Telegram Web Link
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Beban Ekonomi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pilih untuk kekal aktif tidak kira masa atau di mana jua anda berada.

10,000 langkah memberi pelbagai manfaat kesihatan. Jadikan sebagai amalan harian.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Beguk adalah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit dan biasanya menjangkiti kanak-kanak, kerana ia mudah dijangkiti dan merebak menerusi titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Berikut adalah komplikasi, tanda dan gejala yang boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya dijangkiti beguk.

Ambil cakna setiap perubahan dan keadaan kesihatan anak anda sekiranya mempunyai tanda dan gejala penyakit beguk dengan segera mendapatkan rawatan susulan bagi mencegah sebarang komplikasi yang boleh membawa risiko kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Aedes Si Pembunuh

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Sofwan Albar bin Nusyirwan, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam dari PKD Klang.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Goro Selangor 2.0 : Cegah Denggi

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Puan Muna Nadirah binti Sariff, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

#MalaysiaSihat
Persediaan Sebelum Banjir Bagi Pesakit Kritikal atau Golongan Rentan

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Megat Muhammad Haris bin Megat Zainal, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Jinjang.

#MalaysiaSihat
Antimikrob : Tingkatkan Kesedaran, Cegah Kerintangan

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Nor Zaila binti Zaidan, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Kajang dan Dr. Syamhanin binti Adnan, Pegawai Farmasi dari Hospital Sungai Buloh.

#MalaysiaSihat
Kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected]
Aedes Si Pembunuh

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Sofwan Albar bin Nusyirwan, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam dari PKD Klang.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Diabetik retinopati adalah komplikasi dari diabetes yang mempengaruhi mata.

Kondisi ini terjadi ketika kadar gula darah yang tinggi merosakkan pembuluh darah kecil di retina, bahagian mata yang berfungsi menangkap cahaya dan mengirim signal ke otak. Kerosakan pada pembuluh darah ini dapat menyebabkan kebocoran, pembengkakan, atau pembentukan jaringan parut, yang pada akhirnya dapat mengganggu penglihatan dan berpotensi menyebabkan kebutaan.

Pada tahap awal, diabetik retinopati mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi jika tidak diubati, kondisinya akan menjadi semakin parah.

Oleh kerana itu, penting bagi penderita diabetes untuk melakukan pemeriksaan mata secara rutin dan menjaga kadar gula darah dalam batas normal untuk mencegah atau memperlambat perkembangan retinopati.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Budaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan tugasan harian menjadikannya cenderung keletihan pada penghujung hari.

Keletihan yang dialami oleh seseorang mengurangkan produktiviti dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang memerlukan keupayaan fizikal dan mental.

Oleh itu, masyarakat disarankan untuk mengikuti tip yang dikongsikan untuk gaya hidup yang sihat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Take 5, Teroka minat kita. Spend some time explore new things ❤️ cari kawan baru, hobby baru supaya setiap hari rasa lebih bermakna dan bermanfaat.

Think positive, good things will happen. Think negatively, bad things will happen. So why not stay positive and live happier.

#ANMS #MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kosmetik adalah bahan yang digunakan pada luar tubuh badan untuk tujuan membersihkan, mewangikan, mengubah rupa, memperbaiki bau badan, melindungi, atau mengekalkan dalam keadaan baik.

Terdapat 4 tips penting yang anda perlu tahu sebelum membeli sebarang kosmetik bagi memastikan ia adalah selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan mudarat kepada anda.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Penurunan selera makan sangat lazim berlaku dalam kalangan warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan deria rasa dan bau seiring dengan penuaan, ketidakmampuan mengunyah, tinggal berseorangan, menghidapi penyakit, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.

Penurunan selera makan boleh memudaratkan kesihatan warga emas kerana mereka berisiko mengalami kekurangan zat makanan dan penyusutan otot yang akan mempengaruhi kualiti hidup.

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk meningkatkan selera makan dalam kalangan warga emas agar kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Aedes Si Pembunuh

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/11/15 15:18:48
Back to Top
HTML Embed Code: