Telegram Web Link
Hai apa khabar kitak orang Sarawak? πŸ₯³πŸ₯³. Kak Min nak madah yang Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends akan ke Negeri Sarawak !. πŸ₯³πŸ₯³. Juh mak bapak embak anak-anak dan keluarga kitak orang untuk sama-sama meramikan kembara di Permaisuri Imperial City Mall, Miri, Sarawak pada 19 hingga 21 Julai 2024.

Iboh lupak jumpa Kak Min dan team HePiLI kelak okey. Macam-macam aktiviti best nunggu kitak orang kelak. πŸ₯³πŸ₯³

#ANMS #HePiLI #didiandfriends
Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) diperkenalkan untuk memastikan penjawat awam kekal sihat dan cergas.

Fokus utama PSS adalah

πŸƒ Hidup aktif
🍱 Pemakanan sihat
🩺 Saringan kesihatan
πŸ“ Persekitaran yang menyokong
πŸ₯— Pemakanan selamat
πŸ‘‰ Pengiktirafan
πŸ“‹ Intervensi Kesihatan

Nantikan Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 21 Julai 2024 nanti di Dataran Putrajaya, Presint 3.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Masih ada masa untuk menyertai Cabaran Sihat MyHEALTH yang diadakan menerusi e-Majalah edisi Jun 2024. Jom sertainya. Kami mencari 15 penyertaan terawal. Anda mungkin menjadi salah seorang daripada pemenang cabaran ini.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
APA ITU PROBIOTIK & PREBIOTIK?

Tahukah anda? Usus kita merupakan salah satu organ penting dalam sistem penghadaman makanan manusia. Pelbagai masalah berkaitan usus seperti sembelit, keradangan, cirit-birit dan juga kanser kolon boleh berlaku jika kesihatan usus tidak dijaga.

Pengambilan probiotik dan prebiotik yang mencukupi dapat membantu dalam menangani dan mengurangkan risiko kepada masalah ini.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari bagi mendapatkan manfaat daripada keseimbangan sumber probiotik dan prebiotik ini.

Sumber: Nutritionist KKM
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected]

Kelayakan akademik dalam bidang sains sukan / pengurusan sukan / pendidikan sukan / kejurulatihan sukan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan ambil langkah-langkah melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.

Rajin-rajinlah jaga kebersihan persekitaran anda.

Kerajinan anda adalah penentu kehidupan sihat sejahtera.

#ANMS #sihatmilikku.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas πŸ‘΄πŸΌπŸ‘΅πŸΌ, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan πŸœπŸ›, amalan gaya hidup πŸšΆπŸΌβ€β™€οΈπŸ§˜πŸΌβ€β™€οΈ, penyakit serta ubatan yang diambil.

πŸ’‘Dikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Bagi wanita kehamilan🀰🏼adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi πŸ‘ΆπŸ» yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan πŸ₯¦πŸ—πŸ«˜ yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tukar papan pemotong jika terdapat kesan hitam walaupun telah dibersihkan atau yang telah berubah warna.

Elakkan daripada menggunakan papan pemotong kayu dan papan pemotong yang dibalut.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Badan yang sihat dipengaruhi oleh pemakanan dan juga gaya hidup. Nutrisi adalah penting untuk memastikan individu mengalami tumbesaran yang normal, perkembangan yang sejajar dengan umur serta memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

Pada umumnya, corak pemakanan yang sihat harus berpandukan piramid pemakanan mengikut keperluan individu. Jom mulakan dengan tabiat pengambilan snek secara bijak‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Ketahui tanda-tanda awal untuk mengambil langkah pencegahan dalam menguruskan kesihatan mental dan fizikal anda.

Sumber : Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/10/01 17:37:19
Back to Top
HTML Embed Code: