Telegram Web Link
Hasbunallah wa nikmal wakil.. 😔😭
Allahuakbar!!!
Apa nak jadi dengan zaman sekarang ni.. 😔😭
🌼 Ukhuwah Fillah 🌼
Photo
Dlu konsert cosplay ape bnde nama la.. Skg knsert ni pulak... Sy bantah!!
6 Pesanan Imam A-Ghazali.

1. Yang paling dekat didunia ialah KEMATIAN.

2. Yang paling jauh didunia ialah MASA LALU.

3. Yang paling berat didunia ialah AMANAH..

4. Yang paling besar didunia ialah NAFSU.

5. Yang paling ringan didunia ialah MENINGGALKAN SOLAT.

6. Yang paling tajam didunia ialah LIDAH MANUSIA.

Semoga kita mengambil ilmu darinya.

Aamiin 🤲

#freepalestine
#savegaza
#tarbiahiman
Ujian kita lain-lain.

Ada orang, ujian tiada anak.
Berapa kali buat IVF habis puluhan ribu pun tak dapat.

Ada orang, terlewat makan pil perancang beberapa jam sahaja… pun dah ‘lekat’. Ujian mengandung lagi walau belum sembuh luka operation. Terpaksa belah lagi sekali…

Ada orang ujian ada anak, umur 18 bulan, umur 8 bulan diambil Tuhan, lemas dihanyut banjir, terbakar dalam kereta.

Ada orang, diuji tiada suami.
Lama dah menunggu tiada yang sudi.

Ada orang, diuji suami menyakitkan hati, berang kaki pukul. Minta cerai pun dia tak nak.

Ada orang, diuji suami baik, berebut wanita lain berimpian untuk jadi kedua, ketiga dan keempat.

Ada orang diuji dengan anak terlalu ramai. Apabila dewasa, menyakitkan hati semuanya. Siap tolak mak sampai patah tulang.

Ada orang diuji dengan mertua dan ipar duai yang mencabar iman.

Ada orang diuji dengan anak yang istimewa. ADHD. Syndrome Down. Autism.

Ada orang, diuji dengan kena jaga cucu, sebab dia kurang didik anaknya dengan agama, anak dia kahwin cerai, kahwin cerai… cucu terabai, dia yang terpaksa jaga cari makan semua…

Ada orang diuji dengan bos dan rakan di tempat kerja.

Ada orang diuji dengan kewangan, kais pagi makan pagi. Gaji cukup makan. Berhujan berpanas subuh sampai malam.

Ada orang, muda lagi pasangan dah meninggal dunia, tinggal dia bersama anak-anak.

Ada orang, kawannya sendiri akhirnya jadi lawan. Kawannya jadi ibu tiri.

Ketahuilah, setiap dari kita akan diuji.

Keluarga.
Kewangan.
Anak-anak.
Pasangan.
Pekerjaan.
Kawan.
Staf.
Kesihatan.

Setiap dari kita, ada bahagian masing-masing.

Sebagai jalan keberdekatan kita pada Tuhan.

Sebab, masa diuji baru rasa nak menangis, nak extra berdoa, nak solat taubat, nak menyesali dosa silam.

Ketika tak diuji, nak enjoy je.
Nak pergi konsert.
Nak tengok wayang.
Nak makan sedap-sedap.
Nak berjalan-jalan.
Sampai selalu lupakan Tuhan.

Hidup ini penuh dengan ujian.
Beruntunglah sesiapa yang lulus dengan cemerlang…

Tanda lulus adalah : kita jadi makin tenang, makin dekat dengan Allah.

Tanda dia lulus, melalui ujian itu, menjadi jalan yang memudahkan dia ke Syurga..

Amalan soleh kita kurang,
Allah bagi ujian untuk kita mendapat pahala sabar dan redha. Sangka baik dengan Tuhan. Apa Dia bagi, semua baik…apa yang Dia belum bagi dan ambil, itulah yang terbaik buat kita…

Jangan minta agar tidak diuji,
Tapi mintalah hati yang kuat dan tabah mendepani segala ujian mendatang. Agar yang berat itu terasa ringan…

Ada orang, ujian ringan aja, namun terasa berat amat kerana mempunyai jiwa yang kecil. Bukan ombak yang kuat, tapi perahu yang kecil yang tak tahan…

#freepalestine
#savegaza
#tarbiahiman
Lemahnya Islam bukan kerana kafir itu kuat.

Tetapi, lemahnya Islam kerana ada orang munafik yg membenci Ulama' dan Islam itu sendiri.
Kenapa ya badan sekarang rasa macam malas dan tidak bersemangat lagi? 😭

Sekarang rasa macam kosong.
Malas.
Lesu.
Lelah.
Lemah.

Rasa macam nak pergi jauh-Jauh dari orang.

Adakah aku dah nk mati? 😪😭

Serius rasa lemah dan tidak bersemangat lgi.

Ya Allah..

Bantu aku untuk pulih seperti dahulu.

0121
100224
-fl

•••
Semakin nak berubah.. Semakin jauh rasanya..

Ya Allah.. Aku tak kuat!!!! 😭😭😭


😪😪
“Jadikan Hati mu :

• Mutawadhi' (rendah hati, tidak sombong)

• Menginginkan kebaikan untuk semua umat manusia

• Tidak melihat bahwa dirimu layak mendapat apresiasi atau pujian atau keutamaan dari siapapun.

• Mencintai saudara-saudara mu mendapat kebaikan sebagaimana kamu mencintainya untuk dirimu.”

—Maulana Syaikh dr. Yusri Jabr Alhasani—

#tarbiahiman
#savegaza
#freepalestine
Aamiin...
علمُوهنَّ أنَّ السِترَ لا ينقص مِن جمالهُنَّ شيئاً

“Ajarkan kepada para wanita muslimah, bahwa hijab tidak menghilangkan kecantikan mereka sedikitpun.”

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
2024/09/29 12:25:39
Back to Top
HTML Embed Code: