Telegram Web Link
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat bertujuan untuk meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), dengan fokus melahirkan penjawat awam yang sihat dan produktif.

Melalui pendekatan Whole of Nation, kejayaan PSS bergantung kepada pemerkasaan penjawat awam dan komitmen semua Kementerian, Jabatan, dan Agensi untuk memastikan kesejahteraan kesihatan diterapkan dalam semua polisi.

Mesyuarat dihadiri oleh YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.
Hai adik-adik,

Sentiasa amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul untuk mengelak penyebaran penyakit.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PUTRAJAYA- Kerajaan meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan itu bagi menjayakan hasrat kerajaan melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya terus berfungsi dengan produktif dalam membangunkan negara Malaysia.

https://www.kosmo.com.my/2024/09/24/kerajaan-luluskan-pelan-strategik-putrajaya-sihat-sejahtera-lahir-penjawat-awam-sihat/
Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober 2024.

Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Persekitaran yang bersih meransang badan yang sihat dan minda yang sejahtera.

Ayuh sama-sama kita praktiskan amalan berikut demi persekitaran yang lebih bersih!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
3 hari lagi!

Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya akan diadakan di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Jom beramai-ramai memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Nak jumpa si cantik manis Mek Yun secara langsung?

Jom ke Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera dan sertai cabaran sihat bersama Mek Yun!

Terdapat hadiah menarik juga untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang ini!

Jom semua ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2 pada 28 September 2024.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ini ‘Perang’ Yang Kita Susah Nak Menang, Asyik Kalah Je Walau Banyak Kali Cuba

Baca sini: https://siakapkeli.my/.../ini-perang-yang-kita-susah-nak.../

Sumber: Siakap Keli Press
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sentiasa kurangkan pengambilan gula di dalam makanan & minuman.Sentiasa dapatkan nutrisi yang baik untuk badan.

Nak kekalkan badan yang sihat bermula dari pemakanan kita.

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Yok orang Johor ke Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan Hari Warga Emas Sedunia Jabatan Kesihatan Negeri Johor !

🗓5-6 Oktober 2024 I Sabtu-Ahad
📌Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat
Dirasmikan oleh: YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi (Menteri Besar Johor)

Pelbagai aktiviti menarik yang dibawakan khas untuk warga Johor antaranya adalah Fun Run BMSS, Neon Nite Ride, Forum Warga Emas & Wanita Waja, Saringan kesihatan dan banyak lagi. Ada juga jualan sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga runtuh🤩.

Apa tunggu lagi, tandakan tarikh sambutan pada kalendar anda dan hadirkan diri beramai-ramai😁

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #HariWargaEmas

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Senaman Aerobik adalah senaman kardiovaskular dimana jantung dan paru-paru bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.

Jom X-Break!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-melkan permohonan segera ke [email protected]
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
AMALKAN 3R!!! Dengan mengamalkan 3R, kita dapat membantu mengurangkan pencemaran, menjimatkan sumber semula jadi, dan memastikan masa depan yang lebih bersih dan hijau.

Jom datang beramai-ramai ke Putrajaya Sihat Sejahtera yang dibawa oleh Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Ada macam2 aktiviti & hadiah menarik!

📅Tarikh: 28-29 Sept 2024
📍Lokasi: Dataran Wawasan, Presint 2 Putrajaya

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyakit kencing manis Malaysia merupakan rekod tertinggi di Asia. Perkara ini tidak harus dibanggakan kerana ia menunjukkan tiada kecelikan kesihatan rakyat.

Selamatkan ahli keluarga kita dengan mengawal pengambilan gula harian.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
MPOX

Dengarkan di astro Radio News esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Mohd Hanif bin Zailani, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat
2024/09/27 07:32:09
Back to Top
HTML Embed Code: