Telegram Web Link
Dah nak balik kampung ke tu? Eh, kejap-kejap..sebelum balik kampung tu, buat dulu senarai semak

➡️ Pastikan tiada bekas yang boleh jadi punca pembiakan Aedes
➡️ Buang bekas yang boleh menakung air
➡️ Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas menakung air

Dah selesai semua tu, barulah boleh pulang ke kampung dengan hati yang tenang.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KUPANG BERACUN 😱

Bagaimana keracunan tersebut berlaku

Jom, ambil tahu demi keselamatan bersama❗️

Dah tahu, kongsikan ye📨
Waspada Microsleep!

Ramai dah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

Dapatkan tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan berhenti rehat di tempat yang selamat jika rasa mengantuk.

Ingat, nyawa tiada ganti.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.

Jom amalkan aktiviti fizikal selama 150 hingga 300 minit seminggu dalam memupuk pembudayaan hidup sihat.

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pesanan BKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙

💡Tip Hari Raya Selamat Tanpa Keracunan Makan

Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya jangan lupa amalkan aspek keselamatan makanan.

Pastikan 5️⃣ Kunci Keselamatan Makanan ini dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Alamak, alamak, alamak raya lagi !

Adik-adik mesti selalu dengar dan nyanyi lagu yang trending ni kan.

Jom kami kongsikan tip kekal sihat menjelang Aidilfitri agar Aidilfitri kita bertambah meriah dan ceria.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pesanan BKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙

Tip Hari Raya Selamat Tanpa Keracunan Makanan ‼️

Anda bercadang nak membakar lemang?

Ingat….

Pilih bahan mentah seperti santan yang segar. Sebelum membeli tu..

Lihat sama ada santan tu segar atau tak..
Hidu adakah ada bau yang busuk atau masam..
Rasa sedikit dahulu sebelum guna
dan pastikan bahan serta peralatan dicuci sebelum diguna.

Jangan lupa share tips ni kepada keluarga dan kawan-kawan anda yaa ‼️

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Raya nanti jangan lupa pakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah dan sapu repelan untuk mengelak daripada gigitan nyamuk Aedes.

Dapatkan rawatan segera jika demam.

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa COVID-19 Di Malaysia Minggu Epidemiologi 14/52 (31 Mac –06 April 2024)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari Aktiviti Fizikal disambut pada 6 April 2024 setiap tahun.

Ingatlah untuk meluangkan masa 150 hingga 300 minit seminggu untuk aktiviti fizikal demi kesihatan yang lebih baik untuk semua!

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kejadian keracunan kerang-kerangan bertoksin atau Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) telah dilaporkan baru-baru ini di Negeri Sembilan. Analisa sampel air dan kupang di perairan Port Dickson oleh Jabatan Perikanan telah menemui kupang yang dicemari biotoksin dan terdapat alga berbahaya.

Dikongsikan info mengenai PSP dan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan keracunan.

Orang ramai dinasihati supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami keracunan.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kekal sihat semasa jerebu.

Sekiranya anda mengalami gejala seperti disenarai, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi memastikan anda kekal sihat semasa jerebu.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dalam perjalanan pulang ke kampung, tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya. Berbuka dalam keretalah nampaknya.

Tapi ingat! Jangan buang sampah dari kenderaan selepas berbuka. Kumpul sampah dalam plastik yang disediakan dalam kenderaan dan buang ditempat yang disediakan selepas sampai di destinasi.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bangun pagi rebus ketupat
Untuk dimakan di hari raya
Bersenamlah hingga menitik keringat
Sihat sejahtera kehidupan kita

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahniah kerana berjaya meraikan Aidilfitri tanpa asap rokok dan vape.

Kekalkan perubahan tingkah laku positif untuk tidak merokok selama-lamanya.

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/11/15 15:33:27
Back to Top
HTML Embed Code: