Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berjalan 10,000 langkah bersamaan membakar 380 kalori.

Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64g lemak dalam badan.

Jom pastikan kita dapat mencapai 10,000 langkah sehari demi kesejahteraan kesihatan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Hari ini team WOW turut turun ke Flat Seri Sabah, Cheras KL untuk sama-sama support Karnival Cegah Jenayah anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Dalam usaha untuk mencegah jenayah di negara kita, komitmen yang sama juga perlu untuk mencegah penyakit bagi memastikan kesihatan yang maksimum.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan oleh team WoW hari ini seperti saringan kesihatan, skipping challenge, gelung kitaran hidup nyamuk Aedes.

Jom luangkan masa untuk turut serta, barulah WOW!

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/VuEd1ACNS6622gat/?mibextid=oFDknk
27 April 2024 - Sedang berlangsung sekarang di Nexus International School, Presint 15 Putrajaya, Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024.

Bahagian Pendidikan Kesihatan turut serta di Zon Aktif dengan menawarkan pelbagai aktiviti fizikal seperti soft archery, hopscotch, PS4 dance challenge, nintendo dan banyak lagi.

Jom sertai kami di sini!

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/qNRFaLktoiKuiVti/?mibextid=oFDknk
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia | 27 April 2024

Isu Tular Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum
Penyakit Malaria zoonotik adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku
Antara menu yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan penyejuk tekak ialah air tebu.

๐Ÿ‘๐ŸผJom semak tip membeli air tebu dengan selamat. Jangan lupa untuk pastikan pengambilan gula anda sentiasa terkawal.
Jangkitan Malaria zoonotik lazimnya berlaku pada populasi monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Manusia boleh mendapat jangkitan Malaria Zoonotik sekiranya berada berdekatan dengan populasi monyet dan digigit nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi
#JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. ๐Ÿ‘ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

โš ๏ธ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Tahukah andaโ“

Pemeriksaan mata ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik.

Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ swasta.

Sayangilah mata anda.
Pendaftaran Temujanji Klinik Kesihatan di Aplikasi Mysejahtera

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi esok bersama Dr. Hanisah binti Shafie, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam.

#ANMS #sihatmilikku
Sampah yang tidak diurus dengan baik berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Amalkan etika buang sampah yang betul.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Takungan air pada alat penapis air di kediaman anda mampu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Elakkan tabiat makan lewat malam. ๐Ÿ•• Waktu yang sesuai untuk makan malam ๐ŸŒ™ adalah antara pukul 6๏ธโƒฃ petang sehingga 8๏ธโƒฃ malam.

Amalkan pengambilan makanan ๐Ÿฅ—๐Ÿœ mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum ๐Ÿ‘๐Ÿผ.
Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan Tahun 2024

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Jamiatul Aida binti Md Sani dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Rozita binti Ab Rahman dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’
๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€

โ€ผ๏ธ Semua dijemput hadir โ€ผ๏ธ

Jom ramai-ramai datang memeriahkan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang akan berlangsung pada 3 - 5 Mei di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Jumpa anda di sana ๐Ÿ‘๐Ÿป

๐Ÿ—“ Tarikh : 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
๐Ÿ“Ž Tempat : Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang

โ€ผ๏ธ Semua dijemput hadir โ€ผ๏ธ

https://www.facebook.com/jknpenang/posts/pfbid0H2BWEDrbAVJ6ATxC5sGrmbtoHYB4Fsj1VGkFRY6kuoyY1Qbv3BLoVSxPL3kUFkqvl
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Syawal tinggal beberapa hari sahaja lagi. Hujung minggu ini pasti ramai yang buat rumah terbuka memandangkan minggu ini minggu terakhir Syawal.

Kawal pemakanan anda dan kekal aktif untuk memastikan anda kekal sihat. Amalkan pembudayaan hidup sihat sepanjang masa. Jom ikut Makcik Kiah dan Rosnah ke rumah terbuka Gayah. SYS! ๐Ÿ˜„

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Hai orang Kedah. Didi & Friends nak mai sana bulan depan, pakat mai ramai-ramai nohhh!๐Ÿฅณ

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau, yang penting boleh menari dan menyanyi bersama Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

Tarikh : 10 -12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! ๐Ÿ˜

#didiandfriends #kedah #villagemall #sungaipetani #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #hepili
2024/11/15 10:04:27
Back to Top
HTML Embed Code: