Telegram Web Link
6 November 2024 - Hari ini, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, telah merasmikan program kesejahteraan kesihatan di Parlimen, dalam usaha mempromosikan inisiatif pembudayaan hidup sihat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat melalui :

1. Wellness on Wheels (WoW) – Perkhidmatan kesejahteraan kesihatan menggunakan pendekatan jangkau luar meliputi penyampaian maklumat kesihatan, kemahiran hidup sihat serta perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan terus kepada rakyat oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan. Perkhidmatan WoW merangkumi saringan kesihatan, konsultasi pengurusan berat badan, konsultansi berhenti merokok, sesi demonstrasi aktiviti fizikal dan senaman.

2. Inisiatif War on Sugar – Selari dengan pengumuman Hari Tanpa Gula setiap Rabu di Parlimen dan kempen KPDN ‘Jom Kosong’ untuk pengurangan gula.

3. 1,000 Hari Pertama Kehidupan – Usaha menangani masalah malpemakanan kanak-kanak melalui khidmat nasihat pemakanan, pengurusan berat badan dan sokongan penyusuan ibu oleh Pegawai Pemakanan.

Peranan Ahli Parlimen amat penting dalam menyokong usaha ini bagi kesejahteraan rakyat. Ayuh, sokong budaya hidup sihat.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/p/1XGvQRtWxA/
Yang memenuhi syarat kelayakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected]
☕️ Minuman Lebih Sihat, Pilihan Bijak! 🥛

Tahu tak? Anda masih boleh menikmati minuman kegemaran dengan pilihan yang lebih sihat!

Apa kata cuba gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak atau susu skim dalam minuman anda! Pilihan yang lebih baik untuk kesihatan dan tenaga seharian 🦾

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekitar perasmian Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, bersama YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 6 November 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Pernahkah anda melihat iklan ubat sebegini?

"Ubat Terhangat di pasaran! Terpaling Mujarab Terpaling ajaib! Makan ubat ini sebiji boleh sembuh 1099 penyakit!!"

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan dalam pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia?

Oleh sebab itu, orang awam dinasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan iklan ubat dengan tuntutan yang melampau.

Pastikan iklan ataupun ulasan ubat yang disiarkan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my.

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Rancang pendermaan darah🩸anda kerana #darahtidakpernahcuti dan sentiasa diperlukan oleh pesakit yang memerlukan tanpa mengira waktu serta permintaan terhadap bekalan darah ini tidak pernah berkurangan.

“𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 3️⃣ 𝙣𝙮𝙖𝙬𝙖”

‼️Sila layari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekalkan minda yang sihat dengan

👉 Jadikan diri lebih realistik
👉 Berfikiran positif
👉 Sayangi diri
👉 Kongsi masalah dan dapatkan bantuan daripada pihak profesional bila diperlukan
👉 Jaga solat dan amalkan akhlak yang baik

Mental Sihat, Badan Cergas, Minda Cerdas.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Minum air dan dapatkan rehat secukupnya ketika batuk atau selesema.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

💪🏻 Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan!

Untuk kesejahteraan yang lebih baik, ingatlah:

1 Sudu Teh Dah Cukup - Memadai untuk memberi rasa tanpa berlebihan!
Kurang Itu Lebih Baik - Mengurangkan pengambilan gula boleh membantu mengekalkan berat badan dan kesihatan jantung.
Tiada Gula adalah Pilihan Terbaik! -

Bebas dari gula tambahan adalah kunci kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berpanjangan!

Jadi, mari kita mulakan langkah kecil ke arah perubahan besar!

Sumber: Nutritionist KKM
💥 Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

🤒 Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

Berikut adalah punca dan langkah-langkah untuk mengelakkan buasir.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
🩸🩸Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.

Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.

💪Walaupun derma darah dapat membakar kalori, hal ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah sebagai langkah utama untuk menurunkan berat badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.

Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sorotan Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen pada 6 November 2024 yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Beliau turut menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam usaha mempromosikan inisiatif pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat
2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan.

Oleh itu ramai yang tidak tahu mereka menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Jalani saringan kesihatan untuk ketahui status kesihatan anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pendaftaran MyChampion kini boleh dilakukan melalui MySejahtera.

Jom ikuti langkah-langkah seperti di video ini untuk mendaftar.

#MalaysiaSihat #MyChampion

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/11/15 03:59:21
Back to Top
HTML Embed Code: