Telegram Web Link
DOA AKHIR RAMADHAN

Moga Bermenafaat

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...*
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa.

Jadikanlah kami calon Syurga Mu.

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*
Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji.

Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...*
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak yg akan dtg

*Ya Allah...*
Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*

▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami

*Ya Allah…*
Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr

*Ya Allah...*
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi
▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni*
(dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

*Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.*

#tarbiahiman
#freegaza
#freepalestine
#c&p
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Maafkan admin ya shabat2 semua jika ada salah dan silap selama ni 😢
Ini pesanan yang saya dapat secara personal, beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup.

1) Jaga solat.

2) Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa kita. Yasin ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa. Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin.

3) Sekurang-kurangnya Quran 100 ayat setiap hari. Yasin + satu surah lagi. Sebaik-baiknya jangan tinggal Al-Mulk sebelum tidur.

4) Istighfar di mulut. Biar sokmo-sokmo dengan istighfar.

5) Selawat sebanyak-banyaknya. Cuba 1000x sehari. Untuk 1000x selawat lebih kurang 20 minit saja masa kita. Sebenarnya.

6) Dalam wudhuk sentiasa.

7) Bangun malam.

8 ) Taubat, hajat, taubat hajat, taubat hajat, jangan tinggal.

9) Mohon pada Allah diberi kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha & kuatkan hati.

10) Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luah semua pada Allah. Menangis pada Allah.

Beberapa pesanan lagi,

1) Usah peduli hal orang, buat hal sendiri.

2) Usah bergantung pada makhluk/ manusia.

3) Semuanya milik Allah, hak Allah, terjadi semuanya dengan kehendak Allah.

4) Allah uji sebab nak angkat darjat. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak kita kenal diri, kenal Allah.

5) Sabar, sabar, sabar.

Kredit Penulis Asal: Nur Zulaikha.

#tarbiahiman
#freegaza
#freepalestine
Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.

1. Tak banyak keluh kesah.
Baik suami. Begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak. Benda banyak dijadikan infak.

2. Tak banyak komplen.
Kalau isteri larat buat kerja, buat. Kalau tak buat suami tak kata apa. Kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu. Tak panjang cerita.

3. Fizikal bukan lagi tarikan.
Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.

4. Berebut buat kebaikan.
Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.

5. Jadi insan lebih baik.
Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung. Lepas tu upgrade tudung labuh. Lepas tu top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah. Lepas tu tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.

6. Anak-anak yang mudah diurus.
Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah. Tak buat hati mak ayah susah.

7. Rezeki melimpah ruah.
Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.

8. Amalan makin banyak.
Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.

9. Berlemah lembut.
Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.

10. Bertambah ilmu.
Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Semakin bijak berkehendak. Semakin kuranglah sikap kanak-kanak.

Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.

FB: Siti Suryani Yaakop
23/03/2021

#copy
#tarbiahiman
#freepalestine
#freegaza
— You deserve a calm love with someone who hears you, sees you, understands you, appreciates you, supports you, and loves you. Someone who is consistent, communicates clearly, and creates a caring safe space to heal, grow,.and bloom together. A love you never have to heal from.🤍

“Pray to have a partner who’s heart remains soft for you always.”

— Amelia✍🏻

#cnp
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
المسجد الأقصى المبارك في القدس عاصمة فلسطين 🇵🇸
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

(Luqman : 17-19)

#freepalestine
#freegaza
#tarbiahiman
😅
sometimes i get scared of being too happy and excited about something because every time i get really happy, something bad happens and i end up disappointed

#🥰
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Selamat tinggal kenangan.

Moga bahuku terasa ringan.

Tiada luahan kata lagi.

☺️🕊🤲
Life is short, time is fast, no replay, no rewind so enjoy every moment you can <<3
Sembunyikan amalan sunnah kita..sekarang tiba musim orang2 berpuasa syawal..

Jika kita baca kisah salaf ketika mereka berpuasa sunat,mereka seboleh mungkin,tidak ingin untuk orang tahu yang mereka sedang berpuasa

Ada yang hingga keluarga sendiri pun tidak tau dia berpuasa..ketika dia keluar bekerja,dia membawa bekal sarapan..kemudian bekalnya itu,di sedekahkan pada orang dipasar..apabila petang dia kembali ke rumah…dia makan bersama keluarga..

Ada pula yang membatalkan puasa sunnahnya,kerana dijemput makan sekali..dia tidak mengatakan “maaf aku berpuasa..” tetapi dia membatalkan puasanya dan makan bersama..

Begitula salaf menjaga amal daripada riya’..kita mungkin tidak mampu meniru apa yang mereka lakukan..tetapi kita cuba elakan untuk sembunyikan amalan sumat kita..

Kempen supaya galakan orang berpuasa sunat syawal itu terpuji..tetapi..memberitahu orang lain diri sendiri berpuasa..itu boleh mendatangkan sifat riya’

Menunjuk nunjuk amalan sunat,ianya sifat keji..contoh..trend sekarang berzikir guna alat digital,diletakan di jari..perbuatan zikir itu bagus..cumanya,setelah selesai zikir,simpan semula alat itu..tidak perlu dipertontonkan ..apatah lagi ketika ambil bergambar,sambil nak bagi nampak kita tepaling zikir….

Sembunyikan amalan sunat kita,sepertimana kita sembunyikan qodho subuh kita jam 7.00 pagi..

#tarbiahiman
#freepalestine
#freegaza
UJUB TANPA KITA SEDAR

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

UJUB lain, RIAK lain.
Riak perkara yang ditunjuk pada orang, ujub merasa bangga dengan diri sendiri dalam diam.

Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.

Contoh:
Kita solat tahajjud sendirian, tiada siapa tahu, dan kita tak cerita pada orang, dengan harapan tiada riak, sebab kerana Allah.
Tetapi, ujub bila dalam hati berkata, "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, org lain tidurrr je..."

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yang paling halus.

Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Pesanan buat diri sendiri juga.
Perbanyakkan istigfar dan selawat.
Moga tiada ruang untuk maksiat-maksiat hati memenuhi ruangan hati.

#tarbiahiman
2024/06/28 23:39:30
Back to Top
HTML Embed Code: