Telegram Web Link
TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Kredit: Aamiin
#jomshare
#cnp
#freepalestin
😍
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Marry a guy who can speak good words to you, even though he is mad at you. The best of a partner is when he is angry,he doesn't try to insult you.🌹
Because he has that much respect for you and doesn't want to lose you in a simple argument.🖤

#😍😍
Wanita, hati-hati bila kita dah mula ada perasaaan ni...

1. Hati-hati apabila kita dah mula rasa kita wanita terbaik dan mula merendahkan orang lain. Diri merasa serba bagus dan serba tahu dalam semua perkara. Melihat orang lain dengan kekurangan dan kelemahan sahaja, hati-hati kamu sedang tertipu dengan bayang sendiri.

2.Hati-hati apabila kita mula rasa kita seorang sahaja berzikir dan orang lain hanya tahu menyanyi. Diri mula merasa paling banyak mengingat Tuhan sedangkan hati penuh dengan keangkuhan. Melihat orang lain hanya hidup dalam kelalaian, nauzubillah, tertipu dengan amalan sendiri.

3.Hati-hati apabila kita mula rasa kita seorang sahaja yang kuat memberi dan orang lain hanya tahu pentingkan diri sendiri. Diri mula merasa angkuh dengan pemberian diri sendiri.Nauzubillah, moga dijauhkan dari sikap yang mengangkat diri sendiri.

Percayalah, semua orang ada perjuangan tersendiri. Pada tahap mana pun kita berada, teruskan sahaja berjuang tanpa merendahkan orang sekeliling. Jikapun kita mampu melakukan kebaikan, itu pun daripada bantuan Ilahi.

Jangan angkuh dengan kelebihan amal sendiri, kerana semuanya akan hilang apabila kita sudah mula mengangkat diri sendiri. Nauzubillah. Mintak dijauhkan semua rasa ini ya Rabb.

AKU
Tidak mahu ada rasa ini.

#cnp
#tarbiahiman
Rupanya dah tak muda,

Terima kasih sahabat-sahabat PM, Whatsapp, post di wall, komen dsb yang mendoakan Muja bersempana ulang tahun kelahiran semalam.

Alhamdulillah, untuk usia yang telah berlalu mengajar banyak erti hidup ini. Banyak hal yang hendak dicoretkan namun rasanya tak cukup ruang yang ada. Banyak perkara yang perlu disyukuri namun tak terhitung nikmat semua atas izin Allah swt.

Di usia 30an,

Tak nak apa dah melainkan ketenangan hidup, circle yang mengingatkan Tuhan, tak ada apa nak dikejar melainkan menghabiskan sisa waktu yang ada. Usaha sekarang meneruskan apa yang telah dilorongkan Allah Maha Esa.

Cara Muja untuk hidup tenang;

- Jauhi circle toxid/tak sekufu
- Tak semua benda boleh kawal
- Berhenti bahagiakan semua orang
- Tak semua perkara perlu sempurna
- Jangan berharap pada manusia akan kecewa
- Hargai diri sayangi diri
- Nak makan jangan berkira
- Nak reward diri sendiri jangan fikir orang lain
- Sentiasa mencari ilmu baharu
- Kurangkan bercakap banyak berfikir
- Banyakkan membaca
- Tak semua perkara perlu dipamerkan
- Apa yang dirasa jangan simpan dalam hati
- Segala perbuatan kebaikan pengorbanan lupakan
- Jangan berharap balasan atas setiap kebaikan
- Abaikan persepsi negatif orang teruskan berbuat baik dalam posisi kita
- Laksanakan amanah (anak) sebaiknya tanpa harap apa pun di masa mendatang
- Hargai siapapun disisi
- Usaha berterusan jika penat rehat
- Tahu batas dan limitasi diri jangan paksa

Pesan Asatizah Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dalam tausiyahnya, syarahan kitab Hikam;

"Hati kita banyak sakit kerana kita rasa kita berjasa, kita beramal, kita berkorban, kita berhak dsb. Jadi lapangkan dada. Hidup kita tak perlu penghargaan siapa pun, balasan manusia tak mampu menandingi semua kebaikan yang kita buat, dan memang HAKIKAT hidup di dunia kita PENAT".

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًۭا فَمُلَـٰقِيهِ

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Insyiqaaq : 6

Penat? Berbanggalah! Dan teruskan berusaha. Kita sedang menuju jalan pulang KESANA.

#cnp
#freepalestin
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Hii sahabat fillah 😍
2024/09/28 14:15:51
Back to Top
HTML Embed Code: