Telegram Web Link
Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.

1. Tak banyak keluh kesah.
Baik suami. Begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak. Benda banyak dijadikan infak.

2. Tak banyak komplen.
Kalau isteri larat buat kerja, buat. Kalau tak buat suami tak kata apa. Kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu. Tak panjang cerita.

3. Fizikal bukan lagi tarikan.
Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.

4. Berebut buat kebaikan.
Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.

5. Jadi insan lebih baik.
Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung. Lepas tu upgrade tudung labuh. Lepas tu top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah. Lepas tu tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.

6. Anak-anak yang mudah diurus.
Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah. Tak buat hati mak ayah susah.

7. Rezeki melimpah ruah.
Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.

8. Amalan makin banyak.
Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.

9. Berlemah lembut.
Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.

10. Bertambah ilmu.
Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Semakin bijak berkehendak. Semakin kuranglah sikap kanak-kanak.

Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.

FB: Siti Suryani Yaakop
23/03/2021

#copy
#tarbiahiman
#freepalestine
#freegaza
โ€” You deserve a calm love with someone who hears you, sees you, understands you, appreciates you, supports you, and loves you. Someone who is consistent, communicates clearly, and creates a caring safe space to heal, grow,.and bloom together. A love you never have to heal from.๐Ÿคโœจ

โ€œPray to have a partner whoโ€™s heart remains soft for you always.โ€

โ€” Ameliaโœ๐Ÿป

#cnp โ˜บ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ุงู„ู…ุจุงุฑูƒ ููŠ ุงู„ู‚ุฏุณ ุนุงุตู…ุฉ ูู„ุณุทูŠู† ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

(Luqman : 17-19)

#freepalestine
#freegaza
#tarbiahiman
๐Ÿ˜…
sometimes i get scared of being too happy and excited about something because every time i get really happy, something bad happens and i end up disappointed

#๐Ÿฅฐ
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Selamat tinggal kenangan.

Moga bahuku terasa ringan.

Tiada luahan kata lagi.

โ˜บ๏ธ๐Ÿ•Š๐Ÿคฒ
Life is short, time is fast, no replay, no rewind so enjoy every moment you can <<3
Sembunyikan amalan sunnah kita..sekarang tiba musim orang2 berpuasa syawal..

Jika kita baca kisah salaf ketika mereka berpuasa sunat,mereka seboleh mungkin,tidak ingin untuk orang tahu yang mereka sedang berpuasa

Ada yang hingga keluarga sendiri pun tidak tau dia berpuasa..ketika dia keluar bekerja,dia membawa bekal sarapan..kemudian bekalnya itu,di sedekahkan pada orang dipasar..apabila petang dia kembali ke rumahโ€ฆdia makan bersama keluarga..

Ada pula yang membatalkan puasa sunnahnya,kerana dijemput makan sekali..dia tidak mengatakan โ€œmaaf aku berpuasa..โ€ tetapi dia membatalkan puasanya dan makan bersama..

Begitula salaf menjaga amal daripada riyaโ€™..kita mungkin tidak mampu meniru apa yang mereka lakukan..tetapi kita cuba elakan untuk sembunyikan amalan sumat kita..

Kempen supaya galakan orang berpuasa sunat syawal itu terpuji..tetapi..memberitahu orang lain diri sendiri berpuasa..itu boleh mendatangkan sifat riyaโ€™

Menunjuk nunjuk amalan sunat,ianya sifat keji..contoh..trend sekarang berzikir guna alat digital,diletakan di jari..perbuatan zikir itu bagus..cumanya,setelah selesai zikir,simpan semula alat itu..tidak perlu dipertontonkan ..apatah lagi ketika ambil bergambar,sambil nak bagi nampak kita tepaling zikirโ€ฆ.

Sembunyikan amalan sunat kita,sepertimana kita sembunyikan qodho subuh kita jam 7.00 pagi..

#tarbiahiman
#freepalestine
#freegaza
UJUB TANPA KITA SEDAR

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

UJUB lain, RIAK lain.
Riak perkara yang ditunjuk pada orang, ujub merasa bangga dengan diri sendiri dalam diam.

Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.

Contoh:
Kita solat tahajjud sendirian, tiada siapa tahu, dan kita tak cerita pada orang, dengan harapan tiada riak, sebab kerana Allah.
Tetapi, ujub bila dalam hati berkata, "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, org lain tidurrr je..."

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yang paling halus.

Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

โ€ข Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
โ€ข. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
โ€ข Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
โ€ข. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
โ€ข. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Pesanan buat diri sendiri juga.
Perbanyakkan istigfar dan selawat.
Moga tiada ruang untuk maksiat-maksiat hati memenuhi ruangan hati.

#tarbiahiman
Kepala dan kaki sama2 kena tutup..
Msih igtkah kalian?
2024/09/30 02:17:56
Back to Top
HTML Embed Code: