Telegram Web Link
Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Kematian Akibat Keracunan Makanan di Gombak, Selangor

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Penemuan NHMS 2023: 3 tambah 1?

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati 2.5 juta dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit. Ketahui lebih lanjut dalam e-majalah MyHealth for Life edisi Jun 2024 di https://bit.ly/4evITkj

Selain itu, jangan ketinggalan untuk membaca mengenai inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang akan dilancarkan Julai nanti, bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti terutamanya penjawat awam di Putrajaya. Edisi kali ini juga memaparkan perkongsian inspirasi oleh keluarga Penyakit Jarang Jumpa yang pasti memberi motivasi kepada kita semua.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Anda mungkin sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.

Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan makanan‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom tingkatkan imuniti badan dengan melakukan X-Break.

Luangkan masa setiap 2 jam untuk melakukan senaman x-break sekurang-kurangnya 3-5 minit untuk setiap sesi.

X-Break boleh dilakukan dimana-mana... di sekolah, di pejabat atau di rumah.

Kekal aktif & sihat sepanjang masa.

#ANMS #malaysiasihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
TIP CEGAH SEMBELIT DI KALANGAN WARGA EMAS

Semakin meningkat usia, warga emas berisiko mengalami pelbagai masalah termasuk sembelit. Punca masalah sembelit berlaku disebabkan olehperubahan fisiologi seperti kurang selera, mulut terasa kering dan ketiadaan gigi. Keadaan ini secara tidak langsung hadkan jenis makanan yang boleh mereka nikmati. Apabila berlarutan, golongan warga emas boleh mengalami masalah malnutrisi.

Bagi mengelakkan masalah sembelit yang mereka hadapi, pengambilan serat dan air perlu diutamakan. Pada masa yang sama, modifikasi pada hidangan makanan adalah perlu. Contohnya, memotong makanan ke saiz yang kecil dan masak sehingga makanan menjadi lembut.

Sumber: Nutritionist KKM
💡Tips Makanan Bersih dan Selamat

Boleh ke makan makanan yang jatuh di atas lantai? 🤔

YA .. atau
TIDAK

Sentiasa Perhati dan Pilih, Amalkan Lihat 👀, Hidu 👃🏻dan Rasa 👄 !

#worldfoodsafetyday2024
#WHO
#whofao
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
PERHATI & PILIH TELUR SEBELUM DIGUNAKAN DALAM MASAKAN❗️

Pastikan telur yang ingin digunakan dalam masakan benar-benar bersih dan selamat❗️

Macam mana untuk pastikan 🤔

Jom PKKM kongsikan langkah pencegahan yang perlu diambil bagi memastikan telur dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan dalam masakan anda😉

PKKM juga nak pesan….jangan lupa untuk sentiasa amalkan LIHAT👀, HIDU👃🏻 dan RASA 👅 sebelum makan, langkah mudah untuk elakkan keracunan makanan😊

#PerhatiDanPilih
#tipkeselamatanmakanan
#KeselamatanMakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Bersama Dr Kamarul Fauzee Zakaria, Pegawai Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah berkongsi mengenai Sambutan ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia dengan tema tahun ini “Terima kasih, penderma darah” di SELANGORfm 100.9 pada jam 2.30 petang
𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡‼️

⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.

🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.

⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian.

📢 Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli ikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna

𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jom sama-sama kita ikuti Pesanan Keselamatan Makanan seperti di bawah bagi memastikan makanan yang kita sediakan samaada dimakan sendiri atau dijual kepada orang awam adalah bersih dan selamat. Amalkan pesanan keselamatan makanan ini supaya kejadian keracunan makanan dapat dielakkan.

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#LihatHiduRasa
#ElakKeracunanMakanan
#SihatMilikSelangor
2024/11/15 15:36:38
Back to Top
HTML Embed Code: