Telegram Web Link
Mesti semua tak sabar nak tahu negeri dan sekolah seterusnya team BMSS@HePiLI negeri akan menjelajah kan? ๐Ÿ˜‰

Tiga negeri selanjutnya adalah Sarawak, Sabah dan Pahang.

Adik-adik yang berada di sekolah yang terpilih di negeri-negeri ini tunggu kedatangan kami ya ๐Ÿ˜ƒ

Jumpa nanti...

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL.

๐Ÿ’ŠSaban tahun keracunan ubat-ubatan merupakan kes tertinggi dalam senarai keracunan bahan kimia.

๐Ÿ’ŠKanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko tinggi 'termakan' ubat yang tidak disimpan dengan betul.

๐Ÿ’ŠAnda nak tahu bagaimana caranya untuk menyimpan ubat-ubatan dengan betul bagi mengelakkan insiden ini?

๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’•๐’๐’๐’•๐’๐’ ๐’—๐’Š๐’…๐’†๐’ ๐’Š๐’๐’Š ๐Ÿ˜‰

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Penularan penyakit cacar monyet berpunca daripada sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek yang tercemar seperti tuala dan pakaian.

Gejala akan bermula antara 5 - 21 hari selepas jangkitan.

Jika anda menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet, pantau gejala, elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bumi dah banyak sampah ni, so don't be a sampah masyarakat and create more waste. Reduce, reuse and recycle today so we can minimize waste.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐ŸฉบSekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Saya dah siap sedia nak jalan kaki dari ampang ke kelang..Ada berani??Hah..kalau nak kekal aktif, jom lakukan 10,000 langkah setiap hari..saya rasa saya dah terlebih langkah ni, silap2 kaki pun boleh hilang๐Ÿ˜œ

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ“ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.

Fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, sama ada ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Oleh itu, ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memang tak suka bila orang lain merokok atau vape pastu asap kena kat muka kita. Bukan semua benda kita kena kongsi. Dah lah tak sihat, pastu busuk lagi.

Fun fact: Perokok berisiko 2-4 kali lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung atau strok berbanding dengan yang tidak merokok. Oleh itu, jauhi Rokok & Vape

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐Ÿ“ข Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang serta penghasilan bunyi seterusnya menghasilkan gejala yang terdiri motorik dan vokal (simple dan kompleks). Sindrom Tourette berlaku ketika seseorang berusia 2 hingga 10 tahun. Mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai kesukaran mengawal pergerakan badan.

โœ… Gejala 'simple' hanya melibatkan satu kumpulan otot manakala gejala kompleks melibatkan lebih daripada satu kumpulan otot.

โœ… Gejala vokal merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan suaranya. Gejala vokal muncul lebih lambat berbanding gejala motorik. Sindrom Tourette boleh disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran yang dialami oleh seseorang kanak-kanak .

๐Ÿ“Œ Sila awasi sekiranya seseorang kanak-kanak menunjukkan gejala-gejala tersebut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengisytiharan Mpox Sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) Oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Nak lepak minum mana-mana boleh je..yang penting bila 'order' minta Satu Sudu Teh Gula dan kurang kan Susu Pekat dalam minuman Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, TIADA TERBAIK! Tambah manis dalam senyuman je lah ๐Ÿ˜

Budaya Hidup Sihat,Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐ŸŽˆ Jom datang beramai-ramai memeriahkan ๐—™๐—ถ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ก๐— ๐—ฆ!

๐Ÿ—“ Tarikh : 24 & 25 Ogos 2024
๐Ÿ“ Lokasi : Padang Taman Sembilang, Seberang Jaya

Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti dan cabaran kesihatan yang disediakan. Hadiah menarik menanti anda!

Mari bersama budayakan hidup sihat dan kukuhkan imuniti badan. Jumpa anda di sana! ๐ŸŒŸ

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS
Merdeka bukan sahaja bererti negara bebas daripada penaklukan penjajah, malah diri sendiri juga perlu bebas daripada penjajahan penyakit mulut.

Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dan dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Anda gemar mengunyah aisโ“

Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan gigi kita! โ„๏ธ๐Ÿฆท

Jaga senyuman anda dan elakkan daripada mengunyah ais.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sambutan Hari Nyamuk Sedunia Tahun 2024

Dengarkan di astro radio news esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Ahmad Mohiddin bin Mohd Ngesom, Pegawai Sains (Kaji Serangga) dari Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, KKM

#MalaysiaSihat
2024/09/30 06:33:27
Back to Top
HTML Embed Code: