Telegram Web Link
Jalanku buntu tak tahu mana lagi nak cari jalan penyelesaian.

Hanya kepadaMu ya Allah aku mengadu semuanya.

Ya Allah permudahkanlah segala jalanku jangan engkau mempersulitkan.

Mudahkanlah segala urusanku.

Mudahkanlah segala urusanku.

Mudahkanlah segala urusanku..

🥺🥹🤲

#hikmah
#reminder
#dakwah
Rasulullah bukan sahaja contoh pemimpin yang hebat, tapi contoh manusia mulia yang setiap akhlaknya memberi inspirasi.

Lembut bicara, jujur, sabar, murah senyum, pemaaf. Semua ini boleh kita tiru dalam kehidupan seharian.

#share
#reminder
#prayforpalestine
Sebanyak mana bacaan al-Quran di dunia, setinggi itulah darjat seseorang di syurga kelak.

Sabda Nabi ﷺ:

“(Akan dikatakan) kepada ahli al-Quran (di dalam syurga):

Bacalah dan naiklah (darjatmu), dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya di dunia.
Sesungguhnya kedudukanmu (di syurga) adalah pada ayat terakhir yang engkau baca”

(Hadith sahih, riwayat Abu Daud)

#ustazwadiannuar

#reminder
#share
#prayforpalestine
#tarbiyahiman
1
Trust Allah’s guidance. He never leads you astray.

#tarbiyahiman
#prayforpalestine
#reminder
😁1
“Awalnya perjalanan adalah mujahadah, pertengahannya adalah musyahadah, dan akhirnya adalah fana dalam lautan tauhid.”

-al Harits al-Muhasibi

#tarbiyahiman
#reminder
#prayforpalestine
2
Ada hari yang buat kita rasa macam ibu atau ayah yang gagal.
Suara ternaik, sabar hilang, penat menumpuk… semuanya jadi satu.
.
Bila malam tiba, tengok anak yang dah lena tidur… tiba-tiba rasa bersalah datang bertimpa-timpa.
Hati tertanya,
“Kenapa aku tak boleh sabar tadi…?”
.
Dalam diam, air mata jatuh.
Rasa tak cukup baik.
Rasa tak layak.
.
Tapi di saat kita rasa diri paling teruk, anak tetap datang peluk.
Tetap hulur tangan.
Tetap mahu kita ada di sebelah.
.
Kadang dalam tidur pun mereka merengek perlahan, mencari tubuh kita untuk rasa selamat.
.
Dan masa itu kita sedar…
.
Anak tak perlukan ibu bapa yang sempurna.
Anak cuma perlukan kita yang cuba, jatuh, bangun, dan tetap ada untuk mereka.
.
Tarik nafas dalam-dalam.
Esok kita cuba lagi.
Sebab pada anak, kitalah ‘rumah’ yang paling selamat.

#cdit:CahayaMata
#tarbiyahiman
#prayforpalestine
#reminder
5😍1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selalunya bila sebut kes mahkamah melibatkan adik-beradik, mesti kita terbayang isu perebutan harta pusaka atau tanah. Tapi kisah benar yang berlaku di Arab Saudi ini sangat berbeza dan cukup untuk buat kita rasa sebak.

Seorang lelaki tua bernama Hizam Al-Ghamdi terpaksa berlawan dengan adiknya sendiri di hadapan hakim. Mereka bukan bergaduh sebab duit, sebaliknya masing-masing tak nak mengalah siapa yang patut jaga ibu mereka yang dah sangat uzur.

Hizam berkeras dia nak terus jaga ibunya macam yang dia buat selama ini sebab itu nyawa dia. Tapi si adik pula tak setuju sebab dia nampak abangnya sendiri pun dah tua dan perlukan rehat.

Keadaan di mahkamah jadi sangat emosi bila dua-dua merayu dekat hakim supaya diberikan hak penjagaan. Hakim yang buntu akhirnya panggil ibu mereka masuk untuk buat pilihan sendiri.

Jawapan ibu mereka sangat menyentuh hati bila dia cakap dia tak mampu nak pilih sebab dua-dua anak itu ibarat matanya kiri dan kanan. Disebabkan ibu tak sampai hati nak pilih, hakim terpaksa buat keputusan berdasarkan logik akal.

Mahkamah memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada si adik sebab faktor usia dan tenaga yang lebih kuat berbanding Hizam. Saat keputusan itu keluar, suasana jadi pilu bila Hizam terus menangis teresak-esak di situ juga.

Dia menangis bukan sebab takut atau sedih kena hukuman. Air mata itu tumpah sebab dia rasa dia dah 'kalah' dan hilang peluang keemasan untuk berbakti pada ibunya di sisa hidup yang ada.

#viralvideochallenge
#tarbiyahiman
#prayforpalestine
#reminder
4👍1
Assalamualaikum dan Selamat pagi sahabat semua ♥️
2025/12/11 07:49:36
Back to Top
HTML Embed Code: