Telegram Web Link
๐ŸŒผ Ukhuwah Fillah ๐ŸŒผ
Photo
Bukan adegan dari sebuah film๐ŸŽฅ๐Ÿฅบ
Jangan lupa bersyukur dengan setiap apa yg kita ada ๐Ÿคฒ๐Ÿ˜Š
๐Ÿฅฒ
๐Ÿฅฐ
โค๏ธ
Forwarded from Tarbiyyah Your Heart's
Nak Cakap...

Jangan tertawakan rumahtangga orang lain kerana kita tidak tahu apa ujian yang sedang menanti rumahtangga kita.

Jangan ketawakan suami orang kerana suami kita juga hatinya milik Tuhan.  Jangan ketawakan isteri orang, isteri kita sendiri kita belum tahu berapa lama akan terus setia berada di sisi.

Jangan ketawakan anak dara tua, anak dara kita sendiri belum tentu jodohnya nanti.  Jangan ketawakan janda, suami yang ada Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja.  Boleh jadi esok atau lusa kita juga akan berpisah dengannya.

.
Jangan ketawakan wanita yang dimadukan, sedang mereka semua sangatlah bersabar dalam berkongsi rasa dalam menempuh banyak ujian hidup serta tempat mereka mungkin lebih baik di Syurga nanti.

Tidak ada yang mahu perkara yang tidak baik dalam hidup.  Semua orang mahukan kesempurnaan.  Tetapi tidak ada manusia yang terlepas dari ujian dari Tuhan juga. 

Oleh itu, ketawa biar berpada.  Harus ingat di setiap bahagia itu akan ada tangisan.
Menangis pula, janganlah seolah kita tidak akan bahagia semula nanti.

.
Orang kaya boleh jadi miskin.
Orang miskin boleh jadi kaya.

Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri semuanya.  Yang kekayaannya bukan setakat rumah besar sahaja atau sekadar wang berjuta, bahkan lebih dari itu...  Tetapi mudah bagi Allah untuk mengambil semuanya hanya dalam sekelip mata.

Kita ini, jika Allah jadikan kita sakit gigi sahaja pun, sudah hilang nikmat hidup.  Sudah tidak dapat senyum, tidak dapat makan, tidak dapat minum dengan baik.  Apa lagi jika Allah tarik lebih dari itu.

Jika benar-benar cukup bahagia, kita tidak perlu mempamerkan kebahagiaan kita kerana happiness doesn't need any approval.

Jika benar-benar cukup kaya, diam diam sahaja kerana orang yang benar-benar kaya hidup mereka penuh dengan kecukupan yang tidak seorang pun orang yang cukup kaya pamerkan harta mereka.

.
Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua.
Hiduplah bagaikan seorang musafir.

Apakah nikmat yang terbaik bagi kita hari ini?
Bukan wang.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta yang banyak.
Bukan glamour.
Bukan wajah yang cantik.

Nikmat yang paling besar buat kita semua hari ini adalah kehidupan ini sendiri.

Kerana orang yang sudah mati sangat ingin kembali ke dunia (walaupun sekejap) hanya untuk berbuat amal dan kebaikan yang tidak sempat mereka lakukan selama hidup mereka.

Untuk itu...
Ucapkanlah Alhamdulillah.
Kerana kita semua masih bernyawa.
Dan selagi kita masih bernyawa,  selagi itulah ada harapan yang lebih baik untuk kita.

La Tahzan
Jangan menangis, Allah sayang.

Kredit : Penulis
Pesan dkt diri sendiri jgn dengki dengan orang ๐Ÿ™‚

-Fl24
DIGALAKKAN CARI PASANGAN SEKUFU

Bila dah kahwin, kena faham masing-masing punya 'culture'. Ada jenis tak makan pagi, ada yang jenis tak boleh makan lauk yang sama dan macam-macam peel baru nampak.

Jadi kena banyak belajar terima dan tidak kritik budaya yang dibawa masing-masing.

Maka sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang, pilihlah yang sekufu.

Contoh, kalau dulu saya jenis bangun sebelum Subuh setiap hari walau hari hujung minggu, lepas Subuh cari sarapan tapi dapat pasangan yang bangun lewat dan tak sarapan pagi, memang jem rutin berkahwin. Carilah yang suka bangun awal sebelum Subuh, tahajjud.

Kalau dulu hujung minggu saya jenis suka berjalan naik kereta ronda-ronda, tapi dapat pasangan yang bangun lambat, tidur petang dan tidur malam awal, memang jem jiwa kena duduk rumah. Carilah yang suka jalan-jalan, ronda-ronda.

Kalau dulu saya jenis buat kerja rumah cuci pakaian, sidai pakaian, cuci bilik air, vacuum lantai karpet, dapat pasangan hanya masak dan cakap saya pemalas, memang jem hati kena hadap. Carilah pasangan yang sama-sama buat kerja rumah tanpa kritik tanpa rasa tak puas hati.

Kalau dulu saya jenis rajin cari duit lebih, semua duit jualan bisnes part-time (bukan untung bersih) pun kena paw beli barang yang tak perlu, memang jem poket wallet tak sempat bertahan lama dalam tu. Carilah pasangan yang faham apa itu pengurusan kewangan.

Itu baru sedikit contoh, ada banyak lagi contoh tapi bila berkahwin sepatutnya kita sudah bersedia untuk berubah diri, memperbaiki diri, bukan masih berada di takuk lama perangai buruk masa single dibawa ke alam perkahwinan.

Apa yang penting kena pilih bakal pasangan yang sekufu dan persamaan kefahaman, bukan sekadar suka sebab ikut nafsu nanti lesu...cuma tu la,sebelum kawin selalu nampak sekufu bila dah kahwin baru nampak perangai sebenar..yang kaki drama sinetron pun tersingkap di alam nyata...kannn

.

#cnp
Forwarded from Tarbiah Sentap
Perjalanan baginda sesudah bergelar Nabi sudah pasti diuji dengan ujian yang lebih berat. dan dasyat.

Maka benarlah, pengharapan kita tentulah hanya kepada Allah semata-mata tanpa bergantung kepada makhluk.

Semoga dengan hikmat ujian baginda menjadi motivasi buat kita dalam perjuangan menegakkan Islam.

7 Rabiulawal - ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
Forwarded from Tarbiah Sentap
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan bertanya, โ€œApakah itu agama?โ€ Baginda saw menjawab, โ€œAkhlak yang muliaโ€.

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda, โ€œSesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.โ€

5 Rabiulawal - ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Kredit: Aamiin
#jomshare
#cnp
#freepalestin
๐Ÿ˜
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
2024/09/30 16:20:59
Back to Top
HTML Embed Code: