Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Agenda Nasional Malaysia Sihat 🇲🇾

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kebanyakan jangkitan mpox sembuh dengan sendiri tanpa rawatan. Namun golongan berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati. Jika anda mempunyai imuniti yang rendah, sejarah ekzema, sedang hamil atau mempunyai anak yang masih kecil, pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Lindungi Diri Cegah Mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
3 hari lagi menuju Bulan Malaysia Sihat Sejahtera!

Adakah anda sudah bersedia untuk menyokong usaha Kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera?

Jom mulakan dengan langkah sihat hari ini, perkukuhkan imuniti kita bersama!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN, TAPI NAK BAGI MAKAN APA?

Makanan pelengkap yang diberikan kepada bayi perlulah mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Pastikan bayi anda diberi makanan yang seimbang dan mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi.

Perlu diingat, jumlah dan tekstur makanan adalah mengikut perubahan umur bayi. Jangan lupa pelbagaikan sumber makanan untuk memperkenalkan anak dengan pelbagai rasa, tekstur dan jenis makanan. Semoga bermanfaat untuk semua ibubapa di luar sana.

Sumber: Nutritionist KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Vaping is better than smoking!!" NO! Smoking and vaping can cause severe health issues to your respiratory system. Do you know that or not?

Smoking can also be very harmful to passive smokers, the people who do not smoke.

Now let's quit smoking!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 & Hari Malaysia 2024.
ADAKAH ANAK ANDA BANTUT?

Tahukah anda bahawa anak anda berisiko mengalami masalah tumbesaran sekiranya tidak dipantau dari awal lagi? Salah satu cara mengenalpasti masalah bantut adalah dengan memplot ketinggian anak mengikut umur pada carta pertumbuhan bayi dan kanak-kanak🤔

Memplot carta pertumbuhan anak anda bukan sahaja penting bagi mengetahui status pertumbuhan anak anda malah dapat memastikan anak  mencapai tumbesaran yang normal mengikut umur. Terdapat beberapa kategori dalam carta pertumbuhan ini iaitu terlalu tinggi, panjang normal dan bantut (🟡 terbantut, 🔴 terbantut teruk).

Trend yang boleh dilihat pada carta pertumbuhan panjang/tinggi-untuk-umur📉
🔶Lengkuk pertumbuhan menaik yang bermaksud anak anda membesar dengan baik mengikut umur.
🔶Lengkuk pertumbuhan mendatar yang bermaksud panjang atau tinggi anak anda tidak bertambah dan tiada perubahan yang berlaku.
🔶Lengkuk pertumbuhan menurun yang bermaksud anak anda berkemungkinan mempunyai risiko masalah malpemakanan.
🔶Lengkuk pertumbuhan naik semula yang bermaksud panjang atau tinggi anak anda telah mula meningkat semula dan mereka mula pulih.

Jangan ambil mudah dengan masalah bantut..bawa anak ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan secara berkala seperti yang telah ditetapkan dalam buku biru/ buku pink anak anda.

Sumber: Nutritionist KKM
Selamat Hari Kebangsaan 2024.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Lindungi diri, cegah Mpox.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera bakal tiba 1 hari lagi!

Adakah anda bersedia untuk bersama-sama menjayakan misi Kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera?

Bersama-sama kita budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lakukan saringan kesihatan untuk mengurangkan risiko penyakit atau mengelakkan daripada penyakit menjadi lebih serius dengan rawatan yang lebih efektif.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Some of you all may have known that i was at Pulau Pinang from 24th to 25th August for the Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera and if you missed that, hampa telah buat saya rasa hampa pula!!

But that's ok, no worries because the fiesta continues at Negeri Sembilan next. Join me at Pantai Batu 1, Taman Mewah, Port Dickson from 6th to 8th September next!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA

KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA

CYBERJAYA, 29 OGOS 2024 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sedar akan peningkatan kes monkey pox (mpox) di seluruh dunia ketika ini. Merujuk kepada laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh
dunia melibatkan 116 buah negara, dengan 208 (0.21%) kematian. Pada bulan Jun 2024 sahaja, terdapat 934 kes dan empat (4) kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, yang mana 567 kes (60%) adalah dari rantau Afrika.

Bagi membantu pengesanan virus tersebut secara berkesan, MDA telah meluluskan satu kit ujian virus monkey pox yang pertama seperti berikut:
Jenama: VIASURE MONKEYPOX VIRUS REAL TIME PCR DETECTION KIT
MDA ingin menegaskan bahawa kit ujian yang telah diluluskan ini hanya boleh dikendalikan oleh golongan professional sahaja seperti pengamal perubatan berlesen dan tidak boleh dikendalikan oleh orang awam. Sebarang penjualan dan pembelian di farmasi, kedai runcit mahupun di platform e-dagang adalah tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Sekiranya, kit ujian monkey pox tersebut tidak dikendalikan oleh golongan professional, terdapat kemungkinan keputusan ujian yang diperoleh adalah tidak tepat dan boleh menyebabkan penularan virus dalam kalangan orang awam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli kit ujian monkey pox serta tidak menggunakan sendiri kit ujian monkey pox. Jika mana-mana individu yang mendapati penjualan kit ujian monkey pox ini kepada orang awam di farmasi, kedai runcit atau platform e-dagang, orang ramai digalakkan untuk melaporkan kepada MDA melalui Sistem Pengurusan Maklum Balas MDA (MDAFEMES) di femes.mda.gov.my.

DR. MURALITHARAN PARAMASUA
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)
29 Ogos 2024

#mpox #KKM #kementeriankesihatanmalaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bulan September adalah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).

Ayuh kita bersama budayakan hidup sihat! Pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Jom kita meriahkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula akan diadakan dalam tempoh 4 hari lagi!

Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu mana yang manis....

Mengurangkan manis dalam minuman adalah langkah baik untuk kesihatan.

Kurangkan Gula Secara Berperingkat. Jika biasa minum minuman manis, cuba kurangkan jumlah gula sedikit demi sedikit. Contohnya, jika biasa ambil 2 sudu gula, kurangkan kepada 1.5 sudu dahulu.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#malaysiasihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/29 20:14:53
Back to Top
HTML Embed Code: