Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sampah yang tidak diurus dengan baik berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes!

Pastikan persekitaran rumah anda juga tiada sampah yang boleh menyebabkan apa-apa penyakit.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit:@chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
⭐️ 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰 akan penuhi hujung minggu anda! ⭐️

Mari sertai kami pada:
📅 Tarikh: 𝟮𝟴 & 𝟮𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 Lokasi: 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗻𝘁 𝟮

Pelbagai acara menarik menanti anda seperti 𝗭𝗼𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗶𝗳, 𝗭𝘂𝗺𝗯𝗮 𝗡𝗲𝗼𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳, 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 dan banyak lagi! 🏃‍♀️🏅

Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵!

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk datang beramai-ramai, kerana kesihatan kita tanggungjawab bersama. Jumpa anda di sana!

#MalaysiaSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🌟 Jom kita ke 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 peringkat Kebangsaan 2024! 🌟

📅 Tarikh: 𝟮𝟴 & 𝟮𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 Lokasi: 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗻𝘁 𝟮

Banyak aktiviti seronok seperti 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳, 𝗭𝘂𝗺𝗯𝗮 𝗡𝗲𝗼𝗻, 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 dan banyak lagi! 🏃‍♀️

Yang lagi best, selebriti/ pempengaruh kegemaran anda seperti Achey, Bell Ngasri, Mekyun dan Atu Zero pun akan turut hadir memeriahkan suasana. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan mereka! Jumpa anda di sana! 🌟🎉

#MalaysiaSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Lupuskan ubat dengan cara selamat 💊 Lindungi alam sekitar untuk generasi akan datang🌍

Pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang salah akan meninggalkan sisa farmaseutikal di dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut. Sisa farmaseutikal ini berkemungkinan untuk kekal dalam rantaian makanan dan akhirnya akan memudarakan kesihatan manusia.

Oleh itu, Program MyMediSAFE telah diperkenalkan sebagai inisiatif yang memberi fokus kepada pelupusan ubat-ubatan yang selamat. Inisiatif ini dilaksanakan secara kolaborasi dengan pelbagai rakan strategik dari sektor awam dan swasta, meliputi fasiliti kesihatan, farmasi komuniti serta industri farmaseutikal.

Layari laman web www.mymedisafe.org.my untuk ketauhi lebih lanjut mengenai MyMediSAFE 🤗

#kenaliubatanda #pharmacists #mymedisafe #pelupusanubat

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Pengisian Aktiviti Sambutan BMSS @ Putrajaya

📅Tarikh : 28 - 29 September 2024
☀️Hari : Sabtu - Ahad
📍Tempat : Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2
Masa : 6.30 pagi - 10 malam

Banyak aktiviti menarik menanti anda

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
💥 𝗡𝗲𝗼𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘁𝘆 𝗶𝘀 𝗰𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗼 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮! 💥

Bersedia untuk gegar malam anda dengan Zin Nanie, Zin Ema, Coach Ai dan ramai lagi untuk sesi 𝗭𝘂𝗺𝗯𝗮, 𝗔𝗲𝗿𝗼𝗱𝗮𝗻𝗰𝗲 & 𝗛𝗶𝗽 𝗛𝗼𝗽! 💃🕺 Neon lights, vibes gempak dan workout yang pasti seronok! 🔥

📅 Tarikh: 28 September 2024
Masa: 8.00 pm - 10.00 pm
📍 Lokasi: Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2

Jom ajak kawan-kawan, kita enjoy cara sihat dan penuh warna-warni! 🎉💪

Daftar cepat kat sini 👉 https://forms.gle/s2f4DvoBsFPBTBKG9

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah adik-adik, amalan 3R (reduce, reuse, recycle) mampu mengekalkan kebersihan alam sekitar untuk kesihatan kita semua 🤗

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah penyakit Mpox?

Mpox merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia merupakan jangkitan zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia tetapi buat masa ini, jangkitan mpox berlaku daripada manusia kepada manusia.

Pada 14 Ogos 2024, WHO telah mengisytiharkan semula mpox sebagai public health emergency of international concern kerana kes clade 1b yang sedang berleluasa lebih merebak.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hey guys! Rumah kita bersih, bumi pun mesti bersih, kan? Jangan lupa buang sampah kat tempat yang betul, especially plastik. Nampak kecik je, tapi kalau terkumpul banyak, boleh jadi masalah besar macam banjir kilat. Jom kita mula amalkan kitar semula, asingkan plastik, kertas dan kaca. Sisa elektronik? Hantar kat pusat e-waste, elak bahan toksik merosakkan tanah kita.

Oh ya, jangan lupa join saya di Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 28-29 September di Dataran Wawasan Presint 2, Putrajaya! Banyak aktiviti fun macam Zumba Neon, face painting, gusti lengan & saringan kesihatan! Let’s have fun and stay healthy! 💪 See you there!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/01 12:26:51
Back to Top
HTML Embed Code: