Telegram Web Link
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Seorang tahanan yang dibebaskan, seorang pemimpin, seorang pejuang, seorang syuhada.

Yahya Sinwar enggan menyerah kecuali dengan cara beliau sendiri, berjuang sehingga saat terakhir, mengenakan jaket tentera dan kuffiyeh. Beliau syahid di barisan hadapan di Rafah, dalam pertempuran bersenjata di mana IOF (Tentera Penjajah Israel) mengakui seorang askar mereka cedera.

Walaupun semua kuasa kejahatan dunia inginkan kepala Yahya, beliau membuat mereka berusaha keras untuk itu. Mereka mencarinya selama lebih setahun, hanya menemukan beliau secara kebetulan, setelah segala perisikan di dunia gagal.

Yahya, Abu Ibrahim, tidak bersembunyi di terowong, tidak dikelilingi oleh tawanan, dan tidak dikelilingi oleh orang awam Palestin, walaupun dituduh berbuat demikian oleh media Zionis, Barat, dan media Arab yang pro-Zionis. Tidak, dia berdiri di atas tanah, berjuang untuk rakyatnya dan bersama rakyatnya, menderita dan kelaparan seperti mereka.

Di sisinya hanya ada barangan sederhana: tasbih, gula-gula Mentos, buku-buku doa, kad pengenalan, dan sepucuk pistol. Namun, ini bukan pistol biasa; ia adalah pistol seorang pegawai IOF yang dirampas semasa operasi wira โ€œEdge of the Sword,โ€ di mana IOF gagal menyusup ke Khan Younis pada tahun 2018 dan Sheikh Nour Baraka syahid ketika itu.

Yahya menjadi pemimpin pertama bagi sebuah faksi Palestin yang syahid dalam pertempuran bersenjata pada jarak sifar, mengorbankan apa yang paling berharga demi melancarkan "Taufan yang diberkati" kerana cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap rakyatnya. Melalui pengorbanan, Yahya mengubah dunia, menuntut pembebasan rakyatnya. Pada Oktober yang gemilang, Yahya dilahirkan pada 29 haribulan, dibebaskan dari penjara pada 18 haribulan, melancarkan "Taufan" pada 7 haribulan, dan syahid pada 17 haribulan.

Sebuah peluru ditembak. Yahya masih hidup. Sebuah lagi peluru dilepaskanโ€”Yahya masih hidup.
Sebuah dron datang. Yahya masih hidup. Seorang penembak tepat menembak kepalanya.

Yahya masih hidup.

‎ูŠุญูŠู‰ ููŠ ูƒู„ ุงู„ู‚ู„ูˆุจ ูŠุญูŠุง
Kerana wahai Yahya, kamu hidup di dalam setiap hati.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk Palestin di Gaza mengadakan solat jenazah ghaib buat Yahya Sinwar, ketua biro politik Hamas, yang syahid semasa pertempuran secara langsung dengan pasukan penjajah Israel di Rafah.
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman dron yang dikeluarkan oleh IDF yang didakwa merupakan HERO Palestin, Yahya Sinwar pada saat-saat akhir hayat beliau.

Tidak berganjak walau seinci ๐Ÿซก
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Radio Tentera Penjajah memetik kata-kata salah seekor pegawai yang mengambil bahagian dalam pertempuran dengan Yahya Sinwar:

Beliau melemparkan bom tangan sebelum dan selepas dia cedera di lengannya, dan beliau dan pejuang yang bersamanya menembak seorang askar zionis sehingga parah.
Sumber Israel berkata, mayat pemimpin Hamas, Yahya Sinwar boleh digunakan sebagai โ€˜alat tawar-menawarโ€™ untuk pertukaran bagi membebaskan tahanan Israel yang ditahan di Gaza, menurut laporan CNN.

Laporan media tempatan menyebut, mayat Yahya Sinwar yang dibunuh oleh rejim Zionis pada Rabu lalu, kini disimpan di sebuah lokasi rahsia Israel di selatan Gaza.
What is the difference between -
I like you
I love you

Beautifully answered by Someone:

โ€œWhen you like a flower, you just pluck it. But when you love a flower, you water it daily.โ€

One who understand this, understand life! ๐Ÿ˜Šโ™ฅ๏ธ

#tarbiahiman
#freepalestine
#freepalestine
As Syahid Yahya

Mereka berbangga dapat membunuh beliau. Itu pun selepas setahun mereka tanpa henti membalun bumi itu.

Mereka mengeluarkan video detik akhir kematian beliau untuk memalukan beliau akan tetapi dunia menyaksikan keberanian dan kesetiaan beliau pada tanah bertuah itu.

Ketika itu beliau dipenuhi debu.
Keseorangan di atas kerusi.
Mukanya dililit kefiyeh.
Tiada rakan yang lain disisinya yang berkemungkinan semuanya sudah syahid.
Tangan beliau kelihatannya hanya sebelah sahaja yang berfungsi.
Beliau kelihatan tenang.

Apabila beliau sedar dan melihat ada dron menghampiri, beliau melemparkan kayu ke arah dron.

Itulah aksi terakhir beliau sebelum dibom dari kereta kebal.

Sehingga akhir hayat, tetap beliau berjuang. Tak pernah menyerah.

Beliau diserang pelbagai peluru.

Daripada banyak jenis senjata.
Dengan peluru berpandu.
Dengan dron.
Dengan kereta kebal.

Ditemani kefiyeh dan pelbagai kecederaan, tetap berjuang hingga akhir hayat.

Mereka kata beliau bersembunyi di sebalik terowong, tapi beliau berada di barisan depan menggempur musuh.

Mereka kata beliau menjadikan orang ramai sebagai perisai beliau, tapi beliau ditemui hanya keseorangan.

Mereka cipta pelbagai fitnah pada beliau, akhirnya satu demi satu fitnah itu terbongkar.

Disisi beliau ketika syahid ditemui beberapa perkara.

โ€“ vest kombat
โ€“ senjata AK dengan peluru
โ€“ Mentos
โ€“ Sebotol kecil minyak wangi
โ€“ Sebuah buku kecil doa yang bertajuk
" himpunan zikir harian nabawi "
โ€“ Seutas tasbih
โ€“ mancis api
โ€“ Passport
โ€“ Beberapa keping duit
โ€“ kepit kuku
โ€“ lampu suluh
โ€“ jam

Beliau pernah berpesan.

" Kita semuanya takut mati. Kita takut kalau kita mati ketika kita tidur sepertimana unta mati. Kita takut mati kerana eksiden atau sakit seperti sakit jantung.

Akan tetapi ketahuilah, kita tak pernah takut untuk mati demi agama, negara dan tanah air kita. "

Di tempat yang lain beliau berkata.

" Aku lebih rela mati dibunuh musuh dan mendapat syahid daripada mati macam biasa. "

Semoga Allah memberkati beliau.

Hidup mulia, mati syahid

Hidup sebagai seorang hero, mati sebagai seorang lagenda.

#freepalestine
#freepalestine
#freepalestine
#cnp
2024/11/17 12:23:28
Back to Top
HTML Embed Code: