Telegram Web Link
πŸ‚BILA DATANG PERTOLONGAN ALLAH?

Bila orang beriman tanya, bila pertolongan Allah?

Allah menjawab, Ψ£ΩŽΩ„Ψ§ Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ Ω†ΩŽΨ΅Ψ±ΩŽ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω‚ΩŽΨ±ΩŠΨ¨ΩŒ
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Pertolongan Allah itu dekat kerana kematian orang beriman itu juga pertolongan Allah.

Sebab itu setiap kali berlaku perjuangan atau peperangan, dijanjikan dua pertolongan, dua kegembiraan. Sama ada, mati dalam kemuliaan atau menang dalam perjuangan.

Mati itu kemenangan, mati dalam kemuliaan. Allah tunjuk kemuliaan orang orang yang mati syahid. Maka, pasti akan datang pertolongan Allah.

Ketikamana Nabi Nuh as diremehkan akan pertolongan Allah. Nabi Nuh as tetap yakin akan pertolongan Allah. Semua umatnya mempersendakan Nabi Nuh. Bayangkan 950 tahun. Itu sunatullah.

Sehingga datang pertolongan Allah yang mereka tak dapat bayangkan setelah mereka mempersendakan, setelah mereka mempermain-mainkan Nabi Nuh.

Akhirnya semua binasa melainkan orang beriman. Itu belum cerita akhirat!.

πŸ“ŒBila Allah sebut, pertolongan Allah itu dekat. Kenapa?

Kerana umur manusia hidup kat dunia singkat. Umur kita berapa tahun? Sebab tu bila datang ptolongan Allah, ia begitu dekat. Dengan singkatnya umur ini.

Oleh sebab itu, fahami sunnatullah bagaimana pertolongan Allah itu datang.

Petolongan itu datang bila Allah swt mengasingkan antara orang munfik dengan beriman yang sebenar. Selagimana ada golongan munafik, kena keluarkan dulu. Sampai mereka keluar daripada saf orang orang berjuang.

Maka ketika itu datang pertolongan. Supaya ptolongan itu disaksikan oleh orangΒ² yang benar dan ikhlas sahaja. Orang tak benar, tak ikhlas, tak blh tengok keajaiban. Tak layak!.

Untuk melihat keajaiban Allah, melihat malaikat Allah, bukan semua orang boleh tengok. Hanya orang yang ikhlas, benar yakin, benar tawakal kepada Allah. Merekalah menjadi saksi keajaiban perang.

Ini kenapa Allah swt tangguhkan pertolongan-Nya sehingga dibersihkan saf dari orang yang tak layak.

Agama Allah kesudahannya akan menang walau macam mana pun keadaan.

Wallahu a'lam

Muqadimah Surah Saf
TOKKU PASIR GUDANG

#copypaste
MAHSYAR

Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.

Terdapat dua jenis manusia,
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

#tarbiahiman
#copypaste
Palestine!!
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. πŸ˜πŸ˜…

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018

#tarbiahiman
Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh pernah menjawab apabila diutarakan tentang idea 2 States Solution suatu ketika dahulu. Kata beliau:

Ω„Ω† Ω†ΨΉΨͺرف Ψ¨Ψ₯Ψ³Ψ±Ψ¦ΩŠΩ„

"Kami tidak akan sesekali mengiktiraf Israel!"

www.tg-me.com/hadispalestin
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO

Adegan saat Briged Al-Quds menyasarkan pesawat drone Zionis Heron TB (Eitan) dan tepat menghancurkan sasaran.

Sumber: Briged Al Quds
http://www.tg-me.com/hadispalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Tiada sakit apa-apa!"..

Seorang lelaki yang cedera akibat pengeboman rejim Zionis terus bangkit dari katil hospitalnya untuk menenangkan ibunya yang bersedih & risau dengan anaknya.
Pengarah Perubatan Hospital Syahid Al-Aqsa memberitahu Al-Jazeera Mubasher:

Bahan api yang kami ada akan habis dalam masa satu atau dua hari. Ini bermakna hospital akan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Sumber: Shehab Agency
Whatever problem you have, Always remember Allah can change it in a second. So dont lose hope in Allah. Just trust his plans no matter what.

Good morning 😊

#tarbiahiman
Two State Solution atau Keseluruhan Palestin, Siapa Yang Tentukan ?

Sesungguhnya para ulama, tokoh pejuang pembebasan, ahli sejarah dan mereka yang berada di medan sejak 7 dekad lebih mengetahui apa yang paling baik buat mereka, buat kita yang jauh dan masa depan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin, tanah wakaf milik umat sejagat.

Cadangan Two State Solution dengan membahagikan Palestin kepada 2 negara sebagaimana sebelum 1967 iaitu 78 % kepada Israel dan 22 % kepada Palestin bukanlah cadangan yang dibawa oleh Hamas atau mana-mana pihak daripada gerakan pembebasan Palestin.

Apatah lagi zionis Israel adalah golongan yang diketahui tidak pernah menghormati sebarang ketetapan dan perjanjian sejak dahulu kala lagi.

Bahkan yang sebenarnya berlaku, selepas 1967 mereka terus menjajah sehinggakan 22 % baki tanah Palestin terus dirobek sehingga mengecil kepada kurang daripada 10 % keluasan sebenar negara Palestin.

Bahkan di pihak mereks zionis Israel telah pun menyediakan tanah di Sinai untuk dipindahkan penduduk Gaza ke sana lagi mengiyakan kata-kata Netanyahu di persidangan UN bahawa 'Israel is only for the Jewish People' (projek Israel Raya).

Nah, siapa kita nak tentukan berapa peratus milik Palestin dan berapa peratus milik Israel ?

'From the river to the sea, Palestine will be free'.

Zainur Rashid Z

https://www.tg-me.com/zainurrashid
Teruskan boikot
Yup! In 1981 & 1994
Malaysia melancarkan Buy British Last (BBL). Boikot habis habisan!
Tahu usaha siapa?
Pergi baca sejarah!
.
So kita pernah buat. Dan kita akan buat sekali lagi. Go Malaysia!
.
Korang tak payah rasa bangga sangat pakai jenama2 femes ni. Sedar2 lah. Haaa lagi satu pergi baca.. pergi belajar bab ekonomi

#savePalestin
#copy-paste
KELEBIHAN SURAH AL MULK

1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, yaitu: surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)

3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi)

4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut β€œAl Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). (HR. An Nasai)

#tarbiahiman
#share
πŸ“ΏAssalamualaikum..

Tajuk tazkirah hari ini
🌷ALLAH RINDU πŸ’ž

✍🏻pernah tak tiba tiba rasa sebak? πŸ˜”
✍🏻pernah tak tiba tiba rasa sedih? πŸ˜ͺ
✍🏻pernah tak tiba tiba rasa rindu? 😞
✍🏻 Jiwa Kosong 😭
✍🏻Tapi semua tak tahu kenapa. πŸ˜₯πŸ’‘Tak tahu sebab apa.😰

✍🏻Sahabat sekalian. Itu tandanya Allah rindu.πŸ’– Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah? πŸ™‡πŸ»

✍🏻semalam? πŸ€”
✍🏻kelmarin? ..😒
✍🏻minggu lepas?πŸ˜”
✍🏻tak pernah langsung?😱

☝🏻Bila tiba- tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu. 😭

✍🏻Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak. πŸ˜ͺ
☝🏻Tidak...Sebenarnya Itu rasa Allah yang bagi.πŸ’—

Cuba kalau...πŸ€”
✍🏻Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Cari paip. Bukak paip.
Mandi? Tak. Ambil wudhu'. Masa ambil wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab ape? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.☺ πŸŒ·πŸ’ž

✍🏻Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.😭

πŸ˜„Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.πŸ’•

..Wahai sahabat.. βœπŸ»πŸ“Ώ
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih😭 kecewaπŸ˜” marah,πŸ˜’
tapi....

πŸ˜ŠπŸ‘‰πŸ»Kita masih ada tempat untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk mengadu segala masalah...πŸ‘πŸ»

πŸ‘‰πŸ»Okay. Jangan sesedih ,Allah selalu bersama kita
La tahzan. Innallaha ma'ana. ..😊

✍🏻Sebarkan Bahagia
Moga Allah RedhaπŸ“Ώ

~Wallahu'alam πŸ˜ŠπŸŒ·πŸ’ž
2024/11/05 18:48:16
Back to Top
HTML Embed Code: