Telegram Web Link
Kawan-kawan,
Jangan lupa bawa bekal air kosong ke sekolah dan ke mana sahaja. Pastikan minum air kosong secukupnya tau.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Denggi tak kenal siapa tapi kita boleh menang dengan langkah mudah ini. Jangan biar nyamuk menang. Jom!

1. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes
2. Sembur dan bunuh nyamuk
3. Lindungi diri

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

Jom ke Putrajaya Sihat Sejahtera menjelang 2030 pada 28 & 29 September ini.

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
28 September, Putrajaya - Pagi yang penuh bertenaga dengan Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Fun Run di Dataran Wawasan, Presint 2!

Dengan jarak 5km, acara ini dilepaskan oleh YB Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, bersama KSU Kementerian Kesihatan dan pengurusan tertinggi KKM, menyaksikan hampir 4,000 peserta mengambil bahagian.

#MalaysiaSihat #LangkahSihat

https://www.facebook.com/share/p/NeAVSFKGvcakbATm/?mibextid=oFDknk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana Jangkitan Mpox berlaku ?

Penularan jangkitan mpox melalui tiga cara iaitu melalui sentuhan langsung kepada kulit penghidap mpox, persekitaran dan melalui titisan pernafasan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pagi ni penuh vibe positif dengan Langkah Sihat Fun Run di Dataran Wawasan, Presint 2 yang dilepaskan oleh YB Menteri Kesihatan.

Nak lebih fun? Jom datang 28 & 29 September di sini. Banyak aktiviti menarik menanti korang! Plus, cabutan bertuah pun ada, hadiah best-best tau! Jangan ketinggalan, let's have fun and stay fit bersama keluarga & geng-geng korang!

#MalaysiaSihat #LangkahSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita perlu bijak menjaga kesihatan diri. Jom mulakan dengan mengurangkan pengambilan gula! FYI, 1 daripada 2 dewasa di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti dan 1 daripada 6 dewasa menghidap diabetes (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2023).

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ke Arah Putrajaya Sihat Sejahtera

Dengarkan di KLfm pada pukul 4.30 petang bersama En. Munshi bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

KLfm akan bersiaran di DJ Corner sempena Putrajaya Sihat Sejahtera yang diadakan di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah punca Mpox

Punca mpox adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox dan jangkitan adalah melalui direct contact dengan individu yang telah dijangkiti mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saringan kesihatan adalah salah satu langkah penting dalam menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Salah satu manfaat terbesar saringan adalah pengesanan awal pelbagai penyakit ataupun masalah kesihatan.

Saya sudah disaring, anda bila lagi?

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kemeriahan Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera hari ini terus dirasai! Aktiviti menarik masih berlangsung hingga petang ini dan esok. Jom datang beramai-ramai dan sertai keseronokan bersama!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Chit Chat Santai di Zon War On Sugar dengan topik Gula: Manis Yang Membunuh bersama tetamu jemputan Dr. Aizuniza (Bahagian Kawalan Penyakit,KKM), Encik Amba (Pesakit Diabetes) dan Puan Syakirah (Kedidi Kaki Palsu).

https://www.facebook.com/share/v/PUWvHwkBufCZESPV/?mibextid=oFDknk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua

Alhamdulilah
Jom datang putrajaya sabtu dan ahad ini…
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.

Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.

Mari!!! Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan!! Agenda Nasional Malaysia Sihat

Jom datang beramai-ramai ke Putrajaya Sihat Sejahtera yang dibawa oleh Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Ada macam2 aktiviti & hadiah menarik!

📅Tarikh: 28-29 Sept 2024
📍Lokasi: Dataran Wawasan, Presint 2 Putrajaya

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stress tu normal, tapi kita kena pandai urus, okay? Cuba TAKE 5 ni:

1️⃣ Kekal Berhubung
2️⃣ Aktifkan Diri
3️⃣ Syukur
4️⃣ Teroka Minat
5️⃣ Beri kepada orang lain

It will make a difference!
Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan
Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Berikut adalah Pengisian Aktiviti Sambutan BMSS @ Putrajaya untuk hari kedua (hari terakhir).

Jom ajak ahli keluarga dan rakan-rakan beramai-ramai datang ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2 untuk turut sama memeriahkan sambutan ini!

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apa beza Mpox dan Chicken Pox

Perbezaan Mpox dan Chicken Pox adalah jangkitan daripada dua jenis virus yang berlainan.

Tanda-tanda dan gejala agak sukar dibezakan. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam yang diragui, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Mereka yang dijangkiti mpox juga biasanya akan mengalami bengkak kelenjar limfa.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini.

Bagi memantapkan dan mengukuhkan ANMS terutama berkaitan pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, KKM telah memperkenalkan PSS dengan menetapkan visi berikut iaitu penjawat awam kekal sihat sejahtera dan produktif dengan misi untuk menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam. PSS menyenaraikan beberapa objektif untuk dicapai.

Inisiatif PSS dilaksanakan bermula tahun 2024 sehingga 2030 dimulai dengan fasa rintis pada 2024 sehingga 2025. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah merekodkan sejumlah 67,855 penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya melibatkan 26 agensi kerajaan di Putrajaya. Penjawat awam merupakan sumber dan aset penting kerajaan dalam penyediaan dasar, polisi serta pembangunan perancangan strategik untuk menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat.

Taraf kesihatan penjawat awam amat penting dalam usaha ke arah merealisasikan Visi “Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia”. Bagi menjayakan usaha tersebut, penjawat awam di pelbagai peringkat wajib memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap serta persekitaran produktif demi pembangunan Negara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

https://www.facebook.com/share/p/eFbcecswcoCGaUsS/?mibextid=WC7FNe
Kesihatan Mental

Dengarkan di KLfm pada pukul 2.00 petang bersama En. Mohamad Hafiyzan bin Mohamad Khairizan , Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

KLfm akan bersiaran di DJ Corner sempena Putrajaya Sihat Sejahtera yang diadakan di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

#MalaysiaSihat
Tahukah anda nyamuk aedes boleh dihapuskan?
Hanya 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah untuk memastikan nyamuk tidak membiak. Anda boleh!

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/01 09:35:00
Back to Top
HTML Embed Code: