are.
But in marital relations, there's no such thing as luck.

They made many compromises, they overlooked each others faults.

They forgave many mistakes and endured many problems. They spent years learning to understand one another.

Love has never been a matter of luck. It's mutual giving, compromise, shared dreams, care, respect, mercy and patience. 🤍

#berjuangsampaimati
#tarbiahiman
#freepalestine
#cnp
Assalamualaikum hi sahabat semua ❤️
2024/11/16 12:34:09
Back to Top
HTML Embed Code: