Telegram Web Link
Assalamualaikum
﷽ Nasihat alim ulama bagaimana cara menjalani umur yang sudah mencapai 40 hingga 70 tahun :

1 - Jangan berlebihan bergurau hingga terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat.

2 - Jangan berlebihan berhias, bersolek dan berpakaian.

3 - Jangan berlebihan makan, minum dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh.

4 - Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambahkan ilmu dan amal kepada kita.

5 - Jangan berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaatnya yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.

6 - Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan seharian. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

7 - Perbanyakkan berdoa mengharap keredhaan Allah agar mendapat husnul Khatimah ( mati dalam kesudahan yang baik ) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah ( mati yang tidak baik ).

8 - Perbanyakkan belajar ilmu agama, sering mengingati kematian dan bersiap menghadapinya.

9 - Persiapkan dan tuliskan wasiat yang berguna untuk kaum kerabatmu.

10 - Kembali menjalin hubungan silaturahim dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya.

11 - Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

12 - Rajin buat amal soleh terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

13 - Memaafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

14 - Langsaikan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

15 - Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT ..!!!

16 - MATA, hentikan memandang yang tidak halal bagimu.

17 - TANGAN, hentikan dari menyentuh yang bukan hak mu.

18 - MULUT, hentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, hentilah dari mengumpat, memfitnah dan hentilah dari menyakiti hati orang lain.

19 - TELINGA, hentilah mendengar hal-hal yang haram dan tidak berfaedah.

20 - Berbaik sangkalah kepada Allah ke atas segala sesuatu dugaan yang telah menimpa diri.

21 - Penuhi hati juga lisan kita dengan istighfar serta taubat buat diri sendiri, orang tuamu dan semua orang beriman.

22 - Perbanyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat.

~ Imam Al Fudhail bin 'Iyadh

#freepalestine
#freegaza
#freerafah
#tarbiahiman
Urutan dalam berdoa🤲🏻

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang itu mengerjakan solat dan dia hendak berdoa di dalamnya, hendaklah dia memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawatlah ke atas Nabi SAW kemudian itu berdoalah dengan memohon apa sahaja yang dihajati.”

(Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’i.)

#tarbiahiman
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Malaysia kesal terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ketika penduduk Gaza sedang menunggu trak bantuan pada Khamis.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan meragut lebih 100 nyawa tidak berdosa itu mengingkari apa yang diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tindakan Israel menyasarkan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dikecam sekeras-kerasnya oleh Malaysia.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa malah secara terang-terangan melanggar langkah sementara ICJ pada 26 Januari dan Konvensyen Genosid 1948,” katanya.

Sumber BERNAMA
www.tg-me.com/duniapalestin
Ramadan is Coming....

Ya Rabb!
1. Please remove our untold pain .
2. Make our way easy to achieve Success.
3. Give us more tolerance ability.
4. Keep us away from those who are not actually good for us.
5. Don't let anyone to play with our emotions.
6. Make us understand who is real and who is fake.
7. Keep us safe from harmful things.
8. Save us from the evil eyes and Black magic
9. Keep us away always from jealousy and Selfishness.
10. Bless my family always and bless us with a Good Life Partner.❤️

#freegaza
#tarbiahiman
Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.
13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

#freegaza
#freerafah
#freepalestine
#tarbiahiman
WANITA, JANGAN TURUTKAN NAFSU MU

Tudung satu almari, jubah dan abaya satu almari, baju kurung satu almari, kasut, aksesori dan lain-lain lagi. Itulah trend kebanyakan wanita berjilbab dan sebagian wanita dakwah sekarang.

Bilik mereka dah macam butik. Itu kalau yang pembersih. Kalau yang jenis pengotor, pakai pakai humban, bilik pasti nya hapak dan berselirat macam gua hantu kak limah.

FB dan IG dah macam kitab fardhu ain. Dibelek belek setiap masa tanpa berkedip mata. Shoppe dan online shopping dah macam mak ayah kita punya. Maka Kredit kad lah yang akan menjadi mangsa meluluskan semua.

Abam pos laju dan rider pulak dah macam laki kita menghantar nafkah. Seminggu dua kali dah pasti menghantar order order kita dengan fesyen terbaru. Abam pos tak payah guna waze dah kerana dah hadam adress rumah kita.

Nafsu kita terus berbunga dan berbunga tidak luntur. Ia terus meminta dan meminta.

Tidak letihkah?

Tidak jemukah?

Tidak terasakah kerugian itu?

Tidak terasakah pembaziran itu?

Tidak terasa penatkan mencari rezeki siang dan malam kemudian kamu bazirkan begitu saja. Apalagi kalau ia pemberian nafakah suami kamu!

Tidak terasakah bahawa Allah akan persoalkan satu persatu timbunan pakaian yang kita beli itu?

Terkadang ada pakaian dan eksesori yang kita beli tidak kita pakai kerana terlupa dek terlampau banyak nya kita beli.

Cuba audit diri, berapa infaq kita untuk islam?

Berapa banyak sedekah kita untuk wakaf?

Dan untuk keselamatan kita di hari akhirat tak kan derma kita masih seringgit lagi?

Boleh kah seringgit membeli syurga dibanding dengan pakaian kita yang bagai busut anai anai tu!

Begitulah kikirnya kita untuk berinfaq tapi dalam bab pakaian, aduhai! Sebut saja berapa harga. Terus saja membayarnya.

Saudari ...

Jangan bertuhankan nafsu.

Cantiknya kamu bukan pada tudung dan pakaian tapi adalah pada wajah teduh kamu yang bercahaya dengan ilmu dan iman.

Pakailah secantik mana pun tapi andai nawaitu kamu selain Allah maka perawakan kamu akan menjadi kusam.

Bersederhanalah kerana ia akan melahirkan izzah dan kemapanan iman.

Indah sekali ucapan Amr bin Ash,

" Aku tidak bosan dengan pakaianku selagi mana boleh dipakai. Aku tidak hairan dengan kenderaanku selama mana boleh membawaku. Sesungguhnya mudah bosan itu termasuk akhlak yang buruk."

Moga menfaat buat kamu yang ingin mendapat redha Allah.

C/p ••muharrikdaie

#freepalestine
#freerafah
#freegaza
#tarbiahiman
APA ITU TARIM?

Tarim itu nama sebuah tempat di Hadramaut, Yaman. Kota sejuta para wali. Medan ilmu tempat lahirnya ulama-ulama hebat berketurunan Rasulullah SAW.

Di sana semua wanita yg sudah baligh pasti memakai 'cadar di muka' iaitu niqab atau burqa. Sangat sukar utk bertemu dgn wanita di sana. Sangat berbeza dgn wanita di Malaysia asyik berswafoto sahaja

Di pasar-pasar Tarim pun khusus buat lelaki sahaja utk membeli keperluan dapur. Pasarnya sangat menarik. Lain drp yg lain. Di sana, sambil menunggu pelanggan, mereka mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali. Jika tiada pelanggan mereka mempelajari kitab sesama mereka sambil menyampaikan ilmu di pasar. Mereka juga selalu mendengdangkan selawat dan qasidah.

_Seorang ulama Tarim berkata, "Di pasar Tarim, aku dapati ada 200 lebih orang Wali Allah (Kekasih Allah SWT)

_Jika di pasar tempat yg sebegitu sudah ada 200 lebih orang wali apatah lagi jika yg berada di masjid-masjid?

_Ketahuilah hanya Wali Allah sahaja dapat mengetahui siapa wali-wali-Nya

Di pasar, apabila mendengar azan, mereka terus menutup kedai dan berlari ke masjid. Jika mereka tidak sempat utk menutup kedai apabila azan selesai dikumandangkan, mereka akan biarkan dan terus ke masjid tanpa menghiraukannya

Apabila ditanya, "Kenapa?

Mereka mengatakan, "Adakah dunia lebih penting drp Allah SWT?

Tiada perempuan di pasar Tarim. Mereka terpelihara suci di rumah mereka atau di madrasahnya

Lelaki pula kebanyakannya duduk di masjid-masjid. Sungguh banyak masjid di Tarim. Selang beberapa kilometer sudah ada masjid. Masjid mereka penuh dgn jemaah bahkan bilangan jemaah yg bertahajud di tengah malam adalah seperti bilangan jemaah solat Jumaat

Siapa yg datang ke Tarim pasti dan pasti tidak mahu pulang ke tanah air. Tarim Kota Akhirat, yg mengingatkan kita kpd akhirat

Di Tarim kamu harus menjaga hati. Kenapa?

Pernah suatu ketika seorang sahabat saya melihat seorang pakcik tua sedang membersihkan haiwannya di pagi hari

Lalu hatinya terdetik, "Tak pergi ke masjid ke pakcik ni, kan dah nak Subuh

Apabila kami lalu di hadapannya tiba-tiba dia menegur sahabat saya, "Jaga hati kamu

Sahabat saya menangis dlm hatinya dan beristigfar kerana pakcik tua itu mengetahui apa yg dikatakan dlm hatinya

Kebanyakan penduduk di Tarim mengetahui isi hati, perbuatan dan segalanya tentang kita. Kerana kebanyakan mereka ialah Wali Allah. Namanya pun Kota Sejuta Wali_

Banyak lagi kisah yg menarik di sana. Semoga suatu hari nanti kita dapat menjejakkan kaki di sana. Amin Allahumma Amin.

Kredit to: Teratak Alam II Auzaie

#freegaza
#freerafah
#tarbiahiman
2024/09/28 14:17:02
Back to Top
HTML Embed Code: