Telegram Web Link
Salam semua
Alhamdulilah
Semua sihat😁
Anda dah buat saringan kesihatan? πŸ€”

Ia PENTING untuk kesan awal penyakit, walaupun tiada gejala! πŸ’ͺ

Tujuannya? Mengurangkan risiko penyakit atau merawatnya dengan lebih efektif. Cara mudah untuk pastikan anda sihat. 🌟

Ujian ini PERCUMA di fasiliti kesihatan kerajaan dan semasa program kesihatan di lapangan macam di Majlis Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Port Dickson hujung minggu ni. Saya pun buat percuma 🀣

Jom, budayakan hidup sihat & kukuhkan imuniti badan!

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua..

Merokok berbahaya untuk kesihatan!!!

Bukan sahaja di kedai makan, di bus stop juga.

Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Jadi… begini lah cara nya jika mahu menegur

Jangan lupa ramai2 datang ke Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ANMS pada 6-8 September 2024 di Pantai Batu 1, Port Dickson.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lakukan saringan awal..

Kalau korang tak buat apa-apa, jom datang ke event Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Pantai Batu 1, Port Dickson. Saya pun ada.. nak buat saringan kat sana pun boleh.

Kita sama-sama gayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Saksikan secara langsung Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula.

Disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri πŸ‡²πŸ‡Ύ

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

https://www.facebook.com/share/v/3WnyhTxxwfzs6GsD/?mibextid=oFDknk
Hari ke-3, Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Kebangsaan.

Pelepasan peserta Langkah Sihat BMSS oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkifli Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, melibatkan lebih 4,000 orang yang menyertai Langkah Sihat

Turut hadir sama Dato' Sri Suriani binti Dato Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Razi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Datuk Dr. Norhayati binti Rosli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
https://www.facebook.com/share/p/as8kFJ2XR2y1N3ag/?mibextid=oFDknk
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula pada majlis sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Port Dickson, hari ini.

Program yang meriah ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

DLKK merupakan sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2020–2030. Ia merupakan langkah strategik kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap literasikesihatan (celik kesihatan) rakyat Malaysia kearah pembudayaan hidup sihat, seterusnya membendung kejadian penyakit dari terus meningkat.

Dalam konteks hari ini, kebergantungan orang ramai kepada sumber maklumat dalam talian adalah suatu cabaran tersendiri kerana kesahihan dan kualiti maklumat yang dicapaitidak dapat dijamin.

Oleh itu, tahap literasi kesihatan rakyat perlu ditingkatkan secara inklusif. Ini boleh dicapai dengan memperkasa kemahiran untukmengakses maklumat kesihatan daripada sumber yang berkredibiliti, memahaminya secara menyeluruh, menilainya secara kritikal, dan mengambil tindakan demi kesejahteraan diri.

Dalam majlis sama YAB Perdana Menteri turut melancarkan Kempen Perangi Gula, iaitu satu mandat yang diberikan kepada semua pihak dalam mengurangkan pengambilan gula.

Pengambilan gula secara berlebihan dalamjangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan, karies gigi dan juga diabetes. Peningkatan prevalent penyakit tidakberjangkit (NCD) terutamanya diabetes ini membebankan kerajaan kerana terpaksa menganggung kos rawatan yang lebih tinggi.

KKM berharap agar inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini akan terus mendapat sambutan dan sokongan masyarakat agar dapat meningkatkan tahap kesihatan di Malaysia.

Turut hadir, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

https://www.facebook.com/share/p/XkTwTqCneRhE2upS/?mibextid=oFDknk
Kecelikan kesihatan terhadap usaha mengurangkan pengambilan gula masih rendah di kalangan masyarakat jika dibandingkan dengan obesiti dan kencing manis yang tinggi dan membimbangkan.

Peringatan tersebut saya lontarkan sewaktu berucap merasmikan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024; Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula hari ini.

Saya maklumkan hadirin bahawa pendidikan kesihatan di Malaysia telah menerima peruntukan kesihatan terbesar berbanding negara-negara membangun yang lain hatta keseimbangan dalam menjaga kesihatan secara rohani dan fizikal perlu dipertahankan.

Justeru saya menyeru pentingnya amalan wasatiyah (bersederhana) dan tidak membazir yang perlu diberi penekanan lebih berat demi menjaga kesihatan masing-masing dengan lebih serius.

Terkait program, saya tekankan kempen ini perlu sentiasa diteruskan dan dilaksanakan secara berkesan dengan mengambilkira statistik terkini bahawa 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes selain penghidap penyakit kronik lain di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia.

-

The community's health literacy regarding efforts to reduce sugar intake still lags behind the high and concerning levels of obesity and diabetes.

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim -

#MalaysiaMADANI

https://www.facebook.com/share/p/gzqucRDqQaz9wBH8/?mibextid=WC7FNe
Kesihatan Mental : Ubah Tanggapan, Bina Harapan

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Noor Raihan binti Khamal, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

#MalaysiaSihat
BMSS@HePiLI diteruskan lagi di dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Adik-adik yang berada di sekolah-sekolah yang akan team HePiLI negeri kunjungi nanti jangan lupa tunggu kami ya πŸ˜ƒ.

Pelbagai aktiviti menarik menanti adik- adik nanti.

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

*Takwim adalah tertakluk kepada perubahan

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ingat kawan-kawan, jangan lupa cuci tangan untuk mengelak jangkitan penyakit tau πŸ˜ƒ

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Terdapat ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada wanita hamil serta bayi dalam kandungan.

Pengambilan ubat oleh wanita hamil perlu diberi perhatian kerana sesetengah ubat boleh merentasi plasenta dan memberi kesan kepada ibu ayau bayi dalam kandungan.

Berikut adalah tip pengambilan ubat yang selamat semasa hamil.

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI
Penyakit Kanser dalam Kalangan Kanak-kanak

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3

Tarikh : 10 September 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Panel :
Dr. Kogilavani Gunasagaran
Pakar Pediatrik Hemato-Onkologi
Hospital Tunku Azizah

#MalaysiaSihat
Tahu tak kawan-kawan, rokok dan vape bahaya kepada kesihatan kita dan orang yang kita sayang. Ayuh! Katakan TIDAK kepada rokok dan vape ❌

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Hai adik-adik

Tak lama lagi dah cuti sekolah kan?

Jom jumpa Kak Min dan Didi & Friends di MITC Melaka pada 13,14 & 15 September nantiπŸ₯🐀

Ajak mak ayah pakat turun beramai-ramai, luangkan masa dan berseronok sambil belajar bersama kami dengan pelbagai program, aktiviti dan pameran disediakan.

Pasti tak menyesal datang tau🫢

#inijamMelakaSihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Langkah Sihat BMSS 2024

Ayuh semua, sertai Langkah Sihat BMSS 2024.

Jom mulakan Langkah Sihat BMSS 2024 seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Pendaftaran mulai 9 September 2024 – 15 September 2024
πŸƒπŸ½16 September 2024 hingga 15 Oktober 2024 (30 hari)

πŸ‘Ÿ10,000 langkah sehari
πŸ“±Daftar melalui link: https://getbiib.com/events/1198

Daftar sekarang dan berpeluang menangi hadiah menarik. Setiap langkah amat bermakna selain dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.

Jangan lupa. Pilih team ( negeri ) mengikut tempat anda berkerja.

Jom semua, kita budayakan hidup sihat!

#KukuhkanImunitiBadan #MalaysiaSihat
✨Wanita Teristimewa✨

Saksikan kami di FB Live Wellness Hub Batu Pahat

πŸ”— https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
πŸ—“οΈ 11.09.2024 (Rabu)
πŸ• 3.00 petang
Jangan lupa πŸ”’ lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🀞

#WellnessHubBP #MalaysiaSihatSejahtera #ANMS #KekalSihat #BPHebat
2024/09/29 16:24:05
Back to Top
HTML Embed Code: