Telegram Web Link
Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.

Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.

Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Susulan pengisytiharan penyakit mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) pada 14 Ogos 2024 lalu, pihak KKM giat menjalankan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk pemantauan kes di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke negara endemik dan negara-negara yang terdapat penularan mpox untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dikongsikan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Adik-adik, kita mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi agar sejahtera fizikal dan mental. Jom Take 5.

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak berhenti merokok semudah A B C D

A - Azam
B - Beritahu
C - Cakna
D - Dapatkan bantuan

Amalkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Senaman yang dilakukan dengan menggunakan resistance band dalam x-break kali ini adalah

1️⃣ Shoulder rotation
2️⃣ Chest Press
3️⃣ Biceps Curl
4️⃣ Deadlift
5️⃣ Squat

Lakukan 5 aktiviti ini dengan 10 ulangan.
Jom X-Break!

#MalaysiaSihat

Kredit Lagu : Armin van Buuren - Turn It Up

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🎒 Musim cuti sekolah merupakan saat yang dinanti oleh anak-anak.

Penuhi cuti sekolah anak anda dengan aktiviti bermanfaat. Kami kongsikan cadangan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak anda 👦🏻🧒🏻👧🏻

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024.

CPRC Kebangsaan akan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan.

Tindakan kawalan mpox yang dijalankan oleh KKM ialah pengesanan awal kes, pengukuhan kapasiti makmal, pemantapan pengurusan kes, pengasingan kes dan pemantauan kontak rapat serta meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pendidikan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Cuti sekolah dah mula...jom ajak ibu bapa berjalan 10,000 langkah setiap hari serta lakukan X-Break agar kita kekal aktif dan hidup sihat 😃

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sebagai pengguna, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan tempat penyediaan makan, pilih premis makanan yang bersih, pastikan makanan dimasak dengan semppurna, elakkan makanan yang sudah tamat tempoh dan amalkan Lihat Hidu Rasa sebelum menjamah makanan.

Mari kita dengarkan pandangan dan pengalaman mereka yang terlibat secara langsung dalam industri makanan tentang kepentingan menjaga keselamatan makanan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Soroton Lensa Video Karnival BMSS dan Jelajah ANMS Negeri Melaka serta Kembara Sihat Sehahtera Hepili Bersama Didi & Friends Zon Selatan!

Di MITC
13 - 15 September 2024

Terima Kasih kepada hampir 20,000 Pengunjung yang memeriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Negeri Melaka!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
‼️ Diabetes boleh dicegah dan dikawal ‼️

Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.

'𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤,𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤'

JOM AMALKAN 𝙏𝙐𝙅𝙐𝙃 (7) 𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙐𝘿𝘼𝙃 SEPERTI YANG DIKONGSIKAN.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Adik-adik,
Kita hendaklah sentiasa meneroka kemahiran baru dan diminati agar stres dapat dihindari ☺️

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dalam kesibukan rutin harian, it’s so easy to go into autopilot mode and prioritise your work over mental health, tapi just like those deadline kerja, your life also has a deadline that might reach sooner if you tak jaga kesihatan badan!! tak perlulah pergi spa expensive atau belanja beribu-ribu pergi overseas untuk ‘healing’. there are so many way fun, easy and cheap activities you can do daily as i’ve mentioned like doing yoga, going on a run or even something as simple as mindful breathing that can make a HUGE difference in your daily stress level. so while you’re busy achieving your dreams, janganlah lupa untuk utamakan kesihatan mental juga ❤️

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Hai Malaysia! 💪 💪

Anda rasa lengan anda cukup kuat? Buktikan di Pertandingan Gusti Lengan Putrajaya 2024!

🗓 28 September 2024
📍 Dataran Wawasan, Putrajaya
5 kategori hebat! Hadiah gempak menanti!

Jangan lepaskan peluang ini! Imbas Kod QR sekarang dan sertai kemeriahan!
Tunjukkan kehebatan anda di Sambutan Bulan Malaysia Sejahtera!

Ayuh Malaysia, mari kita gusti lengan! 💪🔥

#LenganBesiMalaysia #MalaysiaSihat #KukuhkanImunitiBadan

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/27 09:35:10
Back to Top
HTML Embed Code: