Telegram Web Link
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Gambar dua tahanan muda, Jibril Ghassan Jibril dan Aban Iyad Hammad yang telah dibebaskan di Qalqilya.

Sumber: QNN
www.tg-me.com/hadispalestin
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Gambar tahanan Samah Bilal Sof di bandar Qalqilya selepas pembebasannya daripada penjara penjajah sebagai sebahagian daripada perjanjian pertama yang diusahakan oleh Briged Al-Qassam.

Sumber: QNN
www.tg-me.com/hadispalestin
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
“Sangat sukar untuk merasai kebebasan dan dibebaskan sebagai pertukaran untuk darah para syuhada di Gaza dan memandangkan pengorbanan besar keluarga saya di Semenanjung Gaza.”

Ini adalah kata-kata yang dilafazkan oleh Marah Bakir yang baru dibebaskan setelah menghabiskan 8 tahun di penjara Israel.

Marah dibebaskan bersama 38 banduan lain sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan antara pejuang Palestin dan penjajah Israel.

Sumber: Quds Network
www.tg-me.com/hadispalestin
12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN!

Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt dek kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang.

Berikut ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh a.s sendiri (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Allah swt lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun dalam pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s diutuskan Allah swt kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah swt menimpakan azab kepada mereka (QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth a.s pula terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka masih tidak mahu bertaubat. Allah swt akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat dengan disertai oleh angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS As-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu dikurangi. Allah swt pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Meski pun mereka berlindung di tempat yang teduh, namun masih tidak mampu melepaskan rasa panas tersebut. Akhirnya, mereka binasa (QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib a,s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) (QS Al-Hijr: 78, As-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israil pula sering ditindas oleh Firaun. Allah swt telah mengutuskan Nabi Musa a.s dan Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah swt. Namun, Firaun malah mengaku dirinya sebagai tuhan pula. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini jasad itu masih dapat disaksikan di muzeum mumi di Mesir (Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

Mereka INI adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah swt untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah swt menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Konon, nabi yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah swt (Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud
Ashab Al-Ukhdud adalah sejenis kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah swt, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah swt (QS Al-Buruuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (sebuah negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah swt sehingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan (empangan) air (QS Ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah swt menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kalian masih ingat pakcik ini?

Bapa kepada anak kecil, Reem mengambil anting-anting dari anaknya yang syahid dan dilekatkan di poket jubahnya sebagai satu-satunya peninggalan daripada anak perempuan kesayangannya.

Tidak ada setitik air mata pun yang jatuh dari sang ayah. Malah beliau kekal tersenyum sambil mengulang sebut,

"Moga Allah merahmati anakku, Reem."
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kegembiraan rakyat Gaza selepas berjaya mengisi gas di Gaza.

Lelaki yang merakam berkata,

"Semoga Allah merahmati kau. Nampak kau sangat gembira."

Lalu dibalas olehnya,

"Aku dah 20 hari tiada gas di rumah. Hari ini dari jam 8 pagi aku berada di sini beratur untuk mengisi gas. Tidak bersarapan, tidak makan tengah hari, hanya untuk mengisi gas."

Bandingkan dengan kita kawan-kawan. Gas habis je call, dan orang akan datang hantar.

Mereka beratur berjam-jam untuk mengisi gas yang sudah 20 hari kosong!

Allah 😔
Apabila kita menegur dalam perkara maksiat,maka muncul komen-komen begini. Terpaling syurga,terpaling alim,terpaling warak,terpaling mencegah. Ayat-ayat begini tidak pernah wujud pun pada tahun-tahun sebelum ini.

Tapi hampir sama apabila kaum Sodom Mengejek Nabi Lut .a.s:

وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا۟ أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ
إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Dan jawapan kaumnya tidak lain hanya berkata, “Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari negerimu ini, mereka adalah orang yang menganggap dirinya suci.” Al-A'raf, Ayah 82

Kepada yang selalu suka ayat begini,berhati-hatilah. Jangan menormalisasikan dalam mengejek orang lain apabila ditegur. Bayangkan jika anak-anak kita guna ayat-ayat ejekan begini jika kita menegur mereka.

Mak aku tu dialah ‘terpaling parenting’. Ayah aku tu dialah ‘terpaling tegas’. Akhirnya nasihat kita akan jadi bahan ejekan anak-anak dengan kawan-kawan mereka untuk lawan hujah kita.

-CheMatt-

#tarbiahiman
#Alhamdulillah
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Noa, lihat, teman lelaki kau telah belikan rantai leher baru yang dibuat di Gaza."

Tentera Israel berbangga selepas mencuri barang kemas dari rumah penduduk Palestin di Gaza.

Rantai tersebut milik seorang gadis Palestin, yang sedang menunggu tarikh perkahwinannya tetapi Israel membunuhnya terlebih dahulu.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Detik-detik trak bantuan memasuki utara Semenanjung Gaza.

Alhamdulillah.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Pemimpin Hamas, Osama Hamdan, mengulas mengenai penangguhan pembebasan kumpulan kedua tawanan:

Terdapat pelanggaran perjanjian yang dilakukan oleh Israel dalam pelaksanaan syarat-syarat gencatan senjata, antaranya yang berlaku semalam dan berulang hari ini.

Briged Al-Qassam telah memutuskan untuk menangguhkan pembebasan kumpulan kedua banduan, dan ada komunikasi untuk memastikan tiada pelanggaran syarat dan menamatkannya.

Pelanggaran yang dilakukan oleh penjajah adalah berkaitan dengan isu trak (bantuan dan bahan api), di samping tembakan yang menambah jumlah syuhada.
Forwarded from Tarbiah Sentap
Selalu letak diri kita dalam keadaan :

“Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah”

“Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik”
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah maafkanlah diri ini yg banyak sangat lalai dengan dunia yg dah tenat ini 😭😭😔😔😔😔😔😔😔
Berubahlah perangai sebelum awk berubah jadi jenazah 😭😭😭

-selfreminder

#tarbiahiman
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Gambar tahanan wanita, Israa Jaabis bersama anak lelakinya, Najha Moatasem sebelum ditahan dan selepas pembebasannya.

Sumber: Quds News Network
2024/11/19 18:52:16
Back to Top
HTML Embed Code: