Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berapa banyak gula yang kita ambil setiap hari?

Setiap kali kita ambil makanan dan minuman bergula, kalori kita juga bertambah.

Kurangkan kandungan gula dalam makanan dan minuman. Minumlah air kosong.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Adik-adik, duduk di rumah tu jangan lupa untuk makan buah dan sayur serta banyakkan minum air kosong tau ๐Ÿ˜ƒ

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sistem limfatik adalah sistem peredaran yang unik di dalam badan kita yang terdiri daripada organ limfa dan rangkaian saluran yang membawa cecair limfa.

Fungsi utama sistem limfatik adalah membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam tisu tubuh, menyerap lemak dan vitamin larut lemak serta sebagai sistem pertahanan badan atau sistem imuniti.

Budayakan hidup sihat untuk mengukuhkan imuniti badan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

โžก๏ธ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
โžก๏ธ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
โžก๏ธ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
โžก๏ธ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
โžก๏ธ Gunakan tisu untuk membuang kahak
โžก๏ธ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
โžก๏ธ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jangan lupa ye adik-adik untuk berikan senyuman, penghargaan, masa dan bantuan kepada orang lain. Jom Take 5.

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
โš ๏ธ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

๐Ÿ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ingat!! Buat saringan awal sebelum terlambat. kos servis badan ni,lagi mahal dari servis kereta..

Jom Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ“Œ Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
๐Ÿ“Œ Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
๐Ÿ“Œ Apakah gejala mpox?
๐Ÿ“Œ Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?

Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
Jom datang beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi pada:

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ๐Ÿณ-๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ - ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ
๐Ÿ“Œ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ป๐˜ ๐Ÿฎ

Jumpa anda di sana! ๐Ÿฅณ

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/YzyGgQPtH7pYQXyK/?mibextid=oFDknk
Cuti sekolah ni bolehlah ajak ayah untuk buat saringan kesihatan, setahun sekali sahaja...saring awal, cegah awal

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jom sertai MyCHAMPION dan jadi pelopor dalam mendidik, memperkasa dan menggerakkan komuniti ke arah budaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Kini pendaftaran sebagai ahli MyCHAMPION boleh dilakkan dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera ... semuanya di hujung jari anda!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sorotan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2024 di Pantai Batu 1, Port Dickson pada 8 September 2024, meriah dengan kehadiran melebihi 13,000 orang pengunjung! Majlis ini turut menyaksikan pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula yang disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Turut hadir, YAB Datoโ€™ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan serta YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.DLKK, sebagai sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), adalah langkah strategik kerajaan untuk meningkatkan literasi (celik) kesihatan rakyat. Kempen Perangi Gula pula menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula harian demi kesihatan yang lebih baik.Terima kasih atas sokongan anda!

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gula sedap tapi jangan terlalu banyak okay gais? ๐Ÿ˜…

1 daripada 2 dewasa Malaysia ada berat badan lebih, 1 daripada 6 ada kencing manis ๐Ÿ“

Baca label untuk mengetahui kandungan gula dalam minuman & makanan dan kurangkan pengambilan gula dalam sehari๐Ÿ’ช๐Ÿป

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan
Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kawan-kawan,
Sentiasa katakan TIDAK kepada tabiat merokok dan vape โŒ

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Masih belum terlambat untuk lindungi anak anda daripada penyakit pneumokokal.

Sekiranya anak-anak anda lahir pada tahun 2018 & 2019 dan belum mendapat vaksin pneumokokal, tempah slot janji temu sekarang di klinik kesihatan berdekatan atau melalui aplikasi MySejahtera.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/27 07:29:38
Back to Top
HTML Embed Code: