Telegram Web Link
Pesan dkt diri sendiri jgn dengki dengan orang ๐Ÿ™‚

-Fl24
DIGALAKKAN CARI PASANGAN SEKUFU

Bila dah kahwin, kena faham masing-masing punya 'culture'. Ada jenis tak makan pagi, ada yang jenis tak boleh makan lauk yang sama dan macam-macam peel baru nampak.

Jadi kena banyak belajar terima dan tidak kritik budaya yang dibawa masing-masing.

Maka sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang, pilihlah yang sekufu.

Contoh, kalau dulu saya jenis bangun sebelum Subuh setiap hari walau hari hujung minggu, lepas Subuh cari sarapan tapi dapat pasangan yang bangun lewat dan tak sarapan pagi, memang jem rutin berkahwin. Carilah yang suka bangun awal sebelum Subuh, tahajjud.

Kalau dulu hujung minggu saya jenis suka berjalan naik kereta ronda-ronda, tapi dapat pasangan yang bangun lambat, tidur petang dan tidur malam awal, memang jem jiwa kena duduk rumah. Carilah yang suka jalan-jalan, ronda-ronda.

Kalau dulu saya jenis buat kerja rumah cuci pakaian, sidai pakaian, cuci bilik air, vacuum lantai karpet, dapat pasangan hanya masak dan cakap saya pemalas, memang jem hati kena hadap. Carilah pasangan yang sama-sama buat kerja rumah tanpa kritik tanpa rasa tak puas hati.

Kalau dulu saya jenis rajin cari duit lebih, semua duit jualan bisnes part-time (bukan untung bersih) pun kena paw beli barang yang tak perlu, memang jem poket wallet tak sempat bertahan lama dalam tu. Carilah pasangan yang faham apa itu pengurusan kewangan.

Itu baru sedikit contoh, ada banyak lagi contoh tapi bila berkahwin sepatutnya kita sudah bersedia untuk berubah diri, memperbaiki diri, bukan masih berada di takuk lama perangai buruk masa single dibawa ke alam perkahwinan.

Apa yang penting kena pilih bakal pasangan yang sekufu dan persamaan kefahaman, bukan sekadar suka sebab ikut nafsu nanti lesu...cuma tu la,sebelum kawin selalu nampak sekufu bila dah kahwin baru nampak perangai sebenar..yang kaki drama sinetron pun tersingkap di alam nyata...kannn

.

#cnp
Forwarded from Tarbiah Sentap
Perjalanan baginda sesudah bergelar Nabi sudah pasti diuji dengan ujian yang lebih berat. dan dasyat.

Maka benarlah, pengharapan kita tentulah hanya kepada Allah semata-mata tanpa bergantung kepada makhluk.

Semoga dengan hikmat ujian baginda menjadi motivasi buat kita dalam perjuangan menegakkan Islam.

7 Rabiulawal - ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
Forwarded from Tarbiah Sentap
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan bertanya, โ€œApakah itu agama?โ€ Baginda saw menjawab, โ€œAkhlak yang muliaโ€.

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda, โ€œSesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.โ€

5 Rabiulawal - ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Kredit: Aamiin
#jomshare
#cnp
#freepalestin
๐Ÿ˜
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Marry a guy who can speak good words to you, even though he is mad at you. The best of a partner is when he is angry,he doesn't try to insult you.๐ŸŒน
Because he has that much respect for you and doesn't want to lose you in a simple argument.๐Ÿ–ค

#๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Wanita, hati-hati bila kita dah mula ada perasaaan ni...

1. Hati-hati apabila kita dah mula rasa kita wanita terbaik dan mula merendahkan orang lain. Diri merasa serba bagus dan serba tahu dalam semua perkara. Melihat orang lain dengan kekurangan dan kelemahan sahaja, hati-hati kamu sedang tertipu dengan bayang sendiri.

2.Hati-hati apabila kita mula rasa kita seorang sahaja berzikir dan orang lain hanya tahu menyanyi. Diri mula merasa paling banyak mengingat Tuhan sedangkan hati penuh dengan keangkuhan. Melihat orang lain hanya hidup dalam kelalaian, nauzubillah, tertipu dengan amalan sendiri.

3.Hati-hati apabila kita mula rasa kita seorang sahaja yang kuat memberi dan orang lain hanya tahu pentingkan diri sendiri. Diri mula merasa angkuh dengan pemberian diri sendiri.Nauzubillah, moga dijauhkan dari sikap yang mengangkat diri sendiri.

Percayalah, semua orang ada perjuangan tersendiri. Pada tahap mana pun kita berada, teruskan sahaja berjuang tanpa merendahkan orang sekeliling. Jikapun kita mampu melakukan kebaikan, itu pun daripada bantuan Ilahi.

Jangan angkuh dengan kelebihan amal sendiri, kerana semuanya akan hilang apabila kita sudah mula mengangkat diri sendiri. Nauzubillah. Mintak dijauhkan semua rasa ini ya Rabb.

AKU
Tidak mahu ada rasa ini.

#cnp
#tarbiahiman
2024/09/29 20:31:43
Back to Top
HTML Embed Code: