Telegram Web Link
๐Ÿ’ฅ ๐—ก๐—ฒ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐˜† ๐—ถ๐˜€ ๐—ฐ๐—ผ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ผ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ! ๐Ÿ’ฅ

Bersedia untuk gegar malam anda dengan Zin Nanie, Zin Ema, Coach Ai dan ramai lagi untuk sesi ๐—ญ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ, ๐—”๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ & ๐—›๐—ถ๐—ฝ ๐—›๐—ผ๐—ฝ! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ Neon lights, vibes gempak dan workout yang pasti seronok! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… Tarikh: 28 September 2024
โฐ Masa: 8.00 pm - 10.00 pm
๐Ÿ“ Lokasi: Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2

Jom ajak kawan-kawan, kita enjoy cara sihat dan penuh warna-warni! ๐ŸŽ‰๐Ÿ’ช

Daftar cepat kat sini ๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/s2f4DvoBsFPBTBKG9

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah adik-adik, amalan 3R (reduce, reuse, recycle) mampu mengekalkan kebersihan alam sekitar untuk kesihatan kita semua ๐Ÿค—

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah penyakit Mpox?

Mpox merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia merupakan jangkitan zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia tetapi buat masa ini, jangkitan mpox berlaku daripada manusia kepada manusia.

Pada 14 Ogos 2024, WHO telah mengisytiharkan semula mpox sebagai public health emergency of international concern kerana kes clade 1b yang sedang berleluasa lebih merebak.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hey guys! Rumah kita bersih, bumi pun mesti bersih, kan? Jangan lupa buang sampah kat tempat yang betul, especially plastik. Nampak kecik je, tapi kalau terkumpul banyak, boleh jadi masalah besar macam banjir kilat. Jom kita mula amalkan kitar semula, asingkan plastik, kertas dan kaca. Sisa elektronik? Hantar kat pusat e-waste, elak bahan toksik merosakkan tanah kita.

Oh ya, jangan lupa join saya di Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 28-29 September di Dataran Wawasan Presint 2, Putrajaya! Banyak aktiviti fun macam Zumba Neon, face painting, gusti lengan & saringan kesihatan! Letโ€™s have fun and stay healthy! ๐Ÿ’ช See you there!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai โ€œpsoriatic arthritisโ€. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
1 Hari lagi!

Jom beramai ke Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya 2024 esok di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Bawa keluarga dan rakan-rakan anda bersama-sama memeriahkan suasanaโค๏ธ.

#MalaysiaSihat
Adakah anda menghidap penyakit jantung?
Sekiranya ya, adakah anda khuatir gigi anda tidak boleh dicabut?

Anda boleh mendapatkan rawatan cabutan gigi walaupun anda ada penyakit jantung, tetapi perlu ingat, pastikan tip di bawah diikuti supaya rawatan pergigian anda berjalan lancar ya!

#WorldHeartDay
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah gejala penyakit mpox?

Seseorang yang dijangkiti mpox selalunya akan demam, rasa lemah tubuh badan, sakit kepala dan bengkak kelenjar limfa, tetapi selalunya individu yang dijangkiti akan pergi ke fasiliti kesihatan apabila terdapat ruam berisi cecair atau tanda lepuh di kulit.

Gejala boleh mula muncul dalam tempoh 7-10 hari selepas terdedah kepada virus monkeypox namun boleh membawa ke tempoh 21 hari untuk menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom sama-sama jauhi rokok & vape! ๐Ÿšซ๐Ÿ’จ Kalau boleh jangan mulakan tabiat yang tak sihat ni, nanti menyesal. Fakta ni seram - pada 2022, penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat 5% berbanding 2017! (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ingat adik-adik, sebelum makan sesuatu makanan, Lihat, Hidup dan Rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan keracunan makanan.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
๐ŸŒ๐Ÿ’Š Pelupusan ubat yang selamat adalah tanggungjawab kita semua!

Ramai masih tidak sedar bahawa ubat yang dibuang bersama sampah atau ke dalam tandas boleh mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan inisiatif MyMediSAFE, program yang memudahkan orang ramai untuk melupuskan ubat-ubatan yang tak digunakan atau luput dengan cara yang betul.

MyMediSAFE merupakan kolaborasi strategik antara pelbagai organisasi dari sektor awam dan swasta. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 149 pusat pengumpulan sektor awam dan 705 pusat pengumpulan sektor swasta yang boleh dikunjungi oleh orang awam untuk melupuskan ubat-ubatan yang telah luput, rosak atau tidak digunakan.

Anda hanya perlu bawa ubat ke pusat pengumpulan di farmasi berdekatan atau kemudahan kesihatan yang terpilih, dan ubat tersebut akan dilupuskan dengan selamat.

Amalkan pelupusan ubat yang selamat, bukan saja untuk kesihatan kita, tetapi juga demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

#kenaliubatanda #pharmacists #mymedisafe #pelupusanubat

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Saya ingin tegaskan Sambutan Malaysia Sihat Sejahtera, Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Penggunaan Gula hanya akan berkesan jika mulai sekarang kita mengambil tindakan untuk membudayakan hidup sihat. Gerai-gerai makanan perlu dipantau sekarang.

Jangan korbankan orang lain.Penggunaan gula dalam makanan dan minuman seolah-olah memberi sumbangan ke arah kerosakan badan dan kesihatan pembeli dan pengguna.. "

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DAN GANGGUAN LALU LINTAS SEMENTARA BAGI PROGRAM LANGKAH SIHAT BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA FUN RUN

Mohon semua pengguna merancang perjalanan dan berhati-hati di jalan raya serta mematuhi arahan petugas keselamatan.

#langkahsihatbulanmalaysiasihatsejahtera #langkahsihatbulanmalaysiaputrajaya #perbadananputrajaya #JomRun #jomrun #gangguanlalulintasputrajaya #penutupanjalanputrajaya

Sumber: Perbadanan Putrajaya
2024/09/27 11:21:07
Back to Top
HTML Embed Code: