Telegram Web Link
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
ISRAEL LANGGAR PERJANJIAN, BUNUH 2 RAKYAT GAZA

Kenyataan Penasihat Ketua Biro Politik Hamas, Taher Al-Nono kepada Al-Jazeera:

1. Kami masih memantau syarat perjanjian dan menghantar mesej kepada penjajah Zionis Isrsel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa sebarang alasan tidak boleh diterima..

2. Penjajah Zionis Israel melanggar perjanjian dengan melepaskan tembakan ke arah lebih daripada satu lokasi di Gaza, yang menyebabkan dua kematian.

3. Kami terbuka kepada peranan pengantara dan bersedia untuk berbincang secara serius demi mencapai tawaran baharu.

4. Khabar angin bahawa penjajah Zionis Israel telah menguasai Gaza ialah penipuan. Hamas masih wujud dan berakar umbi bersama rakyat Palestin di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/hadispalestin
KHADIJAH

Tak Tahan Air Mata, Banyak Yang Menangis Membaca Kisah Khadijah (Istri Rasulullah) ini

Khadijah Memang Wanita Istimewa

DUA PERTIGA (2/3) wilayah Makkah adalah milik Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW. Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di saat menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tampalan.

“Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba,” bisik Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. “Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan serbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri”.

Mendengar itu Rasulullah berkata, “Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga”.

Siti Khadijah, Ummul Mukminin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya sang isteri itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Rasulullah dan semua orang yang ada di situ.

Dalam suasana seperti itu, Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan.

Rasulullah menjawab salam Jibril, kemudian bertanya, “Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?”

“Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan,” jawab Jibril yang tiba-tiba berhenti berkata, kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?”
“Cucumu yang satu, Husain, tidak memiliki kafan. Dia akan dibantai, tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan,” jawab Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, “Wahai Khadijah isteriku sayang, demi Allah, aku tak kan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Maha mengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban!?”

Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.

Khadijah

Dikisahkan, suatu hari, ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu, kemudian Rasulullah bersabda, “Wahai Khadijah, tetaplah kamu di tempatmu”.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi. Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makanan pun tak punya, sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Rasulullah mengambil Fatimah dari gendongan istrinya, dan diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah sepulang berdakwah dan menghadapi segala caci-maki serta fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah hingga tertidur.

Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah hingga membuat beliau terjaga.

“Wahai Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku?” tanya Rasulullah dengan lembut.
Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal, wahai Khadijah, bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya menangis.

“Wahai suamiku, wahai Nabi Allah. Bukan itu yang kutangiskan," jawab Khadijah.
"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya”.
"Wahai Rasulullah, sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah, sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit atau pun jambatan, maka galilah lubang kuburku, ambillah tulang-belulangku, jadikanlah sebagai jambatan bagimu untuk menyeberangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu”.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah”.

Di samping jasad Siti Khadijah, Rasulullah kemudian berdoa kepada Allah. “Ya Allah, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam.

Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menenteramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah”.

Rasulullah pun tampak sedih. “Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?”

“Aku, ya Rasulullah!” sahut Ali bin Abi Thalib.
jawab ,menantu Rasullulah..

Barakallahu fiikum

#tarbiahiman
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saeed, seorang kanak-kanak Palestin yang dipindahkan oleh keluarganya akibat pembunuhan beramai-ramai Israel di #Gaza, bercakap tentang pengalamannya semasa perang Israel di wilayah itu.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Pakar bedah British-Palestin Ghassan Abu Sitta:

- 160 doktor dan jururawat terbunuh semasa perang Israel di Semenanjung Gaza.

- Semasa berada di Hospital Al-Shifa, saya mengesahkan bahawa 45% daripada mereka yang cedera adalah kanak kanak.

- Kami melihat kesan melecur akibat bom fosforus putih yang sampai ke tulang pesakit Palestin

- Apabila saya memasuki Hospital Al-Ahli di Gaza, saya mendapati bahawa ia telah bertukar menjadi kem pelarian

- Tentera Israel menembak peluru berpandu ke pagar Hospital Al-Ahli selepas pengarahnya menerima amaran untuk mengosongkannya.

- Kami merasakan gegaran di Hospital Al-Ahli semasa tembakan peluru berpandu Israel di sekitarnya.

- 120 kanak-kanak cedera di Hospital Al-Shifa tanpa keluarga mereka, dan kami tidak tahu identiti mereka.

- Pengeboman Israel menyebabkan bumbung bilik bedah di Hospital Al-Ahli runtuh ketika pembedahan sedang dijalankan.

- Halaman depan Hospital Al-Ahli penuh dengan jenazah akibat pengeboman Israel.

- Saya melihat rakyat Palestin yang cedera ditembak oleh sniper di Gaza.

- Kami terpaksa melakukan beberapa pembedahan tanpa bius, salah satunya ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

- Kereta kebal Israel mengepung Hospital Al-Ahli dan terdapat banyak jenazah di halaman hospital.
Sehebat mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.
.
Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir.
.
Yang hebat tidak lagi kelihatan hebat.
.
Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit.
.
Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan.
.
Benar lah kata ulama,
"Bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."
.
Hidup ini cuma ada dua pilihan.
.
1 - Hidup didalam keredhaan Allah.
2 - Hidup didalam kemurkaan Allah.
.
Hidup kita yang abadi cuma ada dua tempat.
.
1 - Kekal didalam Neraka.
2 - Kekal didalam Syurga.
.
Semoga kita sentiasa didalam rahmat Allah. Semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik. Aamiin..

#Alhamdulillah
#Alhamdulillah
#Alhamdulillah
#copypaste
Ya Allah bersihkan hati ini daripada rasa dengki dengan kehidupan orang lain.

😢😭

#tarbiahiman
Lainsyakartum la'azidannakum walainkafartum Inna 'azabii lasyadid...

🥰😍

#tarbihiman
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..

Alhamdulillah.

🥰

#tarbiahiman
Maaf jika channel ini banyak kekurangan.

Terima kasih kepada yg masih join.

2017 untill now.

Alhamdulillah.

❤️😊

#tarbiahiman
Peringatan buat kita semua:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

#copy-paste
#tarbiahiman
Kenapa hati sering rasa tidak tenang?
.
.
Salah satu doa yang boleh kita semua amalkan agar mendapat ketenangan hati

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa cukup dengan pemberian-Mu.


-Kredit Ustazah Norhafizah Musa-

#tarbiahiman
Mungkin ada yang lupa, semua perempuan adalah pejuang. Berjuang menjadi terbaik daripada kisah silam sendiri.

1. Ada yang berjuang memperelok akhlaknya, imannya dan juga rasa malu dalam dirinya. Hari-hari dia mencari ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup dia. Sungguh-sungguh dia mencari dan beramal.

2. Ada yang berjuang menjadi terbaik disisi orang tersayang. Setiap pagi dia berazam menjadi sesempurna mungkin pada mata yang dia sayang, ada ketika dia juga tercundang, sebab dia juga manusia yang ada kekurangan.

3. Ada yang sedang berjuang menjadi wanita yang digariskan Islam. Tutur katanya sopan, bicaranya kurang. Dia tak kejar apa itu FYP tapi yang dia kejar itu kedudukan dia disisi Ilahi.

4. Ada yang sedang berjuang memujuk hati yang dilukai. Putus cinta itu tak sakit wak, yang sakit itu putus tapi masih cinta. Erm.

Akhirnya kita akan faham,semua wanita adalah pejuang, jangan diremehkan ataupun direndahkan. Didiklah dia dengan agama, kerana dia akan terdidik dengan kelembutan.

Juga berjuang dengan 'cerita sendiri'.

#tarbiahiman
#copypaste
2024/09/30 04:35:31
Back to Top
HTML Embed Code: