Telegram Web Link
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Larangan Jualan Produk Ais Krim Yang Dicampurkan Dengan Ubat Batuk Pei Pa Koa
Menangis bukanlah tindakan yang memalukan, tidak kira umur atau jantina. Ia adalah normal untuk menangis apabila berasa sedih atau terlalu gembira, kerana air mata tidak semestinya bermaksud seseorang sedang berduka sahaja.

Memberikan kata-kata yang tepat dalam menunjukkan sokongan dan empati memainkan peranan yang besar dalam membina hubungan antara individu, membantu individu merasa lebih aman dan tenteram dalam menghadapi perasaan mereka serta meningkatkan kepercayaan diri.

Jadi, apa yang perlu diucapkan jika melihat seseorang menangis? Berikut adalah beberapa contoh yang boleh digunakan untuk memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan.

Selamat mencuba!

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh
Perbezaan Jantung Terhenti & Serangan Jantung

Saksikan dalam Berita Bernama Seithigal.
Tarikh : 31 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 7.00 malam

Panel :
Dr. Sarojini Devi A/P Simanchalam
Pakar Perubatan
Perubatan Dalaman
Hospital Kuala Lumpur

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suntikan Vitamin C

Tidak ada suntikan vitamin C yang berdaftar dengan KKM ya πŸ˜„

#kenaliubatanda
#suntikanvitaminc
#pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pernahkah anda merenung berus gigi anda dan tertanya-tanya, berapa banyak sebenarnya ubat gigi yang perlu digunakan bagi satu kali sesi memberus gigi?

Jangan pernah musykil dengan diri anda lagi!

Rujuk informasi dalam poster berikut untuk info lanjut.

Pilihlah ubat gigi yang mengandungi fluorida seperti yang disarankan mengikut tahap umur masing-masing dan...

Jangan lupa, dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

#123senyum
#MPKP2024
#jagagigisenyumanabadi

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
Leptospirosis : Lewat Rawatan Ragut Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Firdaus bin Ahmad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Apa itu penyakit gusi?

Macam mana ya boleh terjadi penyakit gusi ni? πŸ€”

Setiap kali selepas makan, sisa makanan yang terdapat pada gigi yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan bakteria dalam mulut dan menjadi plak (tahi gigi).

Plak yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan menjadi kalkulus atau lebih dikenali sebagai karang gigi/tartar. Kalkulus sifatnya keras sehingga tidak boleh dibersihkan lagi dengan berus gigi.

Plak dan karang gigi yang tidak dibersihkan inilah menjadi penyebab kepada masalah gusi!

Penyakit gusi ini boleh dicegah daripada peringkat awal lagi! Oleh itu, pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun amat penting supaya anda cakna dengan apa yang berlaku di dalam mulut anda dan sama-sama kita mencegah penyakit gusi!

1,2,3 senyummmmm!!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa 10,000 langkah harini okay?

Kita kena bergerak aktif!

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan πŸ’ͺ

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Leptospirosis : Lewat Rawatan Ragut Nyawa

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PILIH MINUMAN YANG KURANG MANIS

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan!

Sumber: Nutritionist KKM
Konsep menerima diri sendiri ini adalah konsep mencintai diri sendiri atau sering disebut sebagai β€œself-love”. Konsep ini merujuk kepada penerimaan dan penghargaan terhadap diri sendiri. Ini juga adalah berkait tentang mengakui nilai diri, merawat kesejahteraan fizikal, mental, dan emosional, serta mengembangkan sikap positif terhadap diri sendiri.

Self-love bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan individu tetapi juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan dunia luar. Individu yang mencintai diri sendiri cenderung lebih berempati, berdaya tahan, dan mampu membina hubungan yang sihat dengan orang lain. Mereka juga lebih mampu menghadapi tekanan dan cabaran dengan tenang dan positif.

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh
Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka tirai Roadshow Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang bermatlamat untuk memperkenalkan Inisiatif PSS dan mengenalpasti tahap kesihatan warga kerja MOTAC melalui saringan kesihatan.

Pelaksanaan PSS adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bermatlamat untuk melahirkan penjawat awam yang sihat sejahtera agar produktif dalam membangunkan negara.

Roadshow PSS ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Shaharudin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC dan YBrs. En. Nizran bin Noordin, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid037SMM2RDVeMMXtxMb446uGANvzQKkSgg8mw6fm2JnEWXpbNvByxFEebcjoQnWUmAal
𝗔𝗠𝗔π—₯𝗔𝗑‼️

Dibawah Seksyen 13B(2), Akta Makanan 1983 π—§π—œπ——π—”π—ž π— π—˜π— π—•π—˜π—‘π—”π—₯π—žπ—”π—‘ penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebahagiaan kita tidak bergantung kepada situasi yang kita alami, melainkan kepada cara kita mengatasi situasi tersebut..

Sebelum stress.. Take 5 dulu.. bukan Hi 5.. Lebih afdal lg buat 5 waktu..

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gaya hidup sihat dapat memperkuat sistem imun badan dan sangat penting dalam pencegahan penyakit agar masyarakat terus kekal sihat.

Mari kita bersama-sama memeriahkan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024 sepanjang bulan September ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom sertai Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Fun Run pada 8 September 2024 di Pantai Batu 1, Port Dickson.

Harga pendaftaran bermula RM 25 dan anda layak mendapat kit larian.

Penyertaan akan ditutup pada 6 September 2024 (Jumaat), 11.59 pm.

Jom daftar melalui aplikasi JomRun sekarang!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bersedia Malaysia! Sesuatu yang besar akan berlaku pada September ini. Seluruh negara akan terlibat.

Nantikan kehadirannya pada September ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN BOLEH 'MEROSAKKAN'

Gula merupakan antara penyumbang utama kepada pertambahan kalori yang tidak perlu (empty calorie). Ia hanya membekalkan tenaga dan tiada kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain.

Pertambahan kalori yang tidak sepatutnya ini akan menyebabkan anda kurang mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Pernah anda terfikir?

Pilihan di tangan anda!

Sumber: Nutritionist KKM
2024/09/30 18:14:22
Back to Top
HTML Embed Code: