Telegram Web Link
The status of women in islam:

The daughter opens the door of Jannah for her father.

As a wife, she completes half of the deen (faith) of her husband.

And when she becomes a mother, the entire Jannah is placed beneath her feet.

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
Malam 10. Malam Keampunan.

Ahad Malam Isnin ni, hidupkan malam tu. Bahagiakan diri dengan urusan langit.

Esoknya tu kita puasa.

Oh ya, sepanjang bulan Rejab selesai subuh dan maghrib. Terus tadah tangan dan minta.

"Allahumma firli warhamni watub alayya"

📝 70 kali sebelum kita mula zikir apa-apa.

📝 Tugas kita baiki diri. Semakin kita baik, semakin Allah hadirkan perkara perkara baik dalam hidup kita.

📝 Berhenti buktikan kebaikan kita kepada sesiapa pun, manusia kalau benci pada kita matanya akan ditutup dari kebaikan. "Wakafa billahi syahida"

📝 Yang kita kena buat, capai Redha Allah s.w.t. Manusia akan ada yang suka dan akan ada yang tak suka.

📝 Fokus kita bukan pada pembenci, fokusnya pada yang mencintai.

📝Ketika hati kita gunakan untuk bahagiakan orang lain, Allah akan utuskan seseorang untuk membahagiakan hati kita.

Insyaa Allah, nahh

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
Assalamualaikum sahabat..

Tips untuk istiqamah:

1. Niat kerana Allah
2. Cari kawan/circle yang baik
3. Banyakkan istighfar, selawat dan zikir
4. Lazimi berwuduk
5. Selalu berdoa
6. Rajin baca Al Quran
7. Mendalami ilmu agama
8. Paksa diri untuk beribadah..

Jangan tunggu iklhas baru nak bermula.. bermula la sehingga datangnya ikhlas.

Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad..

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Tuntutan wanita untuk solat awal waktu kerana 3 faktor pada diri wanita:

1. Kedatangan haid
2. kedatangan tetamu.
3. Kedatangan maut

Dengan asbab 3 faktor ini bila kita lewatkan solat,kita akan terlepas waktu solat.1 solat yg ditinggalkan akan dicampakan ke dlm neraka selama hukub bersamaan 80 thun akhirat .
1 hari di akhirat bersamaan 1000 hari di dunia.

2. Hidupkan Taklim Rumah
Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga...Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
Lahirnya.hafiz hafizah, alim alimah daie daieyah.

3. Istiqomah Al Quran dan zikir.
Baca Quran setiap hari walaupun hanya 1 ayat.
Rumah yg tidak ada bacaan quran selama 3 hari dalam keadaan zulmat kegelapan.

4. Mendidik anak secara sunah / Islam...
Bermula dari dalam kandungan ibu lagi anak menyerap pendidikan daripada ibunya. Bnyk baca quran semasa mengandung. Didik Tauhid dari peringkat paling awal.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
Didik.mengikut tahap2 umurnya
menjadikan sahabat n sohabiah sebagai idola.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Hidup.ikut keperluan bukan ikut kemampuan dan bukan ikut kehendak.kita yg tdk terbatas.
Hidup.berasaskan 5 basic:

1.Jangan jadikan rumah sebagai restoren
2.Jangan jadikan rumah sbg hotel
3.Jangan jadikan rumah kedai dobi
4.Jangan jadikan rumah sebagai pawagam.
5. Sederhana dalam walimatul urus.
Buat walimatul.urus ikut secara sunah.

6. Mempersiapkan diri dan galakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.

Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
ini unt huraian yg pertama..solat diawal waktu. Galakkan mahram solat dimana azan dilaungkan.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Menteri Luar Israel Eli Cohen, dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya di Eropah berkata:

"Kami mencadangkan idea pulau buatan sebagai tanah air alternatif bagi rakyat Palestin."
Hidup kita akan jadi lebih tenang sekiranya kita faham...

1. Atas muka dunia. Bukan semua orang akan sukakan kita. Kadang depan kita dia bergelak tawa. Tapi dalam hati menyampah saja yang ada. Tak apa. Kita dan dia bukan sempurna.

2. Kalau kita buat baik pula. Tak semestinya orang balas serupa. Ada masa orang ingat-ingat lupa. Dan ada juga masa yang sebaliknya kita terima.

3. Kita bukan pusat perhatian. Bukan semua benda atas dunia hanya tentang kita punya perasaan. Semua orang pun ada masalah sendiri yang dia kena selesaikan.

4. Semua orang akan datang dan pergi. Ada waktu orang ingat kita lagi. Ada masa kita jauh dibuang dari hati. Walau pahit tapi itulah realiti.

5. Setiap orang ada pemikiran dia. Setiap orang ada kepentingan berbeza. Bukan pendapat kita saja yang benar sentiasa. Bukan kalau pandangan orang tu salah semuanya.

6. Kita ada benda penting yang pada orang lain tak sepenting mana. Apa yang kita pilih tak semestinya jadi pilihan orang lain juga. Dia layak memilih selagi dia tak menyusahkan hidup sesiapa. Dia bebas memilih selagi dia tak bertentang dengan agama.

7. Banyak masa kita tak perlu luah apa yang kita rasa. Duduk diam dan sabar dulu seketika. Orang yang nak faham pasti akan bertanya. Orang yang tak mahu faham akan larut dalam fikiran buruk dia.

8. Berbalah itu pasti membawa parah. Kerana berbalah itu asalnya dari amarah. Orang bijak berbincang dalam hemah. Orang matang berbincang dengan maruah.

9. Hidup kita bukan akan elok sentiasa. Ada masa kita sulit ada masa kita bahagia. Apa juga masa yang datang ada ketentuan Tuhan di sebaliknya. Saat baik kita syukur saat sulit kita redha.

10. Setiap yang menyakiti kita bukanlah hanya kerana orang itu semata. Kadang ada dosa kita yang ingin diingatkan melaluinya. Kadang pula kerana Tuhan mahu menaikkan darjat kita. Walau sakit tapi pasti akhirannya adalah untuk yang baik-baik saja.

Faham untuk tenang.
Tenang untuk faham.

•••Siti Suryani Yaakop

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
Malam sayyidul Ayyam, sebelum tidur baca doa yang pernah Rasulullah SAW baca.

Beginilah cara kita menghilangkan bebanan yang membelenggu hidup.

Berurusan dengan dunia yang berbolak-balik sangat susah.

Hari ini kita disukai, esok boleh jadi kita dibenci.

Hari ini kehadiran kita dinanti, esok mungkin kita bukan sesiapa lagi.

Semuanya seperti mimpi.

Hanya Allah yang mampu hilangkan tekanan dan ketakutan kita.

Serahkan pada Allah kerana Dia sangat tahu apa yang kita perlu.

Bacalah doa ini,

Moga berkat malam penghulu segala hari..Esok kita bangkit sebagai orang yang kuat dan penuh semangat biarpun apa yang terjadi.

••Aminah Mat Yusoff

#tarbiahiman
#freepalestine
#savegaza
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dari telegram rasmi Briged Mujahidin:

"Saksikan adegan Briged Mujahidin menyasarkan helikopter zionis menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara (surface-to-air) di langit bandar Khan Younis.

Allahuakbar!
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Tentera Israel menahan semula Ahmad Khashan (18 tahun). Ini adalah kes kedua penahanan semula remaja yang dibebaskan dalam pertukaran tahanan terbaru dua bulan lalu.

Penahanan itu sekaligus melanggar perjanjian pertukaran yang menetapkan larangan menahan semula tahanan yang dibebaskan.
Kata - kata indah Murrobbi...

"Betapa untungnya seorang lelaki yang memiliki isteri yang beragama. Cantik sebenar seorang isteri adalah yang cantik agamanya. Cantik paras rupa, waktu muda sahaja. Tapi cantik agama isteri sampai tua pun tetap cantik. Kerana isteri berbudi pekerti, berakhlak baik, indah peribadi, tenang menghadapi ujian Allah, akan disayangi oleh suami walaupun sudah tua. Inilah yang suami harapkan daripada isterinya, sentiasa di sisi saat susah senang, mendoakan suami sehingga air matanya bercucuran menadah tangan. Cantik isteri akan bertahan 2,3 tahun. Tapi cantik amalan isteri akan kekal sehingga dia mati. "
-Almarhum TG NIK AZIZ-

#tarbiahiman
Meremang bulu roma dan menangis saya baca kisah ini, apalah sangat yang dibandingkan dengan ujian kecil yang menimpa kita.. Allahu..

WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT

Kisah ini mungkin telah sering kita dengar. Namun, sekadar mengingatkan kembali tentang perjuangan wanita mulia ini. Semoga dapat mengembalikan ghairah kita untuk juga mampu meneladani beliau, wanita yang " berhati waja "

Nusaibah Binti Ka’ab radhiyallahu anha, namanya tercatat dalam tinta emas penuh kemuliaan.
Bahkan kematiannya mengundang ribuan malaikat untuk menyambutnya.

Hari itu Nusaibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said sedang beristirehat di bilik tempat tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nusaibah meneka, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di kawasan Gunung Uhud. Dengan bergegas, Nusaibah meninggalkan apa yang sedang dilakukannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tertidur dengan halus dan lembut dikejutkannya.

“Suamiku tersayang”, Nusaibah berkata: “Aku mendengar pekik suara menuju ke Uhud. Mungkin orang-orang kafir telah menyerang.”

Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Dia menyesal mengapa bukan dia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Dia segera bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu dia menyiapkan kuda, Nusaibah menghampiri. Dia memberi sebilah pedang kepada Said.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang.”

Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya itu, tak pernah ada keraguan padanya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju ke utara. Said langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu semakin mengobarkan keberanian Said.

Di rumah, Nusaibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.

“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”

Nusaibah tertunduk sebentar.
“Inna lillah…..” ucapnya,
“Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”

Setelah pemberi khabar itu meninggalkan tempat, Nusaibah memanggil Amar. Ia tersenyum kepadanya di tengah tangis yang tertahan,

“Amar, kau lihat Ibu menangis?.. Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah Syahid. Aku sedih kerana tidak memiliki apa-apa lagi untuk diberikan sebagai para pejuang Nabi. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”

Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.

*“Ambillah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terhapus.”

Mata Amar bersinar-sinar. “Terima kasih Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku ragu, seandainya Ibu tidak memberi peluang kepadaku untuk membela agama Allah.”

Putera Nusaibah yang berbadan kurus itu pun terus menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak terlihat ketakutan sedikit pun dalam wajahnya. Di hadapan Rasulullah, ia memperkenalkan diri.

“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayahku yang telah gugur.”

Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”

Hari itu pertempuran berlalu cepat. Pertumpahan darah berlangsung hingga petang. Pagi-pagi seorang utusan pasukan Islam berangkat dari perkemahan di medan tempur, mereka menuju ke rumah Nusaibah.

Setibanya di sana, wanita yang tabah itu sedang termangu-mangu menunggu berita, “Ada khabar.. apakah gerangan?..” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “Apakah anakku gugur?..”

Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”

“Inna lillah….” Nusaibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?..”
Nusaibah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuberangkatkan?.. Saad masih kanak-kanak.”

Mendengar itu, Saad yang sedang berada tepat di samping ibunya, menyela, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”

Nusaibah terperanjat. Ia memandang puteranya. “Kau tidak takut, nak?..”

Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng, yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nusaibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan tentera itu.

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menancap di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu Akbar!..”

Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nusaibah.

Mendengar berita kematian itu, Nusaibah meremang bulu tengkuknya.

“Wahai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diriku yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”

Sang utusan mengerutkan keningnya, lalu berkata:

“Tapi engkau wanita, ya Ibu….”

Nusaibah tersinggung: “Engkau meremehkan aku kerana aku wanita?.. Apakah wanita tidak ingin pula masuk ke Syurga melalui jihad?..”

Nusaibah tidak menunggu jawapan dari utusan tersebut. Ia bergegas menghadap Rasulullah dengan menunggang kuda yang ada.

Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nusaibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum.

“Nusaibah yang dimuliakan Allah. Belum masanya wanita mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentera kita yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nusaibah pun segera mengambil ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur.

Dirawatnya mereka yang mengalami luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk dan memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba rambutnya terkena percikan darah. Nusaibah lalu memandang. Ternyata kepala seorang tentara Islam tergolek, tewas terbabat oleh senjata orang kafir.

Timbul kemarahan Nusaibah menyaksikan kekejaman ini.

Apalagi ketika dilihatnya Rasulullah terjatuh dari kudanya akibat keningnya terkena anak panah musuh. Nusaibah tidak dapat menahan diri lagi, menyaksikan hal itu.

Ia bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang perajurit yang tewas itu.
Dinaiki kudanya.
Lantas bagaikan singa betina, ia mengamuk.

Ramai musuh yang kelam kabut menghindarkan diri darinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang.

Hingga pada suatu waktu ada seorang kafir yang mengendap dari arah belakang, dan langsung menebas putus lengan kirinya. Nusaibah pun terjatuh, terinjak-injak oleh kuda. Peperangan terus berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga tubuh Nusaibah menahan sakit sendirian tanpa ada bantuan

Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada orang yang boleh ditolongnya. Sahabat itu, apabila melihat ada tubuh yang bergerak-gerak dengan susah payah dikejauhan, dia segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu.

Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Isteri Said-kah engkau?..”

Nusaibah memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, “Bagaimana dengan Rasulullah?.. Selamatkah baginda?..”

“Baginda Rasulullah tidak kurang suatu apapun…”

“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan?.. Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”

“Engkau masih terluka parah, Nusaibah….”

“Engkau mahu menghalangi aku untuk membela Rasulullah?..”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke medan pertempuran. Ramai musuh yang ditumbangkannya. Namun kerana tangannya sudah putus , akhirnya terputus juga lehernya dipenggal musuh.

Gugurlah wanita perkasa itu di atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.
Tiba-tiba langit berubah mendung, hitam kelabu. Padahal tadinya langit tampak cerah dan terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak.

Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya:

“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan?.. Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan Nusaibah, wanita yang perkasa.”

Subhanallah..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..

Tanpa pejuang sejati seperti dia, mustahil agama Islam boleh sampai dengan damai kepada kita yang hidup di zaman sekarang.

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla menempatkan mereka, dan kita semua di Syurga-Nya disamping Rasulullah SAW.

Apa yang telah kita perbuat untuk menegakkan Dinullah Islam?

#tarbiahiman
#savegaza
#frrepalestine
"Allah suruh."

"Allah dah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri)."

"Minta."

"Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita."

"Kita minta elok-elok."

"Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya."

"Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat."

"Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah."

Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.

Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita nak jadi insan mulia. Redho apa sahaja.

Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.

Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat redho isteri yang tidak menuntut nafkah.

"Allah suruh"
Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.

Kasihannya suamiku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu dihadapan Allah. Dia suami zalim.

Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya.
Tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.
Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya.
Tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.

Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.

Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari. In syaa Allah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah. Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.

Pesannya cuma satu. Isteri, mintalah duit belanja dari suami.

kredit to Afifah shaari

#tarbiahiman
#frrepalestine
#savegaza
ANAK ITU REZEKI
*****
1. Anak itu juga rezeki buat kita, kerana ada yang terlalu mengharapkan cahaya mata.

2. Ada rezeki Allah tak bagi terus pada kita, tapi DIA salurkan pada anak-anak kita.

3. Anak itu pemberian dan amanah buat kita, ia lebih bernilai daripada emas dan permata.

4. Ada yang berhabis duit untuk mendapat anak, tapi ada pula yang sibuk hingga terabaikan anak-anak.

5. Alasannya demi anak sibuk mencari harta, hakikatnya anak perlukan perhatian kita.

6. Tak salah ingin mencari duit dan harta, pastikan berikan masa juga pada anak-anak kita.

7. Sebelum ada anak kita tidak berharta, sekarang ini dapatlah kita kumpul sedikit harta.

8. Bawalah pulang rezeki halal dan berkat ke rumah kita, dengan harapan anak-anak mudah belajar dan mendengar kata.

9. Tak dibawa ke kubur segala harta yang kita usaha, kecuali doa dari anak yang soleh dan soleha.

10. Sayangi dan hargailah anak-anak kita, kerana mereka juga 'pintu rezeki' kita.

#tarbiahiman
#savegaza
#frrepalestine
2024/09/29 10:31:59
Back to Top
HTML Embed Code: