Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pengambilan gula yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

Dapatan daripada NHMS 2023 menunjukkan 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis dan lebih daripada separuh rakyat Malaysia dewasa adalah gemuk.

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh. Gula terdapat dalam sumber semulajadi seperti nasi, susu dan buah-buahan.

Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan sistem imuniti badan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula adalah 10% daripada jumlah tenaga sehari dalam makanan dan minuman. Baca label ketika membeli produk makanan dan minuman. Pilih produk yang kurang gula atau tiada gula tambahan.

Biasakan deria rasa kita untuk kurang manis.

Jom kawal pengambilan gula harian. 1 sudu teh sudah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

Budayakan hidup sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 05 September 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi

Panel :
Dr. Affendi bin Isa
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#MalaysiaSihat
๐’๐‹๐Ž๐“ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐‘๐ˆ๐’๐Œ๐€ ๐Œ๐”๐“๐ˆ๐€๐‘๐€ ๐…๐Œ
"๐Œ๐๐Ž๐— : ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐†๐„๐‰๐€๐‹๐€, ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐€๐"

Jangan lupa dengarkan Slot Bicara Prisma menerusi frekuensi 95.7 MHz / 90.9 MHz / 93.9 MHz mengenai topik :

"๐Œ๐๐Ž๐— : ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐†๐„๐‰๐€๐‹๐€, ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐€๐"

bersama tetamu istimewa iaitu :
YBrs. Dr. Noor Farhana binti Mohd. Fathil
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit
Bahagian Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)

Slot Bicara Prisma akan bersiaran di MUTIARA FM - RTM Pulau Pinang pada ;

Tarikh : 05 September 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 3.00 petang

Dengarkan beramai-ramai! Bantu kami kongsikan maklumat ini!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Dengarkan di Negerifm esok pada pukul 3.15 petang bersama Pn. Norlaily binti Md. Nasir, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

#MalaysiaSihat
Ayuh! Bebaskan diri anda daripada sakit gigi!

Kandungan fluorida dalam ubat gigi amat penting untuk membantu mencegah kejadian karies berlaku.

Karies tiada, sakit pun tiada.

Mulakan dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida โค๏ธ

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Celik minda dan ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan mpox.

Lindungi Diri Cegah Mpox.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan memeriahkan Negeri Sembilan hujung minggu ini! ๐Ÿ“ข

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Kebangsaan 2024 akan menemui anda! ๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฒ, ๐Ÿณ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐Ÿญ, ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ฐ๐—ธ๐˜€๐—ผ๐—ป, ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป

Ada pelbagai aktiviti menarik seperti Zumbaton, Jualan Rahmah dan Saringan Kesihatan.

Jangan lupa tau ajak kawan-kawan dan keluarga bersantai di tepi pantai! ๐Ÿ–

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula akan diadakan dalam tempoh 1 hari lagi!

Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Baik berkepuk duit dari berkepuk asap tu..Sayangila diri anda dan orang yang anda cintai. Pilihlah untuk hidup tanpa rokokโ€ฆ

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan memeriahkan Negeri Sembilan!!

Jom jumpa saya disana pada 8 September 2024 di Pantai Batu 1, Port Dickson..

Macam-macam pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#malaysiasihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ayuh warga Selangor!!!

Jom sertai Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

Jumpa kami pada :-
๐Ÿ—“ : 8 September 2024 (Ahad)
โฐ : 7.00 pagi
๐Ÿ“ : Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Pelbagai aktiviti yang menarik menanti pengunjung - pengunjung semua..

2000 peserta terawal akan menerima hadiah misteri (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Jumpa anda di sana!!!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tatacara Menegur perokok dengan bijak

1. Mulakan niat yang baik untuk menegur
2. Gunakan perkataan yang baik
3. Luahkan dengan sopan dan berhemah

Bagi anda yang berani Speak Out: Express Your Right!, jika perokok tidak memberikan respon yang diharapkan, ingatlah, senyum dan yakinlah kerana anda telah melakukan yang terbaik. ๐ŸŒŸ

Budayakan hidup sihat!
Kukuhkan imuniti badan!

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Snek Sihat untuk Kanak-Kanak: Lindungi Gigi Mereka dari Karies!

Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi

Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:

Kurangkan Gula, Kurangkan Karies - Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera kini telah bermula! Jom selak e-majalah edisi September 2024 di https://bit.ly/3ASjq56 untuk tip bagaimana untuk kekal aktif.

Literasi kesihatan adalah kemampuan seseorang untuk mengakses, memahami, menilai dan mengambil tindakan berdasarkan maklumat kesihatan yang diperoleh untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

Dasar literasi kesihatan kebangsaan bertujuan memperkukuh kemampuan rakyat dalam mengakses, memahami dan menggunakan maklumat kesihatan.

Jangan lupa sertai pertandingan fotografi sihat MyHEALTH dan tunjukkan bagaimana anda membudayakan hidup sihat. Semak kelayakan dan cara penyertaan di dalam.

Jom budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera pada 6-8 September 2024.

Pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung. Jom bertemu dengan pempengaruh antaranya Mek Yun, Achey, Bell Ngasri, Atu Zero dan ramai lagi.

Ayuh kita semua ke Pantai Batu 1, Port Dickson!

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
JADUAL PENUH KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI DAN DIDI & FRIENDS ZON SELATAN. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

๐Ÿ—“Tarikh : 13 - 15 September 2024
โ˜€๏ธHari : Jumaat - Ahad
๐Ÿ“Tempat : MITC Ayer Keroh, Melaka.
โฐMasa : 10 pagi - 10 malam

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau. Masuk adalah PERCUMA. Jangan lupa tarikh di atas.

Temui Kak Min dan Didi & Friends di MITC, Melaka minggu depan tau. Hora Horey! ๐Ÿ‘

#didiandfriends #hepili #kkm #kembarasihatsejahtera #muzikaldidiandfriends #melaka #mitc
2024/09/29 20:31:07
Back to Top
HTML Embed Code: