Telegram Web Link
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terkini dari telegram rasmi Briged Al Qassam:

Briged Al Qassam mengeluarkan video ini dengan caption:

מה אתם חושבים ؟
ماذا تعتقدون
What do you think?

Penjelasan:

Mujahidin memberi 3 pilihan jawapan untuk diteka.
Sama ada:

1) Ketiga-tiga tawanan semua mati.
2) Ada yang mati dan ada yang cedera.
3) Ketiga-tiganya masih hidup.

Malam ini nasib mereka akan didedahkan.

Ini betul-betul psiko level lain 🤯
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Yedioth Ahronoth (Media Israel):

Tentera Israel menganggarkan majoriti pejuang dan pemimpin Hamas di Gaza masih hidup selepas 100 hari perang.
Basic bkn Alim.. ☺️👍
Ya betul.. 😔
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Inilah Syria.

Di bawah setiap khemah terdapat kisah kesakitan dan penindasan, yang disembunyikan oleh kain kanvas dan didedahkan oleh ribut hujan.

Penderitaan dan tragedi yang berulang tidak tahu bila pengakhirannya.

Video : White Helmet
Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
pipi kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis asal..

#tarbiahiman
#freepalestine
Life can be hard. Remember that with difficulty will come ease. Almighty is by your side. And things will get better, inshallah aamiin ya raab.

#tarbiahiman
#freepalestine
Tips nak bangun subuh awal.

1. Tidur awal. Lepas pukul 10:00 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.

2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10:00 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di FB orang lain.

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.

Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.

Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.

Kalau subuh kita pukul 7:00, mampukah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?

Mampu nak hadapi ujian?

Mampu nak hadapi kecaman?

Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.

Penulis asal: Abu Hurairah

#tarbiahiman
#freepalestine
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Pendakwah terkenal, Dr Wael al-Zard berusia 51 tahun. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam Hadith pada tahun 2001, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Ain Shams di Kaherah.
Dr Al-Zard bekerja sebagai profesor universiti di Kolej Sains Gunaan dan sebelum ini di Universiti Terbuka Al-Quds dan Universiti Islam di Gaza.

Beliau terkenal kerana menjadi imam di Masjid Besar Omari di Kota Gaza dan Masjid Al-Mahata di kawasan kejiranan Tuffah.

Pada 13 Oktober 2023, Dr. Wael al-Zard cedera parah akibat serangan Israel yang menyasarkan rumahnya. Sheikh Al-Zard meninggal dunia akibat lukanya selepas tiga hari di dalam unit rawatan rapi.

Selamat berehat Sheikh.
Assalamualaikum selamat pagi shbt ❤️
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018

#tarbiahiman
#freepalestine
2024/09/29 08:24:30
Back to Top
HTML Embed Code: