Telegram Web Link
Tip daripada pakar bagi mendorong kita untuk terus mengamalkan hidup yang sihat bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

💪 Bina semangat untuk melakukan senaman.
💪 Pakai pakaian yang sesuai dan selesa
💪 Bayangkan faedah yang anda akan dapat selepas tamat bersenam untuk memotivasikan diri.
💪 Berikan tumpuan kepada faedah yang akan kita dapat dalam jangka masa pendek berbanding jangka panjang.
💪 Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan minda anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Keracunan Makanan Boleh Membawa Maut

Jangan lupa sertai sesi Tiktok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Faridah Jafri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembelian secara atas talian bukanlah perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kerana ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Begitu juga dengan trend pembelian kosmetik.

Kita perlulah jadi pengguna yang bijak dengan menyemak dahulu status Notifikasi Kosmetik sebelum membuat pembelian.

Semakan nombor notifikasi boleh dibuat melalui aplikasi dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara iaitu NPRA Product Status yang boleh dimuatnaik di Google Play Store atau Apple App Store.

Sila hubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor di talian 0351237333 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Jadilah pengguna yang cantik, bijak dan selamat!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Keracunan Makanan Boleh Membawa Maut

Jangan lupa sertai sesi Tiktok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Faridah Jafri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pertandingan 90-minutes Aerobic Challenge sempena World Physical Activity Day (WOPAD) & Jelajah ANMS 2024 anjuran Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya!

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Lot Parking Padang Sintetik, Presint 4, Putrajaya

Imbas QR code untuk daftarkan pasukan anda sekarang! Wang tunai RM1,000 mungkin menjadi milik anda! Pendaftaran adalah PERCUMA!

#kolomposihat
#sihatmilikku
#ANMS
MyMinda adalah satu inisiatif digitalisasi perkhidmatan kesihatan mental yang ditawarkan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental kepada penduduk di Malaysia.

Untuk mengetahui tahap kesihatan mental, rakyat Malaysia boleh menjalani saringan kesihatan mental dengan menjawab soalan yang telah disediakan di dalam MyMinda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Saksikan rancangan Wanita Hari Ini TV3 pada pukul12.00 tengahari di TV3 bersama Dr. Muhammad haikal Ghazali, Pegawai Kesihatan Daerah dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membincangkan topik berkenaan Keracunan Makanan

#SihatMilikSelangor
Musim perayaan Aidiladha 🌙 ini, tentunya menu berasaskan daging korban menjadi tumpuan.

Tahukah anda kaedah nyahbeku (defrost) daging korban 🥩 yang selamat serta dapat mengekalkan kesegaran daging

Jangan ambil mudah‼️ Proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sempena hari raya Aidiladha 🌙, ibadah korban akan dijalankan dan papan pemotong akan digunakan untuk memotong daging korban. Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya.

Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang yang menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

⚠️ Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jika anda telah mencapai usia 18 tahun, inilah masanya untuk mengetahui status kesihatan anda melalui saringan kesihatan secara berkala.

Dengan saringan kesihatan, kita dapat menangani masalah sebelum menjadi lebih serius.

Anda boleh mendaftar saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera aatau terus ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan.

Ikuti tip penting sebelum menjalani ujian darah.

Jangan tunggu lagi. Lakukan saringan secara berkala untuk pencegahan awal!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jauhi tempat yang berpotensi untuk dijangkiti Leptospirosis semasa berkelah.

Antara gejala leptospirosis adalah demam, sakit otot, sakit perut, muntah, jaundis dan cirit-cirit.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Masakan berasaskan daging merah 🥩 merupakan salah satu menu kegemaran masyarakat Malaysia. Daging merah ada kebaikannya tersendiri. Yang penting jaga saiz hidangan daging yang diambil.

‼️Pastikan ambil secara sederhana dan tidak ambil secara berlebihan. Ikuti saranan pengambilan daging merah iaitu saiz daging tanpa lemak sebesar tapak tangan ✋🏻 bagi setiap hidangan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha 🌙, menu berasaskan daging 🍲 adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.

Ingat‼️Daging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging 🥩 secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Anda merancang untuk berkelah?

Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa!

➡️ Pilih kawasan yang bersih
➡️ Pilih kawasan air yang mengalir
➡️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi
➡️ Minum air yang telah dimasak

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Penyakit Jarang Jumpa sering menjadi rahsia dalam kehidupan kita di Malaysia. Bagi kebanyakan orang, kehadiran penyakit ini masih samar dan misteri namun bagi individu yang mengalaminya, setiap hari adalah cabaran yang sebenar untuk terus melangkah dengan kasih sayang yang tidak terbatas.

Mari kita sama-sama hayati kisah keluarga adik Abeer Jannah dan adik Inaara yang mendedahkan kisah pahit manis mereka menjaga pesakit Penyakit Jarang Jumpa.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/01 09:25:12
Back to Top
HTML Embed Code: