Telegram Web Link
SENARAI PENUH JADUAL KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS 🀩

Jom rancang aktiviti bersama anak-anak dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends. Banyak aktiviti yang menarik tau sepanjang 3 HARI INI. Pasti anak-anak gembira!

Tarikh : 10 - 12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah.
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! πŸ₯³

#didiandfriends #hepili #kembarasihatsejahtera #hepili #kkm #muzikaldidiandfriends #villagemall #sungaipetanikedah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI DIDI & FRIENDS DAN KAK MIN NAK MAI KEDAH! πŸ₯³

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau, yang penting boleh menari dan menyanyi bersama Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

Tarikh : 10 -12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 😁

#didiandfriends #kedah #villagemall #sungaipetani #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #hepili
Tahukah anda❓

Penyusuan susu ibu bukan sahaja dapat membekalkan pelbagai nutrien penting malah dapat menyuburkan jiwa. Teruskan pemberian susu ibu sahaja kepada bayi daripada lahir sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh kedua ibu dan bayi melalui penyusuan susu ibu.
Hipoglisemia adalah apabila glukosa darah menurun ⏬ dibawah paras normal. Glukosa adalah satu sumber tenaga yang penting untuk badan, berasal dari makanan.

‼️Ketahui gejala-gejala dan cara untuk menguruskan Hipoglisemia.
World Hand Hygiene Day 2024

Setiap tahun pada 5 Mei, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan kempen SAVE LIVES: Clean Your Hands sempena sambutan World Hand Hygiene Day yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan dalam kalangan anggota kesihatan dan orang awam.

Tema bagi sambutan WHHD 2024 adalah berkaitan mempromosi pengetahuan dan pembangunan kapasiti anggota kesihatan melalui kaedah latihan dan pembelajaran inovatif dan berimpak tinggi dalam bidang pencegahan dan kawalan jangkitan termasuk kebersihan tangan.

Kepatuhan kepada amalan kebersihan tangan dalam kalangan anggota kesihatan adalah langkah utama yang terbukti berkesan dalam pencegahan kes jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan dan kerintangan antimikrob (antimicrobial resistance).

Selamat Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2024

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan
π’π‹πŽπ“ ππˆπ‚π€π‘π€ ππ‘πˆπ’πŒπ€ πŒπ”π“πˆπ€π‘π€ π…πŒ

"πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ²π‚π‡π€πŒππˆπŽπ π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„π‘π„π€π‹πˆπ’π€π’πˆπŠπ€π 𝐖𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ€π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ (π€ππŒπ’)"

Jangan lupa dengarkan Slot Bicara Prisma menerusi frekuensi 95.7 MHz / 90.9 MHz / 93.9 MHz mengenai topik :

"πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ²π‚π‡π€πŒππˆπŽπ π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„π‘π„π€π‹πˆπ’π€π’πˆπŠπ€π 𝐖𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ€π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ (π€ππŒπ’)"

bersama tetamu istimewa iaitu :

YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Faeza binti Abu Kassim
Pengerusi COMBI Negeri Pulau Pinang
Pakar Entomologi Perubatan
Pusat Pengajian Sains Kajihayat
Universiti Sains Malaysia (USM)

Slot Bicara Prisma akan bersiaran di MUTIARA FM - RTM Pulau Pinang pada ;

Tarikh : 06 Mei 2024 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Dengarkan beramai-ramai! Bantu kami kongsikan maklumat ini!

#jknpenang
#cpknpenang
#penangsihat
#bicaraprisma2024
πŸ•‹ Menjelang musim haji yang akan tiba tidak lama lagi, bakal jemaah haji sudah pasti sedang melakukan persiapan yang diperlukan.

Persediaan yang rapi dari setiap segi, termasuk yang berkaitan pengurusan penyakit dan ubat-ubatan adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan jemaah haji sentiasa berada tahap yang memuaskan. Keadaan kesihatan yang baik membolehkan jemaah melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Jom ketahui tip pengurusan ubat yang betul semasa menjalankan ibadah haji.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan πŸƒπŸΌβ€β™‚οΈπŸš΄πŸΌβ€β™‚οΈ dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

⚠️ Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
MAKAN SEGENGGAM KECIL KEKACANG

Legum membekalkan protein dari sumber tumbuh-tumbuhan. Legum merangkumi kekacang, lentil dan juga kacang soya. Mengikut Panduan Diet Malaysia 2020, kita disarankan untuk mengambil1 sajian legum sehari.

Jika anda mengambil kekacang, disarankan untuk makan segenggam kecil kekacang sahaja sekurang- kurangnya 4 kali seminggu kerana kandungan kalorinya yang tinggi.

Perlis Nutritionist

#kekacang
#legum
#makanlegumsetiaphari
#sumberproteintumbuhan
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Kehamilan Luar Rahim

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Nurul Iftida binti Basri, Pensyarah Perubatan & Pakar O&G dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM.

#ANMS #sihatmilikku
Obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung dan lain-lain lagi. Obesiti juga boleh menjejaskan fungsi sistem imuniti badan‼️
HPV 'Catch-Up'

Dengarkan di zayanfm pada pukul 9.00 pagi esok bersama Dr. Mardiana binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
HPV 'Catch-Up'

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi esok bersama Dr. Noorhaire Sumarlie bin Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
πŸ“Œ Cuaca musim panas bukan sahaja menjadi penyebab dehidrasi kepada tubuh badan, ianya juga turut mengundang binatang berbisa seperti ular.

Jom saksikan bual bicara dari panel jemputan khas Dr Chee Ri Church, Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Sultanah Nora Ismail, Dr Nur Adib Shafiq Bin Abu Bakar dan Inspektor Kesihatan Syairazi bin Ishak.

πŸ“† 8 Mei 2024 (Rabu)
⏰ 2:30 petang
β–Ά Live di page Fb Wellness Hub Batu Pahat

https://www.facebook.com/share/p/Wvq68q3JN7xf5MQs/?mibextid=oFDknk
2024/09/26 22:11:31
Back to Top
HTML Embed Code: