8 TIP KAWAL SELERA MAKAN SEMASA HARI RAYA

Hari Raya memang penuh dengan juadah lazat, tapi jangan sampai keterlaluan! Jom amalkan 8 tip ini supaya perut kenyang, badan pun sihat:

Minum segelas air kosong ketika lapar. Isyarat haus dan lapar adalah sama.
Minum segelas air kosong sebelum makan boleh mengurangkan rasa lapar.
Makan buah dan sayur dulu. Seratnya tinggi, buat kenyang lebih lama.
Pastikan cukup protein.
Makan dengan sedar, kunyah perlahan. Ikut '20 minutes rule'.
'Mindful eating' – nikmati warna, bau, bunyi, tekstur & rasa.
Snek sihat diantara waktu makan.
Pinggan yang lebih kecil ('Portion size-effect').

Selamat menikmati juadah Hari Raya dengan bijak! 🌿🎉

Sumber : Nutritionistkkm
Gout terjadi apabila paras asid urik dalam darah adalah terlampau tinggi. Jaga pemakanan dan pastikan anda minum air yang banyak bagi mengelakkan serangan gout. 🥤💧

Sumber : Sahabat Farmasi
Cuti kuarantin bukan tiket untuk beraya ke sana sini.

Sekiranya anak anda dijangkiti HFMD, kekal berada di rumah.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lebaran disambut meriah, namun jangan lupa jaga kesihatan.

Makan berpada-pada, amalkan pemakanan sihat agar terus bertenaga sepanjang perayaan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
Kerap cuci permainan dan peralatan anak anda dengan sabun dan air.

Larang anak anda daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan 🍲 atau minuman🥤yang tercemar.

‼️Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Anda mungkin sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.

🦠 Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. ⚠️ Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan 🩺 sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
Korang dah tengok video Raya Penuh Bermakna yang kami post haritu? 🌙

Nak tambah duit raya? 🤑 Jom tunjukkan kreativiti korang dalam Pertandingan Video POV Raya Penuh Bermakna! Gunakan lagu Raya Penuh Bermakna dan hasilkan video paling menarik! 🎥🎶

Imbas kod QR sekarang untuk info lanjut, cara penyertaan, serta terma & syarat! 📲💥

Jangan lepaskan peluang! 🎊

#MalaysiaSihat
Selamat Hari Aktiviti Fizikal Sedunia!

Jom melangkah lebih sihat! 💪 10,000 langkah sehari bukan sahaja baik untuk jantung, tetapi juga membantu membakar kalori dengan lebih efektif.

#MalaysiaSihat
#worldphysicalactivity2025
#haveagoodtimebeactive
#jomaktif

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pesanan PKKM sempena Aidilfitri 1446 H 🕌🌙

Tip elakkan peti sejuk anda “lebih muatan” di musim perayaan❗️

Anda boleh menggunakan “Coolbox” sementara sebagai alternatif untuk memastikan bahan mentah mahupun ais anda kekal selamat❗️

Maklumlah, jemputan rumah terbuka dah macam kenduri kahwin🤭

Murah rezeki tuan rumah, Amiin🤲🏻

Jadi, perlu ada percaturan alternatif untuk memastikan segala bahan-bahan untuk memasak juadah rumah terbuka anda kekal segar dan selamat❗️

Tapi, ingat, jangan sesekali ambil mudah

Pastikan untuk gunakan dengan cara yang betul dan selamat

Tetamu anda, tanggungjawab anda👍🏻

Hidangan SelamatRaya CeriaKesihatan Terjaga

Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama😊

Sumber : Program Keselamatan Kualiti Makanan
💥 Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

🤒 Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

Berikut adalah punca dan langkah-langkah untuk mengelakkan buasir.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
Syawal Fun Walk @Putrajaya

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
esok di TV1

Tarikh : 8 April 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi

Panel :

Zairul Afiza bin Hamzah
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Raikan Syawal dengan penuh keceriaan dan pelbagai aktiviti di Syawal Fun Walk @ Putrajaya🏃‍♂️🏃‍♀️🎉 Jom berjalan bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati aktiviti menarik sepanjang laluan!

🌟 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐅𝐮𝐧 𝐖𝐚𝐥𝐤 @ 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 🌟

📅 Tarikh : 13 April 2025 (Ahad)
📍 Lokasi : Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya
🏁 Jarak : 7KM
💰 Yuran Pendaftaran: RM35 sahaja!
📦 Termasuk:
✔️ Baju eksklusif
✔️ Finisher Medal
✔️ Nombor Bib
✔️ Cabutan Bertuah
Aktiviti Menarik:
4 Checkpoint Menyeronokkan
🎵 Fun Music
📸 OOTD Spot
🏃‍♂️ Cabaran Kecergasan
🎭 Permainan Tradisional
dan banyak lagi

𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠
Website : https://myfitx.my/events/EventlinkBZL710
App Store : https://apps.apple.com/.../myfitx-ready-set-run/id6741378655
Play Store : https://play.google.com/store/apps/details...
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara yang penuh keseronokan ini! Jom jalan dan kekal aktif bersama!

https://www.facebook.com/share/p/1BiQQc2Cc9/
FB Live Wellness Hub Batu Pahat
🔗 https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/

👉 APA ITU STD?
🗓 09.04.2025 (Rabu)
🕝 11.00 pagi

Jangan lupa 🔒 lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🤞

Sumber : Wellness Hub Batu Pahat
2025/04/08 03:14:51
Back to Top
HTML Embed Code: