Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah gejala penyakit mpox?

Seseorang yang dijangkiti mpox selalunya akan demam, rasa lemah tubuh badan, sakit kepala dan bengkak kelenjar limfa, tetapi selalunya individu yang dijangkiti akan pergi ke fasiliti kesihatan apabila terdapat ruam berisi cecair atau tanda lepuh di kulit.

Gejala boleh mula muncul dalam tempoh 7-10 hari selepas terdedah kepada virus monkeypox namun boleh membawa ke tempoh 21 hari untuk menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom sama-sama jauhi rokok & vape! 🚫💨 Kalau boleh jangan mulakan tabiat yang tak sihat ni, nanti menyesal. Fakta ni seram - pada 2022, penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat 5% berbanding 2017! (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ingat adik-adik, sebelum makan sesuatu makanan, Lihat, Hidup dan Rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan keracunan makanan.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🌍💊 Pelupusan ubat yang selamat adalah tanggungjawab kita semua!

Ramai masih tidak sedar bahawa ubat yang dibuang bersama sampah atau ke dalam tandas boleh mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan inisiatif MyMediSAFE, program yang memudahkan orang ramai untuk melupuskan ubat-ubatan yang tak digunakan atau luput dengan cara yang betul.

MyMediSAFE merupakan kolaborasi strategik antara pelbagai organisasi dari sektor awam dan swasta. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 149 pusat pengumpulan sektor awam dan 705 pusat pengumpulan sektor swasta yang boleh dikunjungi oleh orang awam untuk melupuskan ubat-ubatan yang telah luput, rosak atau tidak digunakan.

Anda hanya perlu bawa ubat ke pusat pengumpulan di farmasi berdekatan atau kemudahan kesihatan yang terpilih, dan ubat tersebut akan dilupuskan dengan selamat.

Amalkan pelupusan ubat yang selamat, bukan saja untuk kesihatan kita, tetapi juga demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

#kenaliubatanda #pharmacists #mymedisafe #pelupusanubat

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Saya ingin tegaskan Sambutan Malaysia Sihat Sejahtera, Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Penggunaan Gula hanya akan berkesan jika mulai sekarang kita mengambil tindakan untuk membudayakan hidup sihat. Gerai-gerai makanan perlu dipantau sekarang.

Jangan korbankan orang lain.Penggunaan gula dalam makanan dan minuman seolah-olah memberi sumbangan ke arah kerosakan badan dan kesihatan pembeli dan pengguna.. "

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DAN GANGGUAN LALU LINTAS SEMENTARA BAGI PROGRAM LANGKAH SIHAT BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA FUN RUN

Mohon semua pengguna merancang perjalanan dan berhati-hati di jalan raya serta mematuhi arahan petugas keselamatan.

#langkahsihatbulanmalaysiasihatsejahtera #langkahsihatbulanmalaysiaputrajaya #perbadananputrajaya #JomRun #jomrun #gangguanlalulintasputrajaya #penutupanjalanputrajaya

Sumber: Perbadanan Putrajaya
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahukah anda, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia tidak aktif, (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023). Tak hairanlah ramai yang berdepan dengan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung!

Kesihatan fizikal bermula dengan langkah pertama anda! Jom kekal aktif dan sihat! 🏃‍♂️

Datang beramai-ramai ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2 pada 28 & 29 September ini. Jumpa anda di sana!

#malaysiasihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kononnya kita rasa diri kita sihat.. kita belasah laa bersukan bagai nak gila.. bila buat saringan kesihatan semuanya dah borderline..seramm.. korang dah buat saringan kesihatan ke?

Jom ramai2 ke Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 28 & 29 September di Dataran Putrajaya . Ada macam2 jenis aktiviti & hadiah menarik..Influencer dan artis lain pun akan datang .. boleh buat saringan kesihatan PERCUMA‼️…Jumpa di sana!

#Malaysiasihat
Berikut adalah Pengisian Aktiviti Sambutan BMSS @ Putrajaya untuk hari pertama.

Jom bawa ahli keluarga dan rakan-rakan datang ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2, sekarang!

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kawan-kawan,
Jangan lupa bawa bekal air kosong ke sekolah dan ke mana sahaja. Pastikan minum air kosong secukupnya tau.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Denggi tak kenal siapa tapi kita boleh menang dengan langkah mudah ini. Jangan biar nyamuk menang. Jom!

1. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes
2. Sembur dan bunuh nyamuk
3. Lindungi diri

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

Jom ke Putrajaya Sihat Sejahtera menjelang 2030 pada 28 & 29 September ini.

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
28 September, Putrajaya - Pagi yang penuh bertenaga dengan Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Fun Run di Dataran Wawasan, Presint 2!

Dengan jarak 5km, acara ini dilepaskan oleh YB Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, bersama KSU Kementerian Kesihatan dan pengurusan tertinggi KKM, menyaksikan hampir 4,000 peserta mengambil bahagian.

#MalaysiaSihat #LangkahSihat

https://www.facebook.com/share/p/NeAVSFKGvcakbATm/?mibextid=oFDknk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana Jangkitan Mpox berlaku ?

Penularan jangkitan mpox melalui tiga cara iaitu melalui sentuhan langsung kepada kulit penghidap mpox, persekitaran dan melalui titisan pernafasan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/29 12:31:00
Back to Top
HTML Embed Code: