Telegram Web Link
Tahukah adik-adik, amalan 3R (reduce, reuse, recycle) mampu mengekalkan kebersihan alam sekitar untuk kesihatan kita semua 🤗

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah penyakit Mpox?

Mpox merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia merupakan jangkitan zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia tetapi buat masa ini, jangkitan mpox berlaku daripada manusia kepada manusia.

Pada 14 Ogos 2024, WHO telah mengisytiharkan semula mpox sebagai public health emergency of international concern kerana kes clade 1b yang sedang berleluasa lebih merebak.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hey guys! Rumah kita bersih, bumi pun mesti bersih, kan? Jangan lupa buang sampah kat tempat yang betul, especially plastik. Nampak kecik je, tapi kalau terkumpul banyak, boleh jadi masalah besar macam banjir kilat. Jom kita mula amalkan kitar semula, asingkan plastik, kertas dan kaca. Sisa elektronik? Hantar kat pusat e-waste, elak bahan toksik merosakkan tanah kita.

Oh ya, jangan lupa join saya di Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 28-29 September di Dataran Wawasan Presint 2, Putrajaya! Banyak aktiviti fun macam Zumba Neon, face painting, gusti lengan & saringan kesihatan! Let’s have fun and stay healthy! 💪 See you there!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
1 Hari lagi!

Jom beramai ke Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya 2024 esok di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Bawa keluarga dan rakan-rakan anda bersama-sama memeriahkan suasana❤️.

#MalaysiaSihat
Adakah anda menghidap penyakit jantung?
Sekiranya ya, adakah anda khuatir gigi anda tidak boleh dicabut?

Anda boleh mendapatkan rawatan cabutan gigi walaupun anda ada penyakit jantung, tetapi perlu ingat, pastikan tip di bawah diikuti supaya rawatan pergigian anda berjalan lancar ya!

#WorldHeartDay
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah gejala penyakit mpox?

Seseorang yang dijangkiti mpox selalunya akan demam, rasa lemah tubuh badan, sakit kepala dan bengkak kelenjar limfa, tetapi selalunya individu yang dijangkiti akan pergi ke fasiliti kesihatan apabila terdapat ruam berisi cecair atau tanda lepuh di kulit.

Gejala boleh mula muncul dalam tempoh 7-10 hari selepas terdedah kepada virus monkeypox namun boleh membawa ke tempoh 21 hari untuk menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom sama-sama jauhi rokok & vape! 🚫💨 Kalau boleh jangan mulakan tabiat yang tak sihat ni, nanti menyesal. Fakta ni seram - pada 2022, penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat 5% berbanding 2017! (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/09/27 07:29:05
Back to Top
HTML Embed Code: