Telegram Web Link
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain 🦠

Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya.

Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Tahukah anda❓

Pemeriksaan mata πŸ‘πŸ‘ perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan atau swasta.

Sayangilah mata anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Jangan segan menegur perokok. Speak out!

Nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok termasuk rokok elektronik atau vape di sekeliling anda. Tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bolehkah Jual Organ Demi Kelangsungan Hidup?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari ini pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Hasdy bin Haron, Timbalan Pengarah dari Pusat Sumber Transplan Nasional.

#MalaysiaSihat
Ingat kawan-kawan, buang sampah di tempat yang betul untuk mengelak penyakit.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
4 hari lagi akan berlangsung Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya.

Jom beramai-ramai ke Dataran Wawasan, Putrajaya untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Temui selebriti / pempengaruh anda di Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Putrajaya 2024 pada 28-29 September 2024.

Jom bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda sudah bersedia?

Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya 2024 akan diadakan pada 28 - 29 September 2024 di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

Pelbagai aktiviti disediakan. Cabutan bertuah dan hadiah menarik turut menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang disediakan dan juga beramah mesra dengan selebriti / pempengaruh kegemaran anda.

Jumpa anda di sana!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Setiap hari kita menghadapi banyak tekanan dan cabaran.

Amalkan Take 5 untuk mengatasi stres

πŸ‘‰ Kekal berhubung
πŸ‘‰ Aktifkan diri
πŸ‘‰ Syukur
πŸ‘‰ Beri
πŸ‘‰ Terokai minat baru

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jom sertai Pertandingan Mewarna Poster Kesihatan sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Putrajaya 2024! 🎨

πŸ“… Tarikh: 29 September 2024 (Ahad)
πŸ•— Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya (Pentas Utama)

Kategori:
πŸ–Œ Pra-sekolah (5 & 6 Tahun)
πŸ–Œ Tahap 1 (7 hingga 9 Tahun)

Pendaftaran adalah PERCUMA. Imbas QR untuk daftar sekarang!
❗️Peserta dikehendaki membawa kelengkapan mewarna sendiri.

Tarikh tutup: 24 September 2024

Maklumat lanjut, hubungi:
πŸ“ž En Asraf (011-611 74200)
πŸ“ž Cik Munifah (011-3933 6675)

Sertai Pertandingan Mewarna dan tunjukkan kreativiti anda! Dengan setiap sapuan warna, kita mendidik dan berusaha mengurangkan pengambilan gula. Hadiah menarik menanti anda! πŸ’₯

#MalaysiaSihat

Sumber: Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Jom sertai Pertandingan Lompat Tali Speed Individu sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Putrajaya 2024! πŸ’ͺ

πŸ“… Tarikh: 29 September 2024 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Kategori:
πŸ‘Ÿ 12 tahun ke bawah (Lelaki & Perempuan)
πŸ‘Ÿ 13 tahun ke atas (Lelaki & Perempuan)

Menangi hadiah wang tunai sehingga RM500! Pendaftaran adalah PERCUMA. Imbas QR untuk daftar sekarang!

Tarikh tutup: 24 September 2024

Maklumat lanjut, hubungi:
πŸ“ž En Akram (013-912 6165)
πŸ“ž En Syahmi (017-394 0810)

Sertai dan tunjukkan prestasi terbaik anda! πŸ’₯”

#MalaysiaSihat

Sumber: Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Jom sertai Neon Party sempena Putrajaya Sihat Sejahtera pada 28 September 2024, 8pm hingga 10pm di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

Sesi 2 jam ini akan di kendalikan oleh Zin Nanie, Zin Ema, Coach Alin, Coach Ai Zuma, Mt Alies Jazam, Hazmiflip dan Rizal.

Imbas kos QR untuk daftar dan sertainya secara percuma!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat bertujuan untuk meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), dengan fokus melahirkan penjawat awam yang sihat dan produktif.

Melalui pendekatan Whole of Nation, kejayaan PSS bergantung kepada pemerkasaan penjawat awam dan komitmen semua Kementerian, Jabatan, dan Agensi untuk memastikan kesejahteraan kesihatan diterapkan dalam semua polisi.

Mesyuarat dihadiri oleh YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.
Hai adik-adik,

Sentiasa amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul untuk mengelak penyebaran penyakit.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PUTRAJAYA- Kerajaan meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan itu bagi menjayakan hasrat kerajaan melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya terus berfungsi dengan produktif dalam membangunkan negara Malaysia.

https://www.kosmo.com.my/2024/09/24/kerajaan-luluskan-pelan-strategik-putrajaya-sihat-sejahtera-lahir-penjawat-awam-sihat/
Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024
2024/09/28 22:24:34
Back to Top
HTML Embed Code: