Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika seseorang itu mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh di kulit, pengamal perubatan akan mengambil cecair daripada tanda-tanda ruam kulit lepuh dan dihantar ke makmal untuk pengesahan menggunakan teknik PCR.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ketahui kaitan penyakit gusi dan penyakit kardiovaskular.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.
Bersama-sama kita mencegah kedua-dua penyakit ini!

#WorldHeartDay
#UseHeartForAction
#29september2024

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
👵👴 Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan kehidupan di usia emas dalam menentukan kesejahteraan hidup mereka.

❤️ Berikan sokongan dan dukungan kepada ibu bapa anda agar usia tua mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi daripada insan yang tersayang.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
👴🏻👴🏼Malaysia bakal mengalami peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan.

‼️Proses penuaan menyebabkan fungsi tubuh seseorang berubah. Fungsi organ warga emas lazimnya merosot berbanding individu yang lebih muda.

💥Orang awam termasuk warga emas hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa berada paras optimum sehingga ke akhir hayat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Kita perlu ada cita-cita, amal soleh sebagai ciri-ciri kehidupan. Kita perlu ada komitmen dan iltizam.

Warga kesihatan perlu beri contoh yang terbaik dalam budaya kerja, amalan pemakanan dan waktu riadah.

Kemudian contoh di sekolah sebagai tempat kita melatih anak-anak . Jualan barang dan makanan yang tidak sihat perlu dikawal di sekolah dari segi penggunaan gula dan mutu makanan yang terjamin.

Kemudian pemimpin politik, NGO dan masyarakat, semua perlu ada iltizam ini untuk kurangkan penggunaan gula"

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada hari ini, 1 Oktober 2024 🚭

Akta 852 ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepada golongan orang belum dewasa (OBD) daripada bahaya penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik/ vape.

Justeru itu, KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Apakah MPOX?

Dengarkan di borak seeni esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Rupinder Kaur, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#MalaysiaSihat
2024/10/01 22:12:01
Back to Top
HTML Embed Code: