Telegram Web Link
Sesiapa yang membiasakan dirinya dalam melewatkan/menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya. Contohnya seperti perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan paling penting, tertangguhnya taufiq dan hidayah daripada Allah.

Hasan al-Basri berkata:

" Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu?

Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)?

Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya. "

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya."

Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk tidak menangguhkan solat. Ameen.

#selfreminder
#tarbiahiman
Libatkan Allah sekecil apapun dalam kehidupan kita.
.
Tiada kata yang lebih indah daripada "Ya Allah" ketika kita dilanda banyak masalah..
.
Pernah rasa bersedih.... berkatalah "Ya Allah"
Pernah rasa buntu..... berkatalah " Ya Allah"
Dan pernah rasa putus asa.... berkatalah " Ya Allah"
.
Selalulah ingat kepada NYA dan Datanglah kepada NYA , dan luahlah hanya kepada NYA...kerana hanya dia yang dapat keluarkan kita dari setiap permasalahan itu.
.
Libatkan DIA dalam setiap urusan kita di dunia ini agar hidup kita menjadi mudah.

Muhasabah diri selalu 🥰

#selfreminder
PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'

Cantik bagaimana?

Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

Alhamdulillah ❤️

Credit : Elida Tarihoran

#tarbiahiman
🍂BILA DATANG PERTOLONGAN ALLAH?

Bila orang beriman tanya, bila pertolongan Allah?

Allah menjawab, أَلا إِنَّ نَصرَ اللَّهِ قَريبٌ
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Pertolongan Allah itu dekat kerana kematian orang beriman itu juga pertolongan Allah.

Sebab itu setiap kali berlaku perjuangan atau peperangan, dijanjikan dua pertolongan, dua kegembiraan. Sama ada, mati dalam kemuliaan atau menang dalam perjuangan.

Mati itu kemenangan, mati dalam kemuliaan. Allah tunjuk kemuliaan orang orang yang mati syahid. Maka, pasti akan datang pertolongan Allah.

Ketikamana Nabi Nuh as diremehkan akan pertolongan Allah. Nabi Nuh as tetap yakin akan pertolongan Allah. Semua umatnya mempersendakan Nabi Nuh. Bayangkan 950 tahun. Itu sunatullah.

Sehingga datang pertolongan Allah yang mereka tak dapat bayangkan setelah mereka mempersendakan, setelah mereka mempermain-mainkan Nabi Nuh.

Akhirnya semua binasa melainkan orang beriman. Itu belum cerita akhirat!.

📌Bila Allah sebut, pertolongan Allah itu dekat. Kenapa?

Kerana umur manusia hidup kat dunia singkat. Umur kita berapa tahun? Sebab tu bila datang ptolongan Allah, ia begitu dekat. Dengan singkatnya umur ini.

Oleh sebab itu, fahami sunnatullah bagaimana pertolongan Allah itu datang.

Petolongan itu datang bila Allah swt mengasingkan antara orang munfik dengan beriman yang sebenar. Selagimana ada golongan munafik, kena keluarkan dulu. Sampai mereka keluar daripada saf orang orang berjuang.

Maka ketika itu datang pertolongan. Supaya ptolongan itu disaksikan oleh orang² yang benar dan ikhlas sahaja. Orang tak benar, tak ikhlas, tak blh tengok keajaiban. Tak layak!.

Untuk melihat keajaiban Allah, melihat malaikat Allah, bukan semua orang boleh tengok. Hanya orang yang ikhlas, benar yakin, benar tawakal kepada Allah. Merekalah menjadi saksi keajaiban perang.

Ini kenapa Allah swt tangguhkan pertolongan-Nya sehingga dibersihkan saf dari orang yang tak layak.

Agama Allah kesudahannya akan menang walau macam mana pun keadaan.

Wallahu a'lam

Muqadimah Surah Saf
TOKKU PASIR GUDANG

#selfreminder
#tarbiahiman
ORANG YANG HARAM BAGINYA TERSENTUH API NERAKA

Rasulullah SAW bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?"

Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!"

Baginda menjawab: "(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."

(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

1. Hayyin

Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..

2. Layyin

Orang yang berkata kata lembut dan santun. Baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

3. Qarib

Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. Sahl

Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Mudah- mudahan kita semua tergolong didalam golongan orang-orang yang diberkati dan dirahmati serta dikasihi Allah S.W.T di samping orang-orang yang kita sayang.

#tarbiahiman
#copy-paste
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Turki mempunyai makanan, tetapi Gaza mati kelaparan.

Mesir mempunyai Sungai Nil, tetapi Gaza mati kehausan.

Saudi & UAE mempunyai minyak, tetapi ambulans Gaza tidak mempunyai walau setitik minyak.

Mereka perlu mencipta senjata mereka sendiri.

Mereka perlu mencampur minyak masak dan diesel untuk mengendalikan kenderaan mereka.

Mereka terpaksa mengebumikan jenazah di jalanan kerana tidak mempunyai ruang lagi.

Liga Arab mempunyai lebih 6,000,000 tentera dalam barisan mereka, tetapi tiada seorang pun telah digerakkan semasa jiran mereka dibunuh dan meminta bantuan mereka.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Penjajah baru sahaja mengumumkan kematian Sarjan Simpanan Mejar, Yehezkel Azaria, 53 tahun, dari Batalion 129.

Terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang di Margaliot, utara Israel.

Bye, bye 👋🏻
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketua biro Al Jazeera, Wael Al-Dahdouh telah dimasukkan ke Hospital Al-Nasr, Gaza selepas menjadi sasaran serangan Israel semasa beliau melaporkan dari Khan Younis pada Jumaat.

Bagaimanapun kecekalan beliau untuk terus menyebarkan berita kekejaman Israel telah bangkit meneruskan tugasnya semalam seperti biasa meskipun dalam keadaan anggota badannya berbalut selepas terima rawatan.

Sebelum ini, seluruh keluarga Wael Al-Dahdouh terbunuh dalam serangan udara Israel pada Oktober lalu yang menyasarkan rumahnya di Kem Nuseirat, Gaza semasa beliau sedang bertugas membuat liputan.

Kematian ahli keluarganya itu tidak mematahkan semangatnya malah terus melakukan tanggungjawab sebagai petugas media di Gaza.

Sumber : Middle East Monitor
www.tg-me.com/hadispalestin
Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.

Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.

Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid

#tarbiahiman
Terkadang orang yang kamu lihat periang , kuat dan tabah itu sebenarnya terlebih dahulu diuji sehingga dia tahu erti kehidupan ☺️ .

Semangat ya sahabat semua 👍❤️

#tarbiahiman
2024/09/29 22:31:06
Back to Top
HTML Embed Code: