Telegram Web Link
Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐Ÿ’Š๐Ÿคฐ๐Ÿป UBAT-UBATAN DALAM RAWATAN KETIDAKSUBURAN

Artikel ini ditulis oleh Puan Sofhatun Nur Subhi, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ketidaksuburan merupakan isu kesihatan global yang dihadapi oleh hampir 15 peratus pasangan yang berada dalam usia reproduktif di seluruh dunia. Di Malaysia, ketidaksuburan turut dikenal pasti sebagai satu daripada isu kesihatan awam yang penting. Statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar kesuburan negara telah menurun daripada 4.0 orang anak bagi setiap wanita pada tahun 1980 kepada 2.1 pada tahun 2010. Kadar ini terus menurun kepada 1.7 pada tahun 2021.

๐ƒ๐ž๐Ÿ๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐๐š๐ค๐ฌ๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง
WHO mentakrifkan ketidaksuburan sebagai ketidakmampuan untuk hamil selepas satu tahun hubungan seksual yang teratur dan tanpa menggunakan sebarang kaedah kontrasepsi. Terdapat beberapa punca berlakunya ketidaksuburan dalam kalangan wanita dan lelaki seperti:

1. Masalah berkaitan penghasilan telur (ovulasi) yang mungkin disebabkan oleh sindrom ovari polisistik (PCOS), ketidakseimbangan hormon atau pembedahan pada ovari;

2. Tiub Fallopio yang tersumbat akibat penyakit kelamin atau masalah endometriosis;

3. Pembentukan sista atau fibroid di dalam kaviti uterus;

4. Sperma yang abnormal atau tidak berkualiti akibat keabnormalan kongenital, masalah hormon, jangkitan pada testis, testis tidak berada di dalam kantung skrotum atau masalah varikosele (masalah salur darah pada skrotum);

5. Berat badan yang berlebihan;

6. Tabiat merokok; dan

7. Terdedah secara kerap kepada sumber radiasi atau bahan kimia.

Terdapat juga masalah ketidaksuburan yang berpunca daripada faktor yang tidak dapat dikenal pasti dan diklasifikasikan unexplained infertility.

๐”๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐๐š๐ค๐ฌ๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง
Penggunaan ubat-ubatan merupakan satu daripada kaedah rawatan bagi wanita yang mengalami ketidaksuburan akibat masalah ovulasi. Ubat kesuburan secara amnya bertindak seakan-akan hormon semula jadi badan seperti hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) untuk mengatur atau merangsang proses ovulasi. Ubat-ubatan ini membantu untuk menghasilkan telur yang lebih baik atau lebih banyak. Antara ubat yang digunakan untuk rawatan ketidaksuburan termasuklah:

๐‚๐ฅ๐จ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ก๐ž๐ง๐ž
Clomiphene berfungsi merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon FSH dan LH, seterusnya menggalakkan pertumbuhan dan kematangan folikel ovari. Folikel ovari yang telah matang akan melepaskan telur (ovum) yang boleh disenyawakan. Ubat ini biasanya diambil secara oral.

Kesan sampingan clomiphene termasuklah peningkatan suhu badan dan sakit kepala. Clomiphene juga berisiko menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Oleh hal yang demikian, pesakit dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika memandu atau melakukan aktiviti yang memerlukan penumpuan atau penglihatan yang jelas.

Antara risiko rawatan ketidaksuburan menggunakan clomiphene termasuklah peningkatan kebarangkalian untuk kehamilan kembar. Pesakit disarankan untuk berbincang dengan doktor tentang risiko ini.

๐†๐จ๐ง๐š๐๐จ๐ญ๐ซ๐จ๐ฉ๐ข๐ง
Suntikan gonadotropin berfungsi untuk mematangkan telur dan merangsang pengeluaran telur dalam tempoh ovulasi. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah kerengsaan pada tempat suntikan, sakit kepala, loya dan kembung. Sama seperti clomiphene, pengambilan ubat ini juga meningkatkan kemungkinan untuk kehamilan kembar.

๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐œ๐ซ๐ข๐ฉ๐ญ๐ข๐ง๐ž
Bromocriptine pula membantu untuk memperbetul ketidakseimbangan hormon prolaktin yang terhasil secara berlebihan. Paras prolaktin yang tinggi di dalam badan boleh mengakibatkan proses ovulasi terganggu dan seterusnya menyebabkan ketidaksuburan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami dengan pengambilan bromocriptine termasuklah pening, sakit kepala, muntah dan sembelit.

Walaupun terdapat beberapa pilihan ubat untuk membantu masalah ketidaksuburan, pesakit tidak boleh mengambil ubat tersebut tanpa arahan daripada doktor. Pengambilan ubat tanpa pemantauan ahli profesional kesihatan boleh memudaratkan pesakit.
๐…๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐ฎ๐ก๐ข ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐”๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐๐š๐ค๐ฌ๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง
Keberkesanan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan bergantung pada beberapa faktor seperti punca ketidaksuburan dan keadaan kesihatan semasa wanita yang mengambilnya. Berdasarkan kajian saintifik, keberkesanan ubat yang digunakan untuk merangsang ovulasi seperti clomiphene dan gonadotropin dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

Punca ketidaksuburan: Ubat-ubatan biasanya lebih berkesan untuk wanita yang mempunyai masalah ovulasi seperti PCOS. Jika punca ketidaksuburan tidak diketahui atau melibatkan faktor lain seperti masalah sperma atau tiub Fallopio, keberkesanan ubat yang diambil mungkin lebih rendah.

Umur: Wanita yang lebih muda lazimnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk hamil dengan bantuan ubat-ubatan berbanding dengan wanita yang lebih berusia.

Amalan pengambilan ubat yang betul: Pematuhan pesakit terhadap rawatan dan pengambilan ubat-ubatan seperti yang diarahkan turut mempengaruhi keberkesanan ubat-ubatan. Selain itu, pemantauan yang berterusan oleh doktor dapat membantu mengoptimumkan rawatan.

๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ
Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat merupakan perjalanan yang mencabar dan memerlukan kesabaran bagi sesetengah pasangan. Oleh hal yang demikian, pasangan yang berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan haruslah mendapatkan maklumat dan panduan yang sewajarnya daripada ahli profesional kesihatan yang berkelayakan. Nasihat daripada doktor dapat membantu dalam mengenal pasti rawatan yang bersesuaian berdasarkan sejarah perubatan serta keadaan kesihatan seseorang individu dan seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.

Selain itu, mereka turut disaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh untuk memastikan tahap kesihatan adalah optimum sebelum memulakan rawatan kesuburan. Semasa dalam tempoh rawatan kesuburan, pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah penting untuk memastikan kelancaran proses rawatan.

Bukan itu sahaja, pesakit yang telah diberikan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan hendaklah mengambilnya mengikut arahan dan nasihat yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi. Pengambilan ubat pada dos dan masa yang ditetapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan rawatan. Kepatuhan pada tarikh janji temu susulan juga adalah penting bagi memastikan pemantauan rawatan dapat dilakukan secara berterusan.

Pesakit juga disaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu dengan mengambil diet yang seimbang, melakukan senaman secara berkala dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Pesakit juga harus menjauhkan diri daripada tabiat yang boleh menjejaskan kesuburan seperti merokok dan mengambil alkohol dalam kuantiti yang berlebihan. Sokongan psikologi daripada pasangan, keluarga atau rakan serta sesi kaunseling dapat membantu pesakit mengatasi tekanan yang mungkin berlaku.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut tentang penggunaan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali pada cuti umum).

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Susulan pengisytiharan penyakit mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) pada 14 Ogos 2024 lalu, pihak KKM giat menjalankan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk pemantauan kes di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke negara endemik dan negara-negara yang terdapat penularan mpox untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dikongsikan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
MPOX

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#MalaysiaSihat
MPOX

Saksikan di TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#MalaysiaSihat
Jom warga Port Dickson, meriahkan lagi majlis sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 6-8 September 2024 Jumaat hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat bermula jam 3.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung.

Jom bertemu dengan pempengaruh sepert Mek Yun, Achey, Bell Ngasri, Atu Zero dan ramai lagi.

Ayuh ke Pantai Batu 1, Port Dickson pada 6-8 September ini. Jangan ketinggalan.

#BMSS
#sihatmilikku
#anms

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
https://www.facebook.com/share/Y1Pi1qZbG5FC3v7t/?mibextid=WC7FNe
PERHATIAN! PENGUMUMAN KEDUA BAGI 10TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (10TH INTRACOM) TELAH DISIARKAN! DAFTAR SEKARANG!
-------------------------------------------------------
ATTENTION! THE SECOND ANNOUNCEMENT FOR THE 10TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (10TH INTRACOM) IS LIVE! REGISTER NOW!

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0WZuT8Rvm9R4PFDr8s84keQBiw69reDg4xTXpnstj5LphSiFA4wbYV6kWcd8oWFnnl

Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
Pertandingan sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat dan Jelajah ANMS Negeri Sembilan 2024

๐ŸŽฌPendaftaran 3R Fashion Show
https://tinyurl.com/3rbmss

๐ŸงฉPendaftaran Explorace Kesihatan PROSIS
https://tinyurl.com/exbmss

๐ŸŽจPendaftaran mewarna
https://tinyurl.com/wbmss

#BMSS
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerisembilan/posts/pfbid02EFvfohWnB9rXWQZ1HKjHgWzDCXVtxaCuKZBVJLXZXjdMYVi7x2QyuJKesQ9DSS4Dl
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Korang mesti sama macam abang, takut nak jumpa doktor kan? Tapi nak tak nak, kita kena buat saringan kesihatan juga. Check masa kita sihat, bukan bila dah sakit baru nak berubat.

Pengesanan awal membuka peluang untuk pencegahan atau rawatan awal yang lebih mudah dan efektif. Bak kata orang โ€œPREVENTION is better than CURE!โ€

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan โค๏ธ

#MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KENAIKAN BERAT BADAN IBU HAMIL

Hai wanita di luar sana, tahukah anda betapa pentingnya untuk anda mempunyai peningkatan berat badan semasa hamil yang lebih spesifik berdasarkan kategori BMI anda sebelum hamil?

Peningkatan berat badan yang optima dapat mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan mencegah risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit akibat peningkatan berat badan yang tidak memuaskan.

Sumber: Nutritionist KKM
2024/09/30 08:25:29
Back to Top
HTML Embed Code: