Telegram Web Link
Apa Itu MPOX?

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat
Mpox boleh merebak melalui beberapa cara termasuk sentuhan kulit, titisan pernafasan dan objek yang tercemar.

Fahami risiko ini dan ambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kontak rapat dengan individu yang bergejala.

Lindungi Diri Cegah mpox.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jom sertai Zumbaton sempena sambutan Bulan
Malaysia Sihat Sejahtera pada 7 September pada jam 8.30 pagi bertempat di Pantai Batu 1 Port Dickson. Hadiah wang tunai menanti kepada pemenang mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Jangan terlepas peluang ini. Segera mendaftar melalui imbasan kod QR yang tertera.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera.

#BMSS
#ANMS
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Kesiapsiagaan Malaysia Menghadapi Mpox Clade 1b
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Korang tahu tak, Malaysia hasilkan 38,120 tan sisa pepejal setiap hari, bersamaan 1.17 kg sampah seorang? Botol plastik yang dikitar semula ada nilai ekonomi dan boleh bantu elak pencemaran serta kawal tempat pembiakan nyamuk aedes. Jadi, jom amalkan kitar semula untuk menjaga kebersihan persekitaran kita!

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
BAKAL IBU, JOM SAMA-SAMA CEGAH ANEMIA!

Kajian menunjukkan bahawa kejadian anemia semasa hamil meningkatkan pelbagai risiko kepada ibu dan juga bayi seperti keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kematian.

Jadi, jom sama-sama kita ketahui langkah pencegahan anemia bagi persediaan kehamilan kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!

Sumber: Nutritionist KKM
Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga.

Lindungi Diri Cegah Mpox.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ambil Peduli : MPOX

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Jamilah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#MalaysiaSihat
Jom sertai Program Take Care..Ur Health! anjuran Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, JKN Selangor.

29 OGOS 2024
JOM MENGENALPASTI RABUN KANAK-KANAK
29 OGOS 2024 (KHAMIS)
10.00 PAGI

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/gfr-fbsg-hfx

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama.

Sumber: JKN Selangor
Jom sertai Pertandingan Orienteering Scavenger Hunt dan menangi hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM2500. Pertandingan ini sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Imbas kod QR tertera untuk maklumat lanjut.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected]

Kelayakan akademik dalam bidang komunikasi massa / sains pembangunan manusia.
KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU

Susukan anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Semua ibu digalakkan untuk menyusukan anak dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencapai umur 2 tahun.

Penyusuan susu ibu dapat mengeratkan hubungan bayi dan ibu serta memberi banyak kebaikan kepada ibu dan bayi. Jom kita lihat pelbagai kelebihan penyusuan susu ibu.

Sumber: Nutritionist KKM
2024/09/29 22:32:47
Back to Top
HTML Embed Code: