Telegram Web Link
Yang memenuhi syarat kelayakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected]
☕️ Minuman Lebih Sihat, Pilihan Bijak! 🥛

Tahu tak? Anda masih boleh menikmati minuman kegemaran dengan pilihan yang lebih sihat!

Apa kata cuba gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak atau susu skim dalam minuman anda! Pilihan yang lebih baik untuk kesihatan dan tenaga seharian 🦾

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekitar perasmian Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, bersama YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 6 November 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Pernahkah anda melihat iklan ubat sebegini?

"Ubat Terhangat di pasaran! Terpaling Mujarab Terpaling ajaib! Makan ubat ini sebiji boleh sembuh 1099 penyakit!!"

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan dalam pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia?

Oleh sebab itu, orang awam dinasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan iklan ubat dengan tuntutan yang melampau.

Pastikan iklan ataupun ulasan ubat yang disiarkan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my.

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Rancang pendermaan darah🩸anda kerana #darahtidakpernahcuti dan sentiasa diperlukan oleh pesakit yang memerlukan tanpa mengira waktu serta permintaan terhadap bekalan darah ini tidak pernah berkurangan.

“𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 3️⃣ 𝙣𝙮𝙖𝙬𝙖”

‼️Sila layari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekalkan minda yang sihat dengan

👉 Jadikan diri lebih realistik
👉 Berfikiran positif
👉 Sayangi diri
👉 Kongsi masalah dan dapatkan bantuan daripada pihak profesional bila diperlukan
👉 Jaga solat dan amalkan akhlak yang baik

Mental Sihat, Badan Cergas, Minda Cerdas.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Minum air dan dapatkan rehat secukupnya ketika batuk atau selesema.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

💪🏻 Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan!

Untuk kesejahteraan yang lebih baik, ingatlah:

1 Sudu Teh Dah Cukup - Memadai untuk memberi rasa tanpa berlebihan!
Kurang Itu Lebih Baik - Mengurangkan pengambilan gula boleh membantu mengekalkan berat badan dan kesihatan jantung.
Tiada Gula adalah Pilihan Terbaik! -

Bebas dari gula tambahan adalah kunci kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berpanjangan!

Jadi, mari kita mulakan langkah kecil ke arah perubahan besar!

Sumber: Nutritionist KKM
💥 Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

🤒 Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

Berikut adalah punca dan langkah-langkah untuk mengelakkan buasir.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
🩸🩸Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.

Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.

💪Walaupun derma darah dapat membakar kalori, hal ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah sebagai langkah utama untuk menurunkan berat badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.

Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sorotan Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen pada 6 November 2024 yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Beliau turut menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam usaha mempromosikan inisiatif pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat
2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan.

Oleh itu ramai yang tidak tahu mereka menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Jalani saringan kesihatan untuk ketahui status kesihatan anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pendaftaran MyChampion kini boleh dilakukan melalui MySejahtera.

Jom ikuti langkah-langkah seperti di video ini untuk mendaftar.

#MalaysiaSihat #MyChampion

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🩻 Ketahui kebaikan pemeriksaan menggunakan sinar X (X-ray) dan keselamatan yang perlu diawasi ketika menerima rawatan ini demi memastikan inidividu tidak terkena kesan radiasi dalam jangka masa panjang.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱𝗮
𝗘𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗯𝗮𝘁‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/11/15 06:47:16
Back to Top
HTML Embed Code: