Telegram Web Link
Anda gemar mengunyah ais

Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan gigi kita! ❄️🦷

Jaga senyuman anda dan elakkan daripada mengunyah ais.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sambutan Hari Nyamuk Sedunia Tahun 2024

Dengarkan di astro radio news esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Ahmad Mohiddin bin Mohd Ngesom, Pegawai Sains (Kaji Serangga) dari Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, KKM

#MalaysiaSihat
Maggot Therapy untuk pesakit luka Diabetes.

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Mohd Zuraire bin Mohd Zubir dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KITA JANGAN STRESS2 ok… KALAU STRESS BOLEH IKUT TAKE 5..

FAKTA 4.6% penduduk malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

#malaysiasihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗦

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan‼️

𝟭 𝗦𝘂𝗱𝘂 𝗧𝗲𝗵 𝗗𝗮𝗵 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽, 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗶𝗸, 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸!

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
JOM KETAHUI 7 PERKARA SEBELUM HAMIL

Ada beberapa perkara yang para wanita perlu tahu sebelum hamil supaya diri anda dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Sumber: Nutritionist KKM
Hey orang Penang! Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan bintang kegemaran anda di 𝗙𝗶𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗔𝗡𝗠𝗦!

🗓️ Tarikh : 24 & 25 Ogos 2024
📍 Lokasi : Padang Taman Sembilang, Seberang Jaya

Saksikan kehadiran @Achey, @Atu, @BellNgasri, @MekYun dan ramai lagi!

Jom kita berseronok dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti basikal 🚲 dan peralatan rumah 🏠.

Jumpa anda di sana! 🌟💪🎉

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.
Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kayak-kayak sampai tisu koyak 🤭 Who said being active kena lift weights or run treadmills jer? Ada banyak cara nak kekal aktif sambil enjoy—contohnya kayaking, hiking kat bukit-bukit, tanam bunga, cuci kereta, atau join dance class yang seronok! Bersukan tak semestinya boring, so find what you love and make it seronok so you also have a good time being active! Stay fit, have fun, and keep moving! 💪

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori harian anda. Anda rasa susah untuk meninggalkan tabiat minum minuman manis secara berlebihan?

Jom tawan rasa mengidam anda terhadap minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat.👍🏻

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jom serbu Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera ANMS! 🎉

📅 Tarikh: 24 & 25 Ogos 2024
📍 Lokasi: Padang Taman Sembilang

Semua yang best-best ada dekat sini! 💃 Dari Kayuh Kilat hingga Zumba dan Pound. Jangan lepaskan peluang untuk berseronok dan menangi hadiah menarik, sambil kita sama-sama kukuhkan imuniti badan. 💪

Ajak kawan-kawan dan keluarga, kita jumpa di sana untuk gelak ketawa dan sihat dengan aktiviti best! 🌟🚀

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/10/01 09:24:06
Back to Top
HTML Embed Code: