Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Baca label produk.
Pilih produk yang mempunyai label GMP, HACCP atau logo MeSTI
Amalkan lihat, hidu dan rasa

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita sama-sama berperang dengan gula.

Kurangkan pengambilan gula harian untuk kesihatan diri supaya kita dapat mengelak daripada penyakit - penyakit yang berbahaya.

War on Sugar, You can do it!

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
👶🏻🍼Ubat yang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur kurang dari dua tahun.

Sepanjang proses tumbesaran, kanak-kanak tidak terlepas daripada risiko menghidapi penyakit. Seperti mana orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan.

Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu lebih berhati-hati apabila memberi ubat kepada kanak-kanak terutamanya yang berumur kurang daripada dua tahun kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya kepada mereka.

𝑱𝙤𝒎 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙩𝒐𝙣𝒕𝙤𝒏 𝒗𝙞𝒅𝙚𝒐 𝒊𝒏𝒊 𝒖𝙣𝒕𝙪𝒌 𝒑𝙚𝒏𝙚𝒓𝙖𝒏𝙜𝒂𝙣 𝙡𝒂𝙣𝒋𝙪𝒕 😉

#kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Segalanya Indah dengan Mental yang Sihat

Dengarkan di Sinar Solo bersama Dina Nadzir (Sinarfm) esok pada pukul 12.30 tengah hari bersama Dr. Nurashikin binti Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#MalaysiaSihat
Jangan mulakan tabiat merokok dan vape.

Lindungi generasi muda daripada tabiat merokok.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bersederhana dalam penggunaan garam pada setiap masakan demi memastikan kita menikmati manfaat garam secara optimum.

Hadkan pengambilan makanan terproses kerana ia mengandungi tinggi natrium dan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, risiko kanser dan penyakit jantung.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ada soalan tentang ubat

Orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan atau National Pharmacy Call Centre (NPCC) di talian 1800-88-6722 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai ubat-ubatan.😊

#kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tahu tak, 2 daripada 5 orang dewasa tidak buat saringan kesihatan menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023? That is A LOT OF PEOPLE, tau!! Jangan tunggu sampai lambat, dah ada gejala baru nak pergi check! Buatlah saringan awal untuk kesan masalah kesihatan yang mungkin tersembunyi dari awal!

Saringan kesihatan bukan sekadar cek BMI, gula dalam darah, dan tekanan darah tau! Gigi pun kena periksa sebab kesihatan oral boleh beri kesan besar pada kesihatan badan. Gigi yang sihat penting untuk memastikan kunyahan yang baik, pencernaan makanan, dan penyerapan nutrisi. Selain itu, kesihatan mental juga amat penting, lebih-lebih lagi dalam era kehidupan kini, di mana semua orang sibuk mencari duit, mengejar deadline, dan mengurus keluarga. Gunakan MyMinda di MySejahtera untuk buat saringan minda, sebab kesihatan mental sama penting dengan fizikal.

Jom ambil tindakan sekarang untuk kesihatan yang lebih baik! Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!!

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @ravizephyr
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.

Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua

Alhamdulilah
4.6% penduduk Malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.
(Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Tenang-tenangkan dirimu… ada masalah kita bincang bah…. Saya jika mahu buang segala stress saya pergi main bola 🤣🤣🤣🤣

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Korang tau tak SEDENTARI ??
apa tu?? Macam pernah dengar tapi di mana ya🤣

SEDENTARI atau DUDUK SETEMPAT atau TAK BERGERAK TERLALU LAMA… rasanya korang dah mula nak faham kan?? rajin2 laa bergerak …lakukan apa sahaja aktiviti yang melibatkan fizikal kita sentiasa bergerak.. secara tak langsung minda kita sentiasa berfikir apa yang perlu kita lakukan…perkara tu membuatkan kita sentiasa sihat dan aktif!

Budayakan Hidup Sihat
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
20 Oktober - Wellness on Wheels (WoW) dari Bahagian Pendidikan Kesihatan hadir di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang, sempena sambutan Hari Perancangan Sedunia yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sihat seperti soft dart, hopscotch dan lain-lain.

Pengunjung kelihatan gembira dan mesej pembudayaan hidup sihat sedikit sebanyak telah mula dipraktikkan.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/p/Q3ZVqYWR9RN3tYg4/
💪 Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

📌 Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara melalui 3 langkah mudah.

– Lihat
– Rasa
– Respon

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
1 daripada 3 dewasa di Malaysia tidak aktif.

Kekal aktif, lakukan 10,000 langkah setiap hari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Merokok membahayakan kesihatan kepada perokok dan juga membahayakan kesihatan orang-orang sekeliling dengan bau asap rokok itu sendiri.Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan 28 tempat dilarang merokok.

Budayakan hidup sihat 🌳
Kukuhkan imuniti badan 💪

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan malas!!! Untuk kekal aktif, jom ikut salah satu tip dari saya:-
Lakukan aktiviti fizikal secara berkala, seperti berjalan, berlari atau berbasikal selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Aktiviti fizikal membantu menguatkan tubuh dan menjaga kesihatan mental!

Jom Kekal Sihat & Aktif!

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦

Ambil cakna terhadap kesihatan payudara anda‼️

🩺 Lakukan saringan ujian mamogram sebelum terlambat di fasiliti klinik- klinik Nur Sejahtera LPPKN, manakala wanita yang layak akan dirujuk ke pusat Mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini.

“𝑴𝒂𝒎𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Tahukah anda, Kanser Payudara adalah kanser tertinggi di Malaysia?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3 Langkah Mudah;

Langkah – Lihat
Langkah – Rasa
Langkah – Respon

Lakukan setiap bulan, hari ke-7 hingga ke-10 dari haid bermula.

Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/11/15 17:40:22
Back to Top
HTML Embed Code: